pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, January 24, 2009

Belog

"ustaz! slow2lah sket. Aku tak paham neh. Bleh ustaz terangkan skali lagi tak?" Agak2 hangpa, pukul braper aku habis buat nota semalam kalo ada ustaz kecit ni sebuk nak mengajar?

belog ialah tempat kamu meluahkan apa yang kamu ingin luahkan. belog jugalah tempat kamu berkongsi rasa dengan teman-teman sebelog kamu dan teman-teman bukan belog kamu. Selain itu, belog juga tempat kamu acukan segala perkara yang ingin kamu acukan. kamu juga boleh menyiarkan segala gambar yang ingin kamu sampaikan kepada keluarga kamu di tanahair dan memadamkan kerinduan mereka kepada kamu. Jadinya, belog ini adalah medium atau wasilah perhubungan antara yang jauh untuk didekatkan dan yang dah dekat sebagai semakin mantap. Bak kata abg Khuzz, ana baca blog lutpi jer kalo nak tahu cerita dia.

Aku adalah orang yang termasuk di dalam jutaan manusia yang begitu ghairah mengisi belog masing-masing. Aku bukanlah orang yang lama seperti sesetengah daripada @ dari anda yang sudah bertahun-tahun mengisi ruang maya belog ini. Aku baru jer melangkah masuk tahun lepas ke alam belog setelah diperli bertalu-talu oleh anak muridku yang kini pon sudah ada belognya sendiri.

Biarlah orang mengatakan kita mengikut-ikut sahaja trend terkini, namun apa yang pasti, berbelog ini memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga walaupun diancam dengan begitu ganas oleh pihak terrorist supaya aku jangan letakkan gambar mereka di dalam belog aku. Takutlah tu.

Aku hormati pendapat kalian yang ada menginginkan warna hitam sebagai dataran-muka. Tapi apakan daya, setelah aku tukar warna putih, aku dah tak jumpa cara nak tukar warna hitam macamana.haha.. jahil tukel betul. Apapun, biarlah kita berhijrah ke arah putih kerana aku rasakan agak nyaman dan begitu polos rasanya.

Aku dilahirkan dari institusi keagamaan. Aku bersekolah dan dibesarkan dalam ruang lingkup agama yang mantap dan berkesan. Tapi, aku bukanlah orang yang berjaya dihasilkan dari institusi tersebut sebagai keluaran yang berjaya dan berguna. Adalah sikit-sikit kegunaan aku ini pada masyarakat.

Ingin aku kongsikan bersama anda kata-kata guru quran aku suatu masa dahulu, ust khairul anuar albakri yang bermaksud :

Ingat pesan ana, apabila antum semua keluar dari maahad tahfiz dan memegang title sebagai orang agama, jangan berlagak dengan orang yang tidak ahli di dalam agama. Kedapatan segelintir dari kita yang memperlekehkan orang yang bukan ahli agama kerana menganggap diri kita sudah begitu hebat dari mereka. Alah, apa barang dengar cakap diorang. Aku ni dah hapal 30 juzuk quran! Perkara sebeginilah yang akan menjatuhkan antum dan memusnahkan imej seorang huffaz. Pegang baik-baik nasihat ana ini.

Yer, aku sedang memegang amanat beliau dengan 2 sebab. Sebab pertamanya, aku tidak mahu imej seorang huffaz tercalar dek perbuatan segelintir dari kami. Sebab keduanya, aku bukanlah hebat sangat pon. Quran bukan ingat seratus peratus pon. Jadi tidak ada sebab untuk aku begitu berlagak dengan orang lain.

Nak tengok Peter Sanders makan laksam? Lawatilah belog ini. Terima kasih Ust. Man.

Hari ini baru sahaja selesai ujian thaqafah Islamiah. Soalannya dari satu sampai lima mengenai usul fiqh. Apa takrif taklifi, apa takrif fasid, apa takrif nahyi dan sebagainya. Soalan keenam adalah ringkasan mengenai dakwah syeikh mohamad bin abdul wahab. Soalan ketujuh adalah mengenai kesan perang saraf yang didalangi oleh dunlop kepada institusi pendidikan di mesir. Sapa nak jawab? Jawablah..

Jadual seterusnya :

sabtu : Adab
Ahad : Taqabul Lughawi
Isnin : Feqah
Selasa : Qiraat tahliliah
Rabu : Naqd
Sabtu : Nahu
Ahad : Taqwim
Isnin : Ilmu Lughah
Selasa : Tarbiah

Baca buku rajin-rajin yer. Rajin-rajin juga apdet blog. Henti belog dan tumpukan pada peperiksaan? Ohh.. tak boleh. Aku bukan jenis orang macam gitu hebatnya. Aku selalu ada 2 perasaan. Insya allah khair.

21 comments:

ashiena said...

Bersungguh waseem. :)

Khazinatul_Asrar said...

comel betul ustaz waseem mengajar~hehe
ade talent ikut jejak langkah ayahnye ni =)

*silent reader yg x silent dah kot*

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

ashiena : buat notes dari asar, siap hampir lepas subuh. Tiap kali kita tulis, tinggal sat, dia pi padam. Baguih betol.

khazinatul yang sudah tidak asrar lagi : haha.. akhirnya me'nubek'kan diri jua.. slamat datam..

si bebas said...

Dapat jawab tak soalan keenam?!

wakaka..

si bebas said...

tambahan..
kenapa tulisan anda sgt indah drpd tulisan prmpuan sndiri..?


jeles betol lah!

lupa anda 2 perasaan wkaakka

Anonymous said...

waseem yang sungguh waseem(handsome)..

tulisan lotfi sungguh cantik, masyaAllah! kita yang baru belajar bahasa arab ni walaupun dah tua bangka, amat buruk tulisan..

sorry...i've been your silent reader..ni baru nak comment. keep on churning out your thoughts.

Kak Fids

Linda Abdullah said...

Cikgu kecit.. serius betol duk mengajaq tuu..nasib papan putih tu kat bawah sampai jugak dia nk menulis..kekekee

ashiena said...

in a way, dia tolong ayahnya mengingat.. ;) bagus waseem

احمد نظيف بن اسحاق said...

Garang betol cikgu kecik tu..
1 tangan tunjuk papan putih 1 lg tangan pegang kayu baseball ke?

siti said...

model serba boleh lah waseem ni..ee,geram geram!!

:: awanbiru :: said...

waseem, ajar akak pasai tajuk tu hukm wad'i..wa taklifi..

ustaz akak ajar da..tp still xphm..

tlg waseem!;p

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

si bebas : jawab tu bolehlah.. kita kan salafi. no hal! hahaha. err. tulisan lawa? itu baru tulis ngan kaki. kalo tulis ngan tangan tak taw ah.. huh!

kak fids : terima kasih kerana membaca dan mengikuti blog. insya allah akan diteruskan.

LInda yg gaduh ngan arnab sendiri : tak nampak kayu kat tepi waseem tuh? itu yang anak murid jadi pandai.

ashiena : yerlah, kalo tulis perkara yang sama 2,3 kali. apa tak ingat lagi..

ahmad nazif : yer. kayu yang slalu dia usung bila pukul gengster2.

siti : jadi ostat pon bleh. jadi selebetriti pon bleh. hahaha

awanbiru: ish akak neh. bukan payah pon. hapal jer. hahahaha.. btw, blajar pakai kitab apa? kami blajar pakai kitab usul min ilmi usul. oleh syeikh muhammad bin soleh alusaimin. ringkas, padat dan tepat.

cikgu zainab said...

Geram betul tengok waseem..gaya ustaz gitu! bila agaknya berpeluang cubit pipi budak nii...

muzaha said...

penat jugak kena hapal tu... kawe hok jadi ust pun tak ingat dah erti benda tu semo....dulu ngapal utk exam je...

Tujuh Kaki Dalam said...

aku baru nak buat entry pasal peter sanders.

ang dah potong.

hahaha.

potong stim betui.

hahaha!

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

mama : nantilah. balik nanti kita singgah kuantan. mama duk kuantan kan?

muzaha : beserlah. lagu tuh lah time stadi neh. bukan nak ingat sgt pon.

tujuh kaki dalam : aku pon tak taw. peter sanders sendiri suruh aku bubuh gambar dia dalam blog neh..hehehe

Tujuh Kaki Dalam said...

ah.

gla hebat ang.

he he.

tabik sprng satu!

aku setju sgt2 entry ang ni.

ada org 'alim pernah berkata bahawa kita kena bersangka baik dgn semua org dan kita kena rasa diri kita la g palng jahat di dunia ini.

tengok org jahat sangka baik dia taubat da lebih baik dr kita.

tengok org kafir sangka baik bila dia dapat hidayah dia suci bersih dr segala dosa tapi kita dah ama Islam tah berapa banyak dosa.

tengok org jahil kena sangka baik dia tak tau lagi ilmu tapi kita yg dah banyak ilmu entah sampaikan dan amal atau tak.

dan banyak lagi.

berilmu itu bukanah untuk merasa hebat tetapi itu adalah tanggungjawab.

aku banyak cakap banyak salah.

oh.

ok kita tangguh dgn tasbih kaffarah.

(aku nak buat entry pasal selebriti nanti ko jgn "potong" plak.haha)

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

tujuh kaki dalam : hang nak buat pasal saper ek? aku nak letak dulu neh.. hahahaa

maryam ketaq kepala tgk waseem said...

tolong lah cubit pipi waseem tu..tolong lah!

badruddin said...

"Ingin aku kongsikan bersama anda kata-kata guru quran aku suatu masa dahulu, ust khairul anuar albakri yang bermaksud :

Ingat pesan ana, apabila antum semua keluar dari maahad tahfiz dan memegang title sebagai orang agama, jangan berlagak dengan orang yang tidak ahli di dalam agama. Kedapatan segelintir dari kita yang memperlekehkan orang yang bukan ahli agama kerana menganggap diri kita sudah begitu hebat dari mereka. Alah, apa barang dengar cakap diorang. Aku ni dah hapal 30 juzuk quran! Perkara sebeginilah yang akan menjatuhkan antum dan memusnahkan imej seorang huffaz. Pegang baik-baik nasihat ana ini.

Yer, aku sedang memegang amanat beliau dengan 2 sebab. Sebab pertamanya, aku tidak mahu imej seorang huffaz tercalar dek perbuatan segelintir dari kami. Sebab keduanya, aku bukanlah hebat sangat pon. Quran bukan ingat seratus peratus pon. Jadi tidak ada sebab untuk aku begitu berlagak dengan orang lain."


-mak aih.. terasa sugguh jiwa2 org2 yg menghapai Quran..

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

maryam : ialah betol hang neh. hahah

bad : ingat tu bad. rasa2 ko pun kenal ustaz khairul tu kot? biasa jadi hakim kat musabaqah kebangsaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...