Masa kecik2 dulu, time aku form 1 atau form 2 rasanya. Masa kembali pada 12 tahun lepas. Aku dikerahkan untuk menjadi budak2 milo pada sambutan hari keputeraan Duli Yang Amat Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Zaman tu tak canggih lagi. Mana ada billboard so kamilah yang menjadi billboard atau lebih dikenali dengan flashcard manual.
Di stadium, kami akan diberikan satu tempat duduk khas di belakang papan-papan kad yang mempunyai beberapa muka surat. Bila disebut baling (tak ingat apa yang dia sebut) kami pun akan membalingkan kertas yang berada di hadapan kami, lalu terbentuklah huruf-huruf seperti 'daulat tuanku' atau apa-apa ajer. Berlatih rasanya berbulan juga. ketika itu aku masih menuntut di Sheikh Abd Malek School (SHAMS), Kuala Terengganu. Setiap pagi mesti kami dikerahkan untuk berlatih flashcard. Sehinggalah sampai hari keputeraan. Sungguh meriah dirasakan kerana time tu kami berpeluang berkenal-kenalan dengan kakak-kakak senior di SHAMS. (tak gitu ame?)
Kami juga berpeluang melihat DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dari dekat. Aku bercita-cita jika sultan negeri terengganu itu mengenali aku...
gambar yang diambil semalam dari tingkat 2
12 tahun itu telah lama berlalu.. Anakanda Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telahpun memegang tampuk kepimpinan Malaysia pada hari ini. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah shah merupakan ketua negara Malaysia yang amat disegani lagi dihormati.
abd rahman membisikkan sesuatu kepada Tuanku
Beberapa insiden dan perkara yang berlaku di dalam arena politik Malaysia pada hari ini menunjukkan sifat kehebatan dan keilmuan baginda dalam mentadbir dan mengawal situasi di Malaysia.
![]()
Tuanku bersama Lutfi Lokman di tingkat 2 majidilharam. Ampun Tuanku.
Sambutan 40,000 rakyat di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud membuktikan segala-galanya. Kami berkesempatan menonton dokumentari ekslusif diraja yang menunjukkan satu slot dimana Tuanku melambai tangannya kepada rakyat jelata dan menitiskan airmata dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat.
semalam aku mendapat call dari hj yunos yang memberitakan tentang kedatangan Tuanku dan baginda ingin bertemu dengan pelajar Makkah. Kami diarahkan untuk datang menghadap @ mengadap? pada pukul 6.30pm di tingkat 2 masjidilharam. Kami yang hanya tinggal bertiga aku, meor dan abd rahman tidak mengsia-siakan peluang yang datang mungkin sekali sahaja seumur hidup untuk bersalam dan menyampaikan rasa gembira aku selaku pacal yang hina (ayat ust shukri) kepada Seri Paduka Baginda. Tepat azan maghrib selesai dikumandangkan, kelihatan sekumpulan manusia berbondong-bondong datang menuju ke bahagian hadapan masjid. Di celah-celah ketinggian UTK (Unit Tindakan Khas Saudi) kelihatan SPB YDP Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan anak-anaknya beserta pengiring menuju ke dalam saf. Polis yang menjaga Tuanku kelihatannya hanya 2 orang. Aku bertanyakan Ust Shukri (Pegawai Agama Istana) mengapa tiada polis pengiring yang berpakaian uniform khas? Jawabnya atas arahan Tuanku yang tak mahu publisiti. Oh...
Kami dibawa mengadap ke bawah SPB YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Impian aku 12 tahun lepas akhirnya tercapai. Walaupun aku pacal yang hina, tapi SPB YDP Agong telah menyebut frasa kata yang mampu membuatkan aku terasa dihargai. Tuanku bertitah : "Tak balik ke cuti ni? Eh, ni dah pernah jumpa tahun lepas kan?" Sambil mengisyaratkan kepada aku.. oh.. Kalaulah aku boleh jawab, "Niat di hati memang nak balik tuanku, tapi apakan daya 5k untuk membeli tiket tu rasanya tersangatlah tak berbaloi..hohohohoho .. tapi dalam hati jerlah sambil sengih2 kat SBP YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin cam dalam gambar tuh..
Setelah selesai solat maghrib dan isyak kami dibawa ke Conference Palace atau Istana tetamu. Ini kali keempat kalau tak silap aku datang ke sini. Kami makan, kami sembang dan berkenal-kenalan dengan tokoh2 penting keselamatan dalam negara. Kemudian naik ke bilik ust shukri dan sambung lagi sembang mengenai banyak perkara yang tak boleh dikongsi di sini.. Nak tahu? YM aku..hahahahaha ibnamr@yahoo.com-gambar2 ehsan dari tepon o2 aku.

UTK : Pistol terselit kemas di celahan shimagnya (serban)

Polis diraja yang berpakaian biasa berdiri di samping SPB YDP Agong

SPB YDP Agong solat sunat
Credit utk abd rahman dan ayu kerana smuggle kamera sony nya ke dalam masjid dan bersekang mata menguploadkan gambo ke YM.
tivi sebelum kelahiran ayah dan mak aku

jenama dia PHILIPS

Ust Hj Shukri bin Ali merangkap Pegawai Agama Istana
Follow @USERNAME















