












Smalam keluar lagi ngan pengikut2 setia aku. Siapa lagi kalau bukan si Najwa dan si Waseem. Najwa, selaku PA yang aku lantik setelah aku sebarkan iklan suatu masa dulu mengenai kekosongan jawatan, hanya sorang jer yang sanggup, tu pun menghilang sepi kini. Alih-alih, najwa bertanyakan aku mengenai perlu ker dia bekerja dengan aku sebagai PA rasmi? Aku jawab perlulah. Lagipun gaji yang ditawarkan itu lumayan bukan? Bolehlah setakat untuk menyara keperluan hidup awak tu. Uh! Mulia sungguh lelaki ini, membenarkan isterinya bekerja untuk membolehkan isterinya mendapat kesenangan hati tatkala membeli-belah nanti. Tak perlulah pikir pasal suami akan marah bila membayar di kaunter pembayaran. Sebulan 20 riyal gaji beliau. Kalau setahun? sudah mencecah SR 240. Jika 28 tahun? SR6720! Wow! Banyak tuh. Walaupun aku agak kerugian selama tempoh SR 6720 itu, tapi tak apalah. Aku bukan berkira sangat dengan bini aku nih. Laki yang baik macam itulah.
Berbalik kepada cerita kami keluar semalam, aku mendapat arahan dari PA aku supaya kerja pertama yang perlu kami lakukan adalah bertemu dengan sepupu baba iaitu uncle Laidin bin Husin. Bukan meet uncle husin yer. Meet uncle Laidin. Masalahnya pakcik ni, orang di kampung semua panggil Omar bin Husin. Jenuh jugaklah aku bertanya ngan kawan2 sebilik dia, ada tak jemaah yang bernama Laidin bin Husin. Semua jawab tak ada! Last skali baru aku ingat, baba hantar msg yang nama glamer pak sepupu aku ini ialah Omar. Sebut jer Omar, terus jawab ada.
Sesudah berjumpa dengan uncle Omar bin Hasan, kami keluar berjumpa dengan nawi, sah, umi dan ayah awah di restoran Felda. Felda lagi. Nak buat macamaner, teh ais dia sedap bangat. Aku bersama pengikut2 setia aku bertolak ke sana walaupun terpaksa meredah lautan manusia yang macam pelik bila tengok waseem korek hidung di dalam kereta tolak dia. Kami makan, minum air dan balik.
Sebelum pulang, aku menugaskan si nawi ni menjaga barangan aku seperti kamera, beg tangan PA, kereta Mc Laren Waseem kerana kami nak masuk ke dalam masjid. Kesian jugak tengok si Nawi ni yang terpaksa pegang beg tangan najwa, beg galas kamera aku dan kereta si Waseem. Macam laki yang putus harapan bila kena marah ngan bini. kekekeke.. Apapun, terima kasih diucapkan sebab beliau sanggup bergadai maruah dengan kebanyakan orang menyangka beliau ini sedang menunggu isteri dan anak2 dalam masjid. Sebelum bertolak, waseem sempat pesan kat uncle nawi, suruh servis tayar dia. Alignment lari.
Di dalam masjid, kami berlari-larian bermain tepuk tiang antara aku dan waseem. Sebab dia rasa happy masjid penuh sangat dengan orang. Sukalah dia bila makcik2 turkey pegang-pegang dia, makcik keling cium-cium dia. Huh! Dasar si Waseem. Kemudian aku berkenalan dengan brother Yakup dari Turkey. Dia dan bini dia berhenti dan mintak izin nak ambil gambar waseem buat kenangan. Aku cakap, baik ambik gambar aku dari ambik gambar waseem. kekeke. Dia seorang constractor yang bekerja di Istanbul, sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum dikurniakan rezeki seorang anak lagi. Dia berharap supaya dapat anak seperti waseem. Aku angguk dan cakap insya allah. Dalam hati, dia belum tahu lagi perangai si kecik ni bila cuaca mendung macamaner. Apapun, aku boleh sembang dengan dia macam2 bab pasal turkey sebab aku tengok cerita gumus. hahaha.. Kemudian kami pulang ke rumah dan tidor.