pengikut-pengikut yang menawan

Friday, October 31, 2008

national geograpik

Arakian kisahnya bermula pada pukul 8 malam. Mendapat panggilan talipon dari nawi mencadangkan aku ambil gambar di atas jabal nur. Aku yang mendapat green light dari najwa terus mengangguk setuju (walaupun nawi tak nampak aku anggukkan kepala).

Bertolak ke haram selepas bersolek ala kadar. Jumpa abang radzi dan sharul di kedai kari ayam di ghazzah. Kari ayam takdak, dah abis. Naik kereta meredah ke noor restaurant, sharik hajj. Mandi laham dah abes. Bertolak semula ke as safa restaurant, shishah. Ada laham mandi dan madghout dujaj. Belasah sampai sr93.

Menuju ke Mina utk meninjau jamaraat.

Seterusnya kami bertolak ke jabal nur. Pada peringkat awalnya, kami hanya bercadang untuk bergambar kenang-kenangan sahaja akibat perut yang tak boroi ini sangat kekenyangan. Tapi selepas perbincangan dengan memikirkan pro dan kontra, kami telah membuat keputusan untuk menaiki juga jabal nur. Persetujuan itu terhasil selepas aku ukur jabal nur dengan jari aku, tak sampai sejengkal pon. 20 minit pertama, kami baru sahaja melepasi bumbung rumah2 orang tempatan. 40 minit kedua, agak mencabar kerana kami tak bawak lampu suluh. 2 jam seterusnya barulah sampai. kekeke.. orang tua, camtu lah.

Nasib baik ada pakistan jual pepsi, air minum, teh dan macam2 lagi kat atas tu. Aku dan nawi sibuk membincangkan bagaimana mereka menjana kuasa elektrik bagi menghidupkan peti baringnya yang besar itu. Tak termasuk lagi perdebatan kami mengenai kebarangkalian berapakah orang yang diperlukan utk mengangkut peti itu ke atas gunung. Uh!~

Udara agak dingin berkemungkinan bawah 20 C.

Sesampainya di atas, tepat jam 1 pagi lebih-lebih. Kami terpesona dengan pemandangan masjidil haram yang boleh dilihat dari kejauhan di jabal nur. Subhanallah...

Aku yang mengangkut beg berisi peralatan kamera kini telah berjanji dan berazam untuk menukar profesion aku untuk menjadi cameraman bagi pihak national geographic. Alhamdulillah, kamera dan peralatan tidak meragam seperti batt tak caj, lens kabur, kamera terhentak dan sebagainya lagi.

setelah puas berbicara hal wahabi, sunni, syiah, politik malaysia, matawang malaysia dan sebagainya di atas, kami turun bermula jam 2.59 am dan sampai pada tepat jam 3.21. Eh! ajaibnya. naik hampir 2 jam. turun tak sampai setengah jam!~ tapi gegaran pada lutut amat dirasakan sehingga terpaksa jalan terbalik ke belakang bagi menghindarkan getaran itu menguasai fizikal diri. Itu tak kira gelak nak pecah perut akibat sembang2 pasal lutut tuh..oh sadisnya penderaan ini..

wa akheeran, sampai jua ke rumah dalam pukul 4 pagi dan aku agak tidak berpuas hati pasal ambik gambar tak sempat nak pikir lighting, composition, aperture, shutter dan sebagainya sebab gayat dan takut tinggi!~

kunafah @ manisan

mandi daging + ayam madghout (ditujukan pada ayahanda di gong badak)

jamaraat 5 tingkat

mercu tanda jabal nur : bigaalah @ kedai runcit yg tertulis jabal nur

para pendaki yang tak boroi. Begitu berkobar-kobar di peringkat awal pendakian

teruja melihat si pakistan mengangkut tong air atas belakang sambil steady daki bukit


abam tak boroi dah mula menyandar keletihan. Silap tergolek ke tepi, jatuh menjunam ke bawah bukit.

abam tak boroi 2, mula mengkaji masalah lutut. Kucing di tepi gelak2 sambil jilat kaki.

pemandangan kota Makkah 600m dari paras laut.

kucing yang membuat onar di bukit jabal nur.

asnawi cuba mencari ketenangan kerana batt dah tinggal 2 bar.

kucing ni pun cuba meniru nawi mencari ketenangan.

kucing kalau jatuh dari tempat tinggi dia patah kaki tak?

pendaki bukit yang duduk santai bergambar. Perhatikan betul2 kedapatan gua hira' di belakang dia.

inilah rupanya gua hira'. Kami tak sanggup turun ke bawah, kerana jalan terlalu curam dan merbahaya.

abam Radzi.

abam sharul.

abam lotpi. baju MU disponsor oleh meor, baju sejuk SR79, suar 3 suku SR 10, tak pakai minyak rambut, poket tepi koyak.
dari kiri : kucing, nawi, abam sharul & abam radzi.

panorama dari atas jabal nur. AFs nikkor 18-55mm 3.5 - 5.6 G

panorama dari atas jabal nur. AFs nikkor 18-55mm 3.5 - 5.6 G

panorama di jamaraat. AFs nikkor 18-55mm 3.5 - 5.6 G

masjidil haram

masjidil haram. Tamron AF 28-300mm 3.5-6.3 IF macro.
masjidil haram. Tamron AF 28-300mm 3.5-6.3 IF macro.

10 comments:

Anonymous said...

wat la video skali =)

Anonymous said...

gambar ke2 tak dpt tengok

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

try refresh.. saya punya bleh jer tengok...

bad said...

baba waseem. mase ktrg nek jabal nur tu, malam jugakla.pahtu mase ku dok kat batu yg korg duduk tu, ust yg bawak ktrg marah. naik2! dia kata: "kat situ baru je ade org mati t'jatuh tghari td.."

nurleeta said...

suka sgt...tq99x.

ghost_MaR said...

masya - allah ... jika saya ada kemampuan suatu hari nanti , saya juga mahu ikut seperti kamu ... dengki seh tengok pic2 tuh ...
wat masa nih , tengok melalui gambar2 sahaja pemandangan2 tuh ...

KaaMyL KamPungGirL said...

panorama yang lampu merah oren tu, nampak cam gaya volcano jugak. walla~ =O

gile mahal makan mandi ngan madghout sampai 93 riyal?

JuruFoto said...

Waa cantik tempat ni..nanti boleh bawa aku kat sini utk night shot..

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

ah.. kalau kau nak naik, aku tak nak ikut..hahahaha. letih woo... nak tercabut lutut.. ketar woo..hahahahha

Mohd Saad Hamid said...

Assalamu'alaikum wm wbr.
Saya baru jumpa blog ini. Alhamdulillah, sangat cantik pemandangan dari Jabal Nur. Saya minta izin utk guna beberapa foto di sini utk n3 blog saya dan juga utk klip video akan dtg. msaadhamid.blogspot.com. Tk ya tuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...