pengikut-pengikut yang menawan

Monday, January 12, 2009

isu semasa


Pagi tadi selesai peperiksaan 'kontradiksi linguistik'. Antara soalannya adalah perbandingan antara 'adjektif' dalam bahasa melayu dan bahasa arab. Kalo ikut bahasa arab kita panggil 'na3at'. Memang berbeza adjektif dalam bahasa arab dibandingkan dengan bahasa melayu. Boleh jugalah jawab. alhamdulillah.

Pulang ke rumah, makan nasi 'kenduri kawen'. Najwa panggil nasi kenduri kawen sebab dia buat nasi minyak, ayam masak merah, acar dan air sirap kenduri kawen. Semua resepi didapati dari sini. Aku nak berterima kasihlah kepada mat gebu kerana dengan kerajinannya berkongsi resepi, maka dapatlah aku makan nasi kenduri kawen hari ini setelah 3 tahun kawen. Dulu masa buat kenduri kesyukuran kat kedah, kami makan nasi puteh ngan kuah daging. Masa majlis kahwin di Makkah pon makan nasi arab + daging. Jadinya tak pernah makan nasi kenduri kawen. Hari nilah baru dapat aku merasa. Ohoho..

Hmm.. Maaf dipinta kepada mereka yang berinternet slow sebab mungkin nak bukak aku punya blog ini memakan masa yang amat lama. Ini disebabkan oleh gambar2 yang amat berat saiznya menjadikan majlis pembukaan blog ini menjadi terlalu lembab dan 'betak' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud slow). Insya allah aku akan kurangkan pem'bubuh'an (bahasa terengganu 101 yang bermaksud letak) gambar2 di dalam blog ini kerana ianya amat mengganggu kosentrasi semasa anda.

Sedangkan aku sendiri tak suka diganggu ketika menonton filem kegemaran atau menaip blog. Apatah lagi mendengar lagu sambil membaca blog. Aku tak boleh. Kerana itu, jika membuka blog anda, ada lagu sampingan tak kiralah nasyid ker, lagu nirvana ker, indiana jones sekalipun, aku akan membukanya dengan tempoh sebentar sahaja. Aku dikurniakan Allah satu jiwa yang cepat hilang tumpuan. Apabila diganggu dengan sedikit gangguan minor, terus lari tumpuan. Tapi jika blog anda berkisar lebih kepada photoblog. No hal. Aku boleh teruskan melihatnya.

Belek2 kawan-kawan punya blog, ramai yang bercerita mengenai 2 tajuk ini. Budaya berblog dan Palestin. Bagi aku, blog ini mempunyai satu 'jazbah' (tarikan) yang menyebabkan kita amat tergila-gilakannya. Balik sekolah, blog. Bangun tidor, blog. Sebelum ke tandas, blog. Goreng nugget pon kadang-kadang sambil berblog. Hebat benar encik blog ini. Mampu membuatkan kita ketagihan jika tidak bersamanya. Aku setuju dengan apa yang mr Pjoe cakap. Kita suka bila tulisan atau sesuatu hasil kita, orang tatap, orang ambil dan orang perkatakannya. Apatah lagi jika ada tindak balas iaitu dengan komen-komen yang membina dan yang tak membina.

Blog juga adalah medan bagi kita meluahkan apa yang terpendam di jiwa selain mendapatkan pandangan orang ramai yang mengikuti perkembangan kita. Bagi aku blog adalah salah satu medan dakwah kepada orang. Apa ingat berdakwah kena pakai syarahan saja ker? Sekarang kan zaman 'ghuzwatul fikri' (perang saraf). Hasil tulisan sahaja boleh menggegarkan dunia dan menggoncangkannya. Percaya atau tidak terpulang.

Pesan aku kepada pendakwah :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

(serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik)

[surah annahl : 125]

Masih terngiang-ngiang lagi di ingatan aku usrah yang diadakan suatu pagi jumaat di Maahad tahfiz tahun 1999. 'Naqib' (ketua) usrah aku brader Muslim cakap, setiap hari, keadaan akan bertambah teruk dan semakin teruk. Manusia akhirnya akan menghadapi zaman dan era yang akan bertambah parah dan terlalu buruk dalam sejarah peradaban manusia. Percayalah cakap ana ini. Sejarah telah membuktikan bahawa zaman gemilang telah berlalu sehingga ianya akan kembali apabila dijanjikan.

Aku memang percaya apabila pemerhatian aku terhadap keadaan sekeliling membuktikannya. Manusia semakin hari semakin teruk. Kepimpinan sebagai contoh. Jika dulu, kita dibarisi oleh tokoh-tokoh yang hebat dan berilmu, kini ianya lenyap dan yang timbul makhluk-makhluk baru yang merasakan mereka lebih baik daripada kaum 'salaf' (terdahulu). Apa punya pemikiranlah.
Itu belum termasuk akhlak, pekerti, pegangan dan bicara orang-orang sekarang.

'Khulasah' (kesimpulan) dari apa yang ingin aku nyatakan kepada pendakwah sekalian, rendahkan sayapmu, jangan hanya dakwah itu bertumpu sekitar mereka di sekelilingmu. Mahu atau tidak mahu, anda perlu terjun di dalam lubang najis untuk membuka lubang yang tersumbat di dalamnya. Jangan lupa pakai kasut dan pakaian yang kalis najis. Kelak anda akan terjerumus dan bermandi-manda bersama najis. Jika pon terjun di dalam lubuk najis, jangan terlalu ganas dan rakus membersihkan najis, kelak terpalit di muka mu. Malu kan? Ingatlah. Najis ini bukan sebarang najis, silap rentak, najis ni gigit kamu. Paham ke apa yang aku tulis? Aku ingat brader faisal tehrani pon kena bukak kamus nih nak paham. kekeke..

Kawan aku cakap dalam kelas tadi, mengikut ramalan sejarah, Israel akan menyerang Palestin habis-habisan. Ikutlah apa dia punya niat pon. Kemudian Israel akan mengalihkan serangan ke Isfahan (Iran) dan terakhir akan memasuki Kota Madinah. Sapa-sapa ada sumber hadis atau kalam ulama, kasi tahu aku. Aku sedikit jahil.

Bagi aku, Allah memang sedang menguji umatNya. Mustahil, dalam dunia ini takdak satu pon doa yang dimakbulkan Allah bilamana semua umat Islam sedang berdoa tentang kehancuran Israel. Kita perhatikan, makin hebat serangan ke atas Palestin. Apa Allah itu tidak mendengar? Apa Allah itu zalim? Apa Allah itu buat tak tahu jer? Tidak. Sama sekali tidak. Allah mempunyai perancangannya tersendiri yang kita tidak ketahui bagaimana ia akan berlaku. Sebaik-baik perancang adalah Allah. 'alaisa kazaalik?' (bukankah begitu?)

Pernahkah anda kadang-kadang terlintas di fikiran, benarkah ajaran yang dibawa oleh Islam ni? Allah ni dengar tak apa yang aku doa? Mungkinkah puak-puak sunni ini menyembunyikan sejarah sebenarnya? Kenapa Allah tak makbulkan doa aku? Ada tak Tuhan ni? dan pelbagai lagi soalan yang kadang-kadang berlegar di fikiran kita membuatkan kita terasa ragu-ragu dengan anutan kita. Pernahkah?

Aku sendiri pernah dan ianya berlaku bukan sekali, tapi banyak kali. Setiap kali berlaku begitu, hendaklah bisikkan pada diri sendiri perkataan ini.


أَمَنْتُ بِالله
amantu billah

iaitu aku beriman kepada Allah. Sesungguhnya, kata syeikh albukhari di dalam kelas suatu masa dahulu, ianya adalah bisikan dari syaitan. Datang untuk meragu-ragukan kita di kala tahap keimanan kita meningkat. Bukan nak cerita aku iman tinggi. Tapi nak cerita tentang masalah yang kita hadapi membuatkan kita kadang-kadang tergelincir dari jalan aqidah yang sebenarnya dan membuatkan kita merasa ragu terhadap agama suci ini. Itulah kot, bebelan kali ini. Semoga kita diketemukan dengan aqidah yang sebenar dan selamat. amin..

15 comments:

mujahid001 said...

"boley tahan entry kali ni.."

lee lin said...

org komplen byk gambar, slow, berat... saya angkat tangan nak komplen, hah takdok gambar?? hehe. kasi tekanan skit. tapi entri yang best jugak, educational :)

ibnurosly said...

salam,
Keep it up Bro.

Ni 1st time bagi komen dlm blog enta, follow blog enta ni pun sebab minat benda yg sama.

Entri kali ni sama2 kita muhasabah.

ashiena said...

terima kasih

alongwairnazz said...

pie di malaysia ni golongan yang berstatus us pon masih lemah dalam berdakwah melaui blog..so kalau mung ade idea..leh la balik kegi present kursus tuk pendakwah dan blog..saper2 ade proposal dan ade niat nak wat bagitau aku neh..insya Allah leh bekerjasama kalu kene caranya. yang penting penuh profesional..huhu. gambo2 mung leh kecilkan saiz sket boh..xletak blog aku punya link ke..bertuah la mung nie..bagila support bagi aku yg baru nak bermula nie..

si bebas said...

Satu fakta baru..oke, nak pergi mengkaji.. kekeke

jazakallah khair, satu input yang berguna!

احمد نظيف بن اسحاق said...

Panjang sunguh karanganmu..
Sampai juling mata aku membacanya..
Aku balik Khamis ni..

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

mujahid : skali skala mengamok.. apa salahnya..

lee lin : takmo dah letak gambar.. merajuk. (udoh kan, orang tua merajuk?)

ibnurosly : teruskan berfotografi. insya allah ada sahamnya.

ashiena : sama2

along: wah.. aku bagi kursus?? wah! hebatnya.. nantilah aku kontek mung..

si bebas yang tak berapa bebas : bleh.. no hal. itu yang kita perlukan..

nazif : ko baru tahu ke aku pandai mengarang?? weh.. khamis ni konpem balik? esok datanglah mekah! bleh?

احمد نظيف بن اسحاق said...

Hmm tak dan la pi..
Byk kerja yg aku kena siapkan sebelum fly..
Insyaallah awal bln feb aku turun Makkah..

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

nazif : beres.. aku rangka baik2 plan nanti insya allah.

Sheikh Helmi said...

pie,kalo mcm mung kata mung ni jahil & ada org lain yg ilmuan aku x setuju! coz aku yakin mung punya kelebihn yg kekadang ilmuan xde.mung ni kira b'dakwah zmn moden.guna ape saje yg ade dsekliling kita utk fite back fikrah musuh2 islam kita yg bertaburan ni.blog is one of it bro! keep up ur gud writing!

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

tenkiu sheikh helmi al sheikh..

Anonymous said...

Marvellous!!!
Teruskan perjuangan ustaZ Mohd Lotfi Lokman!!

Catz said...

Asalammualaikum,
Nice entry..
salam..dah lama tak menjenguk belog ini..
moga sekeluarga sihat..

norah_nor said...

uishkh..kalo x dak gambar pon x besh gak...tp akak mesalah gak la...pagi2 dtg opis on ja pc blog ni la dlu yg dibuka....cmna niiii??????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...