-ini adalah cokelat yang disorokkan oleh mama waseem. Bimbang jika dijumpai oleh waseem. Padahnya kalo kawen ngan budak-budak. Anak ngan mak pon berebut cokelat. Heran aku. Last-last aku yang ambik makan. kakaka. padan muka.. kakakaka.Smalam kami pi mesjid haram. Lepak2 di masjid. Jumpa tuan bad. Makan2 ngan tuan bad. Waseem sapu tangan dia yang berminyak kat jubah putih tuan bad. Tuan bad diam jerlah. Takkan nak tampo waseem depan2 mak dan ayah dia. Sembang-sembang pasal keluarga, masa depan, harapan dan isu semasa. Oh! Tidak lupa, Tuan bad sangat sayang isterinya nan seorang itu. Banyak kali dia puji isterinya yang sangat tabah dan sabar itu. Masya allah tabarakallah. dan akhirnya tuan bad pulang ke rumah kerana hari ini beliau ada exam quran. Berjalan seorang diri melontarkan pandangan ke hadapan semoga isterinya dapat bersama selalu. Bittaufiq.
Kami meneruskan perjalanan ke dalam masjidilharam selepas tukar baju waseem bersama jubah yang baru dibeli. Masuk dalam masjid, bukan kemain seronok lagi si kecit neh. Sebab dia lalu mengikut laluan wheelchair. Macam main gelongsor gitu. Sampai bawah, nak naik balik kat atas. Aku macam dah hilang sabar jer. Tapi pikir dia bukanlah sebaya dengan aku. Buat apa nak bertumbuk ye tak? Sabor jerlah. Sampai si polis pon geleng kepala tengok si kecit ni lari-lari.
Cuaca agak sejuk dan mendamaikan di dalam masjidilharam. Indah. Pemandangan yang langsung tak akan didapati di mana-mana negara lain dalam dunia hatta di venice, Italy. Burung-burung berkicauan memuji Ilahi. Merpati jinak bermain di daerah tawaf. Tidak ketinggalan si belalang yang rajin menyinggahkan dirinya di sekitar mataf (kawasan tawaf) untuk dimakan oleh merpati. Waseem tidak kering idea untuk berlari ke sana-sini setelah kami duduk kepenatan di tepi kaabah memerhatikan orang yang sedang tawaf.
Bersama kereta kecit baru dari Abha, si waseem menyorong kereta itu bersama teman barunya. Pakcik2 bangla pekerja masjidil haram. Aku pun terharu jugak tengok diorang sungguh-sungguh tolak kereta kat waseem. Sampai kadang-kadang waseem gelak ternampak semua gigi dia. Tapi takpalah. Asalkan waseem bahagia dan pakcik tu pun bahagia.
Medan tawaf putih dan bersih kerana karpet2 telah diangkat dan dijemur akibat hujan yang turun semalam. Ah! Rugi betul tidak ke masjid semalam! Dalam aku ralit memerhatikan para tetamu Allah, aku terperasan ada seorang arab ni duduk atas kerusi di belakang kami bersama tongkatnya memerhatikan gelagat waseem. Seraya meng'zoom'kan mata, aku rasa cam kenal pakcik neh. Aku mendekati dan terus salam dengan dia. Dia adalah kawan aku ketika kami sama-sama bekerja di masjidilharam suatu masa dahulu. Uwaid alamiri, masih aku ingat namanya. Istiqamah betul dia. Tetap bekerja dengan masjidilharam menjaga dan memerhatikan tetamu-tetamu Allah yang datang berpusu-pusu mengelilingi kaabah assyareef.
Kami bertukar-tukar cerita dan akhirnya dia mengharapkan aku supaya masih lagi tinggal di Makkah ini. Sayang katanya jika kamu pulang. Aku memang mengharapkan apa yang dikata bakal menjadi kenyataan. Mana mungkin ingin meninggalkan kaabah yang menjadi saksi di atas cinta yang kami bina ini. Mana mungkin aku mencari rumah yang sentiasa terbuka 24 jam setiap hari. Mana mungkin .. Insya Allah jawabku lemah. Jika ditakdirkan Allah rezekiku masih tertulis di sini, aku pasti akan tetap di sini.
Waseem sudah hilang berkejaran dengan merpati. Jauh sayup dia pergi. Tapi menyedari suasana sekeliling agak asing, dia pulang kembali dengan berlarian laju. 'halus kepala-kepala' (bahasa terengganu 101 yang bermakna sifat menunjukkan atas larian yang amat laju).
Kami berdoa, bermunajat sekadar daya kami. Menyebutkan hajat keluarga, saudara serta rakan taulan kami di Malaysia. Semoga ada di antara doa-doa kami akan dimakbulkan Allah tabaraka wataala.
Setelah kesejukan yang agak mendingin, aku mengajak mereka berdua pulang ke rumah. Insya allah, jika diizinkanNya, kami akan datang lagi besok. Ya Allah, aku mengharapkan keadaan ini akan menjadi milikku buat selamanya. Biarlah Terengganu itu lebih indah bersama keropoknya. Biarlah terengganu itu berdesir bersama pasir yang memutih. Biarlah terengganu itu terasa lazat bersama budunya. Biarlah terengganu itu tanah air dan tempat lahirku. Namun, kaabah ini lebih indah dan cantik. Aku ingin bersamamu sehingga ke akhirnya.. amin.

tahniah buat abg luth dan kak ayu di atas langsungan ikatan perkahwinan semalam. Semoga berbahagia dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin!~
-abg luth adalah merupakan abg kepada najwa. Telah melangsungkan perkahwinan bersama permaisuri hatinya kakak ayu. (Eh, kena panggil kakak ayu lah walaupun rasanya kita sebaya kan?)
...
nak cuci mata dengan abaya2 yang terkini? Aku tukang promosi jer. Pi lah klik kat sini. chill dan fresh dari saudi arabia. Harga munasabah dek akal manusia lah. tak sampai juta-juta.
Follow @USERNAME
22 comments:
menetapla di Mekah...update blog dari sana..dapat terus terusan kami tgk pic2 mekah..
pic2 yg ustaz amik sumer cantik2!!
anony : insya allah. amin!
sedangkan org yg baru sekali ke Makkah rasa tk mo balik,, apatah lagi ustaz Lutfi... saya pun mengharapkan n berdoa ustaz dpt terus dok sana..
amin lagi..
khazinatul : insya allah. amin!~
bestnya lah kalau dapat dok mekah~last pegi tahun 2000. sembilan tahun berlalu, banyak sgt2 perubahan. terlalu rindu nak ke sana! jadi,menetap je di sana. untung2 bleh jumpe waseem kalo pegi. ;))
p/s : boleh jadi pengarang buku ni encik Lotfi :D . untung2 dapat duit ,beli cokelat sebundle untuk waseem dan mamanye =P
heheh.
ustaz,
nanti kalau waseem yang comel tu dah besar...
mesti ustaz dan waseem rebutkan ummi dia pulak. hehe...
niq uqbah : err.. tak tawlah. tunggu dia besar jerlah. hehe
Mana Waseem, mana Waseem???? nak bocorkan rahsia tempat yg selalu di sorokkan cokelat tu..wahahaha
subhanallah.bila la agaknya dpt jd tetamu Allah..sayu baca
mekah..y mbawa saya ke sini,, saban hari..saban waktu..
mensoroti cerita2 cereka..watak2 insan y btuah bpeluang bpijak dan..menghirup udara di bumi itu....
kalian terlalu bertuah!! :)
doakan moga berkesempatan ke sana. amin,,,;)
khair.insyallah...
*psst waseem..kakak ada bykkkkkk coklat..nk?meh cni..;)
Semoga terus tinggal di Makkah seperti yang dihajati tu...Oh Makkah! aku sesangat merindui mu..InsyaAllah akan ke sana nanti, mudah2an dapat bertemu waseem yang cun tuu..W----M..buah hatiku!!
Salam Lotfi,
Nanti InshaAllah kami akan ke Makkah pada bulan 3 untuk mengerjakan umrah. Kalau perlukan apa2 dari Kelantan (budu ke), nanti kasitahu ye..kalau budu & keropok tu, inshaAllah boleh bawa.
Kak Fida
mama : trima kasih.. amin..
kak fida : wahh.. oke. order budu dan keropok jerlah. haha.. sebab stok budu dah abes.. satu botol kecik sudohlah sebab bulan 6 ni nok kelik doh. nanti akak tepon or msg lah nombor saya yer.. itupon kalu tok menyusohkan lah.. trimo kasih banyok2..
oh boleh...no problemo. kalau jadi pi bulan 3, akak hantar email. kalau tak jadi bulan 3, inshaAllah bulan 5.
rindu sesangat kat makkah..toksah le balik permanently ke malaysia. dok sana lagi baik...balik kejap2 je la..
kak Fida
insya allah kak.. amin!!
Ceh..cakap waseem ng mama waseem berahi cokelat..abi waseem pon leh tahang gok berahinya..base ngguh!

di doakan anda akan tetap duduk di mekah,akak rasa setakat ni takde yang serajin anda mengupdate blog dari sana.semuga dapat keberkatan.
anony : trima kasih kak. insya allah akan terus rajin insya allah.
along : yerlah. aku suker gop cokelat! huhu..
Post a Comment