dia ni mula2 jadi anak murid fotografi aku. la nih nak buat status jadi anak murid rumahtangga aku pulak. Latihan pertama dah lepas. -basuh berak waseem. kakaakaapa nak cerita ya?
hari ini. hari khamis. 8 januari 2009. hari lahir nina dan hari lahir semua orang yang lahir pada 8 januari.
smalam. menghadiri usrah terakhir buat syeikh helmi alsheikh. Dia akan pulang ke malaysia mlm ni mungkin. insya allah kami doakan akan kembali lagi. membawa pulang segala kenangan yang sebentar di bumi haramain sebagai ingatan yang tak mungkin kembali berputar.
smalam. baham gulai kambing dan ayam barbeque. Mau pecah perut telan daging dan ayam. di samping mendengar forum perdana oleh 2 penceramah handalan, tuan badrul hisyam dan abdul rahman hamzah. dipengerusikan oleh hj khuzaini.
hebat kan? semua nama yang dinyatakan di atas mempunyai platform masing2. hehe. zaman IT katakan.
...
ada orang tanya aku. macamana nak ambik gambar dengan sempurna? (ayat macam nak ambil wuduk jer).
aku jawab. aku bukanlah orang yang pandai tentang aperture, tentang shutter speed, tentang lighting, iso, composition dan sebagainya. cuma aku ada sense. aku tahu bahawa ini adalah moment terbaik untuk dicapture. ini adalah waktunya. sudut ini terbaik dari pandangan aku. Jadi jangan tanya aku macam mana nak hasilkan gambar terbaik. Paling penting anda tahu apa fungsi kesemua aperture, shutter speed, iso dan yang sewaktu dengannya. Belajarlah secara asas pon tak apa. Ianya akan berkembang nanti.
manusia hari ini banyak yang mengukur sesuatu melalui kejayaan yang dicapai. kemasyhuran diorang dan kekayaan yang dikecapi. itu barulah dinamakan berjaya. macam aku ni, tergolong dari kelompok pendaki menuju kejayaan. kadang-kadang terjatuh ke bawah. kadang-kadang berjaya mendaki tinggi lebih dari hari semalam. tapi matlamat itu (alahdaf almansyoodah) masih lagi jauh dengan perfomance (al adaa'). Kita kena berusaha dengan luarbiasa untuk menghasilkan kejayaan yang luarbiasa.
aku ulang sekali lagi, kita kena berusaha dengan luarbiasa untuk menghasilkan kejayaan yang luarbiasa.
apa yang aku kecapi di dunia hari ini merupakan nikmat yang diberikan oleh Allah. Allah memilih dan Allah menentukan dengan takdirNya aku menetap di Makkah untuk tempoh hampir 6 tahun ini. Allah jua yang menetapkan aku memiliki sepasang kasih yang dapat aku tumpahkan sayang padanya. si najwa dan si waseem. Ada hari kita terlalu teruk dan terjatuh duduk, namun dengan adanya sepasang kasih ini, kita kurang menumpukan pada hari yang teruk itu. Terima kasih Allah di atas rasa cinta yang dipinjamkan ini.
Nikmat itu juga tidak terbatas hanya kepada rasa cinta, sayang, rindu pada keluarga dan rakan-rakan namun apa yang lagi penting adalah kesyukuran terhadap pemilihan Allah terhadapku dalam menganuti agamaNya iaitu Islam.
Lima belas Ogos dua ribu dua, iaitu kira-kira 7 tahun lepas, aku mengikuti satu ceramah yang disampaikan oleh ust. Halias Bakar di masjid Besar Kuala Berang ...
Antara isi kandungannya ialah nikmat yang paling besar diberikan Allah itulah Islam. Maka wajib kita menjaga nikmat ini dengan sesungguhnya. Islam ibarat sebuah rumah yang dibina dan didirikan. Mereka yang berada di dalamnya hendaklah sentiasa memelihara tatasusila dan peradaban di dalam rumah. Membiarkan cahaya matahari masuk ke dalamnya, membersihkan dari debu-debu dan sampah-sampah serta ada pemelihara dari dimasuki oleh mereka yang bukan ahlinya. Itulah tugas kita dalam berteduhkan sebuah agama samawi yang diturunkan dengan wahyu Ilahi. Perjuangkanlah Islam dan bukan sekadar perjuangkan bangsa. Islam bukan hak milik mutlak bangsa atau kaum. Islam adalah milik semua.
...
kelmarin. lect aku bawakan satu cerita...
pada zaman dahulu, ada sorang raja yang memerintah sebuah negeri. Beliau mempunyai seorang menteri kanannya yang selalu berkata "la3allahu khair" (perhaps its ok). Raja itu selalu bercerita dengan menteri kanannya itu. Kadang-kadang ditunjukkan ipod yang baru dibeli dan menteri akan berkata 'la3allahu khair..'.
Kadang-kadang beliau berbicara dengan menteri itu tentang nikon d3x yang diangan-angankannya lalu menteri itu berkata "la3allahu khair..". Saban hari dan saban malam itu sahajalah percakapan yang diutarakan dan diucapkan oleh si menteri. Bukan main gembira lagi raja yang bertemakan seorang menteri yang selalu mengharapkan kebaikan kepadanya.
Suatu hari, si raja ini entah macam mana buas sangat bermain pisau sampai terpotong jari telunjuknya. Darah memercik ke merata-rata. Raja itu menjerit kesakitan. Kesemua gundik-gundik tertunduk diam ketakutan dan mungkin akan dipotong elaun bulanan nanti. Para doktor dipanggil untuk merawat kesakitan yang dialami oleh raja tersebut. Hasilnya, jari telunjuk raja itu sudah tidak hensem lagi. Apabila dilebarkan kelima-lima jari itu, jari telunjuk pasti akan jadi yang paling pendek, setaraf dengan ibu jari.
Mana-mana pegawai istana yang ketawa akibat menonton jari raja itu akan dibunuh serta merta. samada gantung mandatori atau dipostingkan ke sabah dan sarawak.
Sehinggalah pada suatu petang yang hening..
si Raja berjumpa dengan si Menteri kanannya untuk sedikit perbincangan mengenai perihal tanah yang baru dibeli di Damansara. Si Raja menunjukkan jari telunjuknya yang kudung itu kepada menteri kanannya. Konon nak dapat simpatilah. Jawab si menteri, "la3allahu khair!"
Raja menjadi terlalu bengang dan tension. Lalu dia memerintahkan segala hulubalang / hululabang? menangkap menteri itu untuk disumbatkan ke penjara Fox River, Illinois. Tidak semena-mena, menteri yang dahulunya hebat berada di pentas atasan rakyat, kini sudah mula makan di atas tray bersama banduan lain di penjara fox river.
Raja itupun meneruskan hidupnya tanpa menteri kanan di sisi.
Suatu hari yang lain, raja keluar berseorangan tanpa pegawal peribadi. Konon-kononnya sebab nak jadi raja yang tawadhuk dan zuhud. Konon-konon nak turun padang melihat perihal kehidupan rakyat jelatanya. Beliau pon jalan-jalan di sekitar midvalley, terus singgah di suria KLCC. Tiba di Kunikuya Bookstore, beliau lepak sebentar melihat majalah terbaru URTV. Best jugak majalah nih. Banyak gosip terkini. Mawi dan Ekin kawin pon aku baru tau. Pikir raja seorang diri sambil mulutnya mengomel.
Lupa nak cerita, raja ni seorang yang tinggi, mempunyai mata berwarna coklat, berambut agak perang dan sedikit panjang, berkumis dan suka pakai perfume yang wangi-wangi. Pendek cerita, memang hensemlah raja nih. Apatah lagi, beliau seorang raja. Tanpa disedari, datang 2 orang lelaki yang agak besar dari arah belakang, lalu menyerkup mukanya dengan plastik sampah. Terkial-kial si raja kelemasan.
Dipendekkan cerita, sebab cerita raja kena serkup tu panjang. Scene beliau dilarikan penculik lagi, beliau merayu minta tolong bukak plastik tu lagi, dialog beliau tunjuk IC yang beliau raja dan macam-macam lagi yang tak payahlah cerita di sini. Panjang. Beliau pun sampai ke suatu tempat yang tinggi di sebuah kediaman yang agak mewah seperti istananya.
Beliau dibawa masuk ke satu dewan, yang dipenuhi oleh lelaki-lelaki yang boleh katakan kesemuanya hensem dan segak macam dia. Ada yang pakai spek mata, ada yang pakai seluar tidur, ada yang sedang pegang kayu golf, ada yang mengunyah menghabiskan sisa roti canai sambil tangan memegang kuah kari dan pelbagai lagi orang lelaki dengan gaya masing-masing.
Lalu keluarlah seorang lelaki yang agak sederhana tinggi, tidak berjanggut, agak gempal dan berkepala botak berdiri di atas pentas di suatu sudut. Kesemua mereka yang berada di dewan itu, terdiam..
"hangpa semua tahu kenapa hangpa dibawa kemari?" soal lelaki yang berbadan gempal itu kepada semua hadirin.
"tak tahu.." jawab mereka hampir serentak.
"hari ini adalah hari beruntung buat hangpa semua. Kerana pada hari ini, hangpa semua akan dibunuh! hahahaha!" lelaki yang berbadan gempal itu ketawa seraya mengeluarkan rokok malboro dan menyuruh pengikutnya menyalakan rokok menggunakan lighter zippo.
Bergemalah dewan dengan teriakan lelaki yang dikatakan hensem dan bergaya itu tadi. Ada yang tepon bini, ada yang tepon mak dan tak kurang juga yang telepon girlfren masing-masing untuk meninggalkan wasiat dan pengkhabaran yang sejurus didengari oleh mereka.
"hangpa akan dilepaskan. Dengan syarat hangpa bukanlah lelaki yang sempurna sifatnya!" tambah lelaki gempal itu tadi. Mulutnya sedikit mengherot kerana melepaskan asap rokok yang disedutnya sejak 53 saat sebelum itu. Lalu matanya dikecilkan kerana asap masuk ke dalam mata.
Kesemua mereka itu kemudiannya dibawa ke satu bilik khas yang mana apabila diperiksa sedikit sahaja yang terlepas. Jumlah yang terlepas itu termasuklah si raja kerana beliau tidak mempunyai anggota badan yang cukup sifat dan seorang lelaki yang membuat pembedahan hidung palsu. Baki yang tinggal akan dibunuh serta-merta.
Bertempiaranlah lari si Raja dan lelaki berhidung palsu itu turun bukit, redah hutan, snorkling di pulau redang dan akhirnya tiba di jalan raya yang menemukan mereka dengan sebuah lori pencuri pasir di sungai yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Mereka menumpang lori tersebut yang akhirnya membawa mereka kembali ke kediaman masing-masing.
si Raja yang dah separuh hitam akibat 2 hari berjemur di tengah panas bergegas ke penjara bagi mendapatkan menterinya yang telah dipenjarakan.
"wahai si menteriku. Aku amat berterima kasih kepadamu kerana aku telah selamat akibat perkataanmu la3allahu khair itu telah menyelamatkan nyawa aku! Terima kasih wahai menteri.. dan blablabla..." panjang si Raja tu bercerita.
jawab menteri ringkas : " la3allahu khair.."
si Raja menambah lagi. "Maafkan aku jua kerana aku telah memenjarakanmu di penjara fox river ini sehingga kau terpaksa kongsi satu toilet dengan orang jahat. Sorry ya!"
menteri menjawab : " la3allahu khair. Kalo aku bersama dengan engkau, mesti aku pon kena tangkap dan kena bunuh. Sebab aku pon hensem."
si Raja : "sabor jerlah.."
moralnya :
setiap kejadian ada hikmahnya. Bersabarlah.
jangan pikir anda hensem sangat, satgi kena tangkap baru tahu.
Follow @USERNAME

10 comments:
ha ha!
hang nak celen pipiyapong ka ni?
nasib baik tak masuk penjara SONA..
bakpo aku kejap tebayang cite raja dan cite ala2 prison break ni pie. Payoh benar no fokus nie.
kekeke.. apapaplah.. kekekeke..
best best.. hahahaha..
waseem yg hensem dan bergaya!! :D
ada calon tak lg buat waseem...? hehe
hip hopnya waseem...
ritu waseem yg mintak nk kawin ke atau abah dier :D
lama x jupo mung..tobat r..
cite ni kalau aku bukukan pastu jual mesti jadi bestseller.. haha
sib baik raja dlm cerita ni tak putus tgn mcm t-bag..uh..ngeri2
Post a Comment