

edisi black dan white
Salam jumaat. Ini entri pertama untuk tahun 2009. Aku mulakan dengan hitam dan putih. Semoga tahun 2009 / 1430 ini membawa lebih kebahagiaan dan kemenangan buat Islam.

Jarang aku buat black and white. sebab satunya tak reti. satu lagi, aku suka warna. Rasa hidup ini amat membosankan dan terlalu rata jika tiada warna mewarnainya. Model? sapa lagi kalo bukan anak sendiri. Bukan dia tuntut royalti pon.

Smalam kami ke City Plaza, Aziziah utk membeli sedikit barangan seperti baju, seluar dan usb flash disk. Rupa-rupanya ada sale. takpelah..

Jalan-jalan lagi. Upah waseem sebab diam, tak kacau pompuan dan duduk baik, belikan kereta kecik untuknya. Sebiji sampai 12 inggit. Asalnya waseem ambik BMW x5 biru, tapi bila nak bayar bar kod takdak kat kereta tu. Kena tukar kereta lain. Aku nak tukar, si kecik ni tak bagi. Sifat yang dia turun daripada siapa pon aku tak tahu, kalau dia pegang barang tu, barang tu lah sampai akhirnya.
Last2 dia tertidor. Aku secara senyap-senyap dan penuh taktikal pergi ambil kereta porsche cayenne turbo juga berwarna biru. Memanglah aku buat dengan teliti tapi aku cuai terhadap jenis kereta yang berjenama lain. Kira warna biru, saiz sama, aku sambarlah.
Lepas jer bayar, aku jenguk kat si kecik ni yang sedang lena tertidor sambil mengintai peluang untuk menukar keretanya itu. Detik keemasan tiba dan aku menyambar kereta di tangannya lalu menukar dengan kereta baru yang telah dibayar. Dia terkejut!
Bangun dalam keadaan mamai gitu, dia belek jenama kereta kat tangan dia. Dia menangis! Lempar kereta tu kat bawah. Aku ambik bagi balik, aku cakap ni kereta tadi lah. Sama kan?
Dia menangis, meraung nak kereta asal. Wah! Dia tahu ke aku tukar??
Last2 aku menggunakan taktik diktator. Aku angkat dia dari stroller dan dukung bawa keluar sambil membrain washkan bahawa inilah kereta yang dia duk pegang dari tadi.
-termakan jua pujukan aku..
balik ke rumah kami berbincang perihal yang berlaku tadi. Macamana dia boleh ingat kereta yang dipegangnya dan perasan tentang penukaran yang aku buat tu. Selidik punya selidik, aku rumuskan bahawa kereta porsche ini dapat dikesani kerana dia takdak plat number. Waseem berjaya mengingati plat number BMW x5 itu!

moral of the story :
- jangan ingat budak2 bodoh macam kita.
- jangan tipu anak-anak, kelak mereka menipu kita kembali.
- jika membuat sesuatu perkara, teliti dahulu sebelum bertindak.
- barang, walaupun nampak sama tapi kualiti berbeza.
- sabar terhadap bini ketika mereka bershopping.
- belajar dari perempuan mengenai cara membelek barang satu demi satu tanpa membelinya dan membandingkan harga yang lebih murah tanpa letih berjalan.
- aku ingat aku jalan ada dalam 25km semalam dalam shopping complex di city plaza tuh. Fuh!
- insan bernama perempuan itu amat misteri..




20 comments:
model plg waseem :)
siti : waseem da perasan. uh
cute nyer waseem :)
kak eita : lagi bertambah perasan..
wess..bila la aku nak beli kamera cam ko ni lutfi....:Pkamera apa tu wei? aku kamera cikai jer.
btw, tante tu makcik...
aku kan dah tua..hahahah at least tua dari ko :P
makcik monas yang dah tua :
pakai kamera cap ayam ajer. d60, nikon.
oo. tante itu makcik.. baru aku tahu..
hensem sungguh waseem nih...patut lah nama dia waseem......
cian waseem nak kete bmw...ingat dia tak tau ke dah kena tukar... masa tido tu dia mimpi taw.....
1. Cute sungguh Waseem ...
2. Wanita penuh dengan misteri...kena faham dengan mereka ya!
3. Anda seorang suami yang baik ..sangat2 baik!
cantiknye gambar..
kerana wanita ingin di mengerti. sudahkah en. kamitaken mintak maap kat kakak najwa setelah peristiwa kari merah..? huhuu
pi,kawe setuju 2,300% about ore pue kite kene sabar dgn diorg...ingatkan bini kawe jer takkan letih dok belek2 barang pahtu dok banding price...semalam dok pilih periuk lebih sejam.kawe tarik muke masam cetung baru dia berenti.dok taulah ape diorang dok tengok barang nak beli.org laki simple je.baca apa perlu beli terus bayar.harga dok kisah.pahtu baru nyesal tpt lain murah lg.hahaha.
Haha waseem lagik..
bile nak letak gambar bapak waseem ni?
sian lotpi..sumer kata waseem hensem & cute. x satu pun puji org yg upload gambo2 tuuu..hahahha
sheikkh helmi : gitu ah.. tapi gua sabar dan penuh dengan kesabaran.. kekekek
seb bek waseem nak yang mainan.
kene nak yang bebetul punye.
botak tak berbulu kepala.
tujuh kaki dalam : kekeke.. itulah..nasib baik.
masalahnya guru gambar tuh xensem sgt mcm waseem..hehe
nyway...
kim slm kt waseem
ammie dia
black and white..tu lah kehidapn tapi kalo warna warni lagi menarikkkkk
waseem d model for d years..hehe
pompuan memang misteri... sanggup berjalan pusing² shopping kompleks n banding harga kalo bershopping..pastu boleh abiskan duit beli benda yang tak penting...
Post a Comment