


edisi kelam kabut
berlari2 anak menuju ke bus station, kerana dah terlambat.. jam menunjukkan pukul tepat jam 4 am.. aku, waseem dan najwa meneruskan langkah...
(bersambung..kekekeke) Follow @USERNAME



ni gambar jabal nur, tahun 1943 aku jumpa dalam kamera aku.
huh! glemer pelik mad chenok..seb baik orang2 tu tak terpaling ke kanan, kalau tak mesti kena serangan jantung
konsul haji ; Hj Khalid, Hj Mad Chenok, Menteri Haji ;Dato Zahid tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama-sama Lutfi Lokman dan anaknya
ni gambar bila aku bangun tido selepas lailatulQadr malam tu. Tiba2 ternampak ada makhluk 3 jenis duk bermain daun terup atas bumbung tepi umah aku. Kan aku dah cakap malam tu lailatulQadr...
photo by bani mashat
Suasana subuh adalah sama seperti waktu malam. Manusia tidak jemu-jemu melewati rumah Allah yang tersedia di dalamnya segala ganjaran dan pahala. Mereka tawaf, solat sunat, membaca quran, berbual dan mengambil gambar. Tak kurang juga yang bekerja memenuhi 'dawam'nya. Aku tiba dari rumah pukul 1++ untuk tahajud dan cuba untuk beriktikaf. Datang seorang diri bukanlah masalah kerana aku boleh selit-selit kat mana yang sempat. Masuk melalui pintu di bab assalam membawa aku terus ke basement yang melintasi mas3a di atas. Bagus jugak. Taklah jam sangat nak melintas masuk ke dalam masjid.





Ini kedai nasi bukhari. Jemaah yang pernah datang mekah, mesti pernah beli tapau bawak balik nasi ni kan? Dengan ayam pusingnya yang spesel, perghh.. menjilat jari makan.
Ini pulak cucur yang abam pakistan ini jual. Dia juga jual sambosa. Kedai dia bertempat di rusaifah. Kami beli sambosa 1kg. Cucur dia taklah sedap sangat. Cuma time lapar nih, rambang mata jer.
Ini ada sedikit muka mad chenok yang aku malas nak ambik. Di belakangya kelihatan arab berebut-rebut membeli tamees untuk dibuat juadah berbuka puasa.
Jenazah yang ingin disolatkan. Pagi tadi sahaja ada lebih kurang 8 jenazah yang disusun ditepi aku. Betul2 tepi. Selalu tengok orang bawak jenazah, tapi kali ini, aku cuba nak membawa jenazah tersebut sampai ke kubur. Tapi aku sempat bawak sampai ke pintu bab malik fahd (gate 1). Dengan manusia yang berbilion-bilion menyukarkan aku untuk merempuh lautan manusia di samping berebut-rebut orang nak bawak. Syoknya mati kat mekah ni yer.