usrah mingguan
banyak orang apabila kita menyebut usrah, akan terbayang di dalam kepala, orang pas. Asal usrah jer, orang pas. Asal pas jer, usrah. Kemonlah. Usrah bukan hak milik pas, bukan hak milik ikhwan, bukan hak milik parti politik tertentu termasuk calon bebas atau sesiapa sahaja di dunia ini. Usrah merujuk kepada keluarga. usrah @ ailah bermaksud satu iaitu keluarga. Tetapi nak jadikan cerita, dikatakan usrah itu milik pas kerana parti tersebut lebih familiar dengan penggunaan dan pendekatan usrah untuk merapatkan hubungan persaudaraan. Manakala pengasas 'muasarah' kepada usrah adalah hassan albanna di dalam gerakan ikhwan.
Apapun kecaman atau perlian atau kutukan yang diberikan terhadap usrah, bagi aku usrah itu ada manfaatnya dalam pembangunan ummah yang saban hari saban lingkup. Kita menghadiri usrah yang didirikan oleh mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan politik. Itu baru ada cabaran. Masing-masing dengan ideologi tersendiri. Bertukar-tukar cerita, saling nasihat menasihati dan tolong menolong antara satu sama lain. Itu pendapat peribadi dan aku mempunyai hak mutlak ke atas hak peribadi. Sama-sama kita berbicara tentang isu semasa dan perihal agama. Kami yang berada di perantauan ini dengan pengantara usrahlah kami dapat mendekatkan jurang dan status antara sesama masyarakat melayu di saudi ini.
Aku akui yang aku bukanlah the right person untuk membicarakan tentang usrah yang diadakan hari ini. Boleh bilang dengan jari berapa kali usrah yang aku datang. Tapi ikatan kekeluargaan yang dibina oleh usrah itulah yang menambat hati untuk datang dan berkongsi pengalaman serta menambah ilmu di dalam dada. Selain acara makan-makan adalah part paling best skali jika usrah diadakan!
Semalam usrah membicarakan mengenai bait muslim dilontarkan oleh Ust. Abd Rahman alHakim. Bait muslim bermula seawal kita mencari pasangan untuk rumahtangga kita. Ust. Abd Rahman alHakim juga menyentuh hadis popular di dalam mencari pasangan iaitu memilih pasangan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.
Ramai di kalangan kita masih lagi kadang2 terkeliru dengan istilah 'rumahtangga' atau alam perkahwinan. Dirasakan rumahtangga itu satu perkara yang maha berat dan amat membebankan. Yerlah, kalau pikul rumah dan tangga, agak2 hulk hogan pon patah bahu. Tapi, rumahtangga yang terdiri dari kita, isteri dan anak-anak bukanlah sangat membebankan seperti mana yang digembar-gemburkan.
Ia menjadi susah apabila terbit dari pasangan itu, ketidakpuashatian terhadap apa yang dimiliki. Kita selalu melihat kepada orang lain dalam menilai rumahtangga kita. Kita selalu menginginkan yang berlebih-lebihan terhadap rumahtangga kita dan kita selalu mengharapkan kita sangat bahagia dan ukuran kebahagiaan itu adalah kewangan yang kukuh. Lagi-lagi jika kita suka membandingkan apa yang kita sudah capai dengan orang yang lagi tinggi dari kita. Itu punca masalah. Jika untuk tujuan role-model, ia tidak menjadi masalah, tapi kebanyakannya lebih menjurus kepada dengki dan hasad. Kenapa aku tak boleh jadi macam dia. Kenapa dia mencapai lebih dari aku.
Faktor material adalah antara perkara utama yang menjadi beban atau kerunsingan buat para lelaki di luar sana sebelum menyunting permaisuri idaman hatinya. Material bermakna perkara yang meliputi kewangan, kereta, duit, money, fulus, mulus, wang dan sebagainya. Manalah aku nak cekau duit 18 ribu buat hantaran nih. Manalah aku nak ambil duit nak buat kenduri kawen. Nak sewa rumah, nak beli kereta, nak beli nasi dagang dan sebagainya lagi. Material dan material. Seorang lelaki puratanya 70% akan runsing tentang ketidakcukupan kewangannya untuk menampung bakal isteri. Manakala 30% lagi adalah samada dia seorang yang kuat tawakal atau memang bakal menghancurkan masa depan bersama insan tersayang kerana tidak mempunya apa-apa perancangan tapi sebab trend skarang orang kawen, dia pon nak kawen. Ohh.. tidak.
Sebenarnya saudara-saudaraku sekalian, perkara yang paling penting bagi aku adalah ilmu dan persediaan memikul tanggungjawab. Itu paling penting. Ada sesetengah dari kalangan kita yang sudah sepatutnya sampai tempoh untuk menamatkan zaman bujang tapi belum berbuat demikian mungkin disebabkan faktor di atas. Ilmu sangat penting. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang mendidik penganutnya sabar dalam menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan di dalam perkahwinan. Kita sebagai lelaki adalah ketua dan mempunyai responsibility untuk mendidik isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhaiNya. Silap mereka, kita yang tanggung. Tak ke kes naya tu. Tapi untung jika ada isteri yang sama-sama membantu kita dalam mengurangkan beban mendidik anak-anak jika mereka juga turut berilmu. Ilmu tidak disyaratkan hanya lelaki yang memilikinya, ia juga disyaratkan buat kedua-dua pasangan yang bakal bernikah nanti. Jika lelaki sahaja yang ada ilmu berumahtangga dan setiap masa duk sabar, sabar, sabar sedangkan si isteri langsung tak tahu masak, tak tahu kemas rumah, tak tahu layan suami, tak tahu cakap elok-elok dengan suami, malas solat, asyik tengok Oprah Winfrey, asyik layan internet, agak-agak aku, pakar motivasi pon mungkin akan kahwin lain.
Jadinya point yang dinyatakan di sini adalah kepentingan mempunyai persediaan ilmu berumahtangga dan memilih pasangan yang beragama untuk bakal mendidik generasi seterusnya bagi merealisasikan 'bait muslim' dan seterusnya 'daulah muslim' insya allah. Kewangan dan perkara material insya allah nombor 2. Kuatkan mental, fizikal dan iman dahulu sebelum anda memasuki gerbang perkahwinan yang mempunyai seribu satu macam cabaran.
Orang tua-tua cakap, 2 tahun pertama perkahwinan adalah fatrah (tempoh) cabaran yang amat membingungkan. Kita masih lagi ingin menyesuaikan diri antara satu sama lain. Zaman bercinta lain, dan zaman berkahwin lain. Kalau dulu, tengok atap pon jadilah. Tapi sekarang, baru jer pulang ke rumah, dah pikir alasan nak bagi pada bini untuk keluar rumah jumpa kawan2.
Zaman bercinta, segala-galanya indah. Tengok langit indah, tengok orang gila pon indah. Lebih-lebih lagi jika ada aweks kita tujukan lagu suruh kita hayati liriknya. Biasalah trend bercinta sekarang neh. Kena ada background music baru nampak macam video clip. Kita pon duk putar lagu tu lah 24 jam seminggu. Kadang-kadang rasa aku lah sebenarnya lelaki di dalam video clip itu. Tak percaya, tengok kumpulan nasyid la nih. Tak ke banyak yang duk putarkan lagu cintan-cintun? Lagu konvensional toksah duk cerita lah. Memang itu tujuan diciptakan lagu dan lirik.
Msg awek dalam inbox pon kita sayang nak delete. Betul tak? tapi sekarang, kalo inbox penuh, msg pertama yang akan didelete adalah msg bini. cakap macam ada pengalaman jer aku neh Dulu hari-hari duk ucap i love u. La nih, bleh lah 3 kali staun. Time anniversary, time hari jadi kita dan dia. Lagi best kalau yang terus lupa.
Dulu juga, cuaca selalu indah dan cantik. Kadang-kadang dalam kelas pon masih terbayang-bayang wajah si aweks bagi menghilangkan rasa mengantuk dan boring lect yang mengajar. Tapi la nih, wajah bini lebih kurang 2x5 jer dengan wajah lecturer.. hahaha..
hargailah isteri anda sebelum dia hilang dari pandangan. Tabik dan respek pada sahabat-sahabatku yang berjihad datang Mekah tanpa isteri di sisi. Aku? tinggal bini ke skolah pon rasa susah hati. Cuma kadang-kadang sebab nak main-main ngan kawan-kawan jer bleh lupa bini. hehehe..
apa yang baik, datangnya dari Allah dan apa yang buruk, datangnya dari diri sendiri. Nanti kalau rajin lagi, aku sambung. Semoga ada manfaatnya. Amin



17 comments:
weh bakpe perut waseem boroi..takkan cepat ngat ikut jejak langkah mung..kekeke..
oit! diam2 sudahlah.. aku saman satgi!
macam biasa lah kan..waseem ialah cute gile!!!!! perot waseem bulat dan itu ialah supercute!!!!!!!!!! tolong cubit pipi waseem untuk pihak maryam eh...mekaseh~
buat lah gambar waseem tu jadi calender, nak taruk kat belog.
rasa2 macam kalau kamitaken hapdet blog, hanya waseem yg pemes walaupon banyak jugak menfaat yg kamitaken tulis, hehee.
waseem yang waseem.. semakin hari semakin waseem..hohoho..
boroi pun tetap waseem..kekeke
entri cukup menarik..rupa2nya semalam tak kecek banyok sipe kecek dale blog.bijok2:P
kawe setuju sangat.kalu dok silak kawe,2tahun tu kejap sangat.ada kawe jupo motivator dia kato fatrah paleng mencabar adalah tigo tahun.tempoh tu mace2 ujian mendate.abih licin kenangan manis maso becinto bilo start dengan bebanan tanggungjawak.tok laki keno cari pitih.sebelum nih RS10 cukuk sari,tapi lepas kawen dok ke nok belanjo RS10 rial jugok untok 2ore.dok patok..dok patok..bining pulok sebelum nih gosok baju untok sendiri jah.tapi pah kawin keno gosok baju tok laki jugok...
so maseng2 keno pehe tanggungjawab.barulah tehe sabar dok besamo.keno pehe ape erti memberi bukan menerima semato or nok balase atah sumbange...
sorilah loghat besuk.kalu dok pehe keno tanyo ust lutpie lah.bia zaujah dio tejemoh..wakakaka
waseem...the model of the year & a photographer in making..tengok tu..kecik2 dah baca buku photography!
maryam adik nazif : ialah orang yang suka puji waseem.
ummu : nanti kita buat yer. nantikan hapdet.
dzuraini : boroi bukan sebarang boroi. boroi model..kakaka
apis : gitu ah pih. ana setuju benor tuh. masa usroh dop mari pulop nok royat gitu. pah balik dumoh baru teringat..hehehe..
mama : hehe.. insya allah.
Lotpi..
Maryam ialah memang begitu..
good entry about usrah..usrah tunjang terbiyah , but ada yang kaitkan usrah tunjang terrorist!..x patut...
Eh wat pe perot waseem buncit?? haa mesti banyak anak cacing yg comel..wa.ha.ha.haaa
Mekasih ar kongsi ilmu ttg perkahwinan..ke.ke.kee
tu pegang botol ubat nak buat apa? sapu atas kepala lagi? ada² je budak boncet ni, kih kih.
chewah! model kechet ni.pndai kepam mulut wat geram, kerut kenin,cucok pp..mesti kena paksa dgn director ni.hoh0
lutfi, mu ni bagi nasihat, tersentuh hati den....den sodar skrg, den mmg tak sedio lagi nk kawin...huhu
Ustaz Lotfi Lokman... Cuba tengok di kickdefella.wordpress.com
Saja untuk bagi semangat untuk USTAZ. Photography untuk menaikkan ISLAM. Macam Mr Peter @ Abdul Azim tu.
Teruskan USAHA dan KUATKAN semangat untuk HIDUP.
Hidup kita mesti berprinsip. Jangan jadi YES MAN, pandai mengikut arahan tanpa memikirkan apa yang di arah sehingga menggadai maruah dan meng 'confir' kan diri untuk masuk neraka. Ikut lah resmi pokok Keruing di padang yang luas, jangan ikut resmi lalang, datang angin terus ikut angin, hidup tiada kekuatan diri.
isk3...awk prot waseem boroi...
takkan ikut jejah langkah abg pi kott ;p
waseem masya-allah cute!
mcm ami dia :p
Hello everyone!
I would like to burn a theme at this forum. There is such a thing, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of financial piramyde, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.
For several years , I earn money with the help of these programs.
I'm with no money problems now, but there are heights that must be conquered . I make 2G daily, and my first investment was 500 dollars only.
Right now, I'm very close at catching at last a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Post a Comment