pengikut-pengikut yang menawan

Monday, January 5, 2009

lambat apdet

baru aku tahu kenapa ramai orang lambat apdet blog. sebab sibuk, letih dan lebih baik tidor. tapi aku skang dah jadi penagih blog. lagipun blog ini sudah menjadi satu medan untuk aku berkongsi pendapat dengan orang-orang yang dikasihi iaitu anda.

Aku check aku punyer buku lawatan, puratanya akan ada 190 unique visitor sehari. Iaitu page ini akan dilawati kira-kira 190 orang sehari. Itu baru sehari, cuba darabkan 190 dengan 300 hari? Bersamaan dengan 57000 orang! Kalau aku mintak sorang seringgit, bermakna dalam 300 hari aku sudah dapat memiliki RM 57,000! Banyak tuh.

Tapi apa yang aku nak minta dari anda semua bukan duit, tapi sedikit doa sahaja. Aku minta supaya anda mendoakan supaya big boss kita @ bapak aku tak ditukarkan kerja ke Kemaman. Kita sama-sama doakan yer. Kemaman dengan Kuala Terengganu itu tersangatlah jauh. Takkanlah big boss kita nak tinggal di Kemaman. Jauh woo. Macamana nanti pengikut-pengikut setia dia nak tabik kalau tak jumpa pagi-pagi. Insya allah, Allah itu Maha Mendengar. Untung-untung ada di antara pembaca blog ini doanya tersangatlah dimakbulkan Allah, dijadikan sebab big boss tak akan ditukarkan ke Kemaman. Sekarang ini big boss bekerja di Dungun. Itupun bersabung nyawa ulang-alik tiap2 hari. noktah.

...

Hari ni belajar subjek yang amat berguna dalam ilmu lughah iaitu subjek 'language opposition' ataupun di dalam bahasa melayu disebut 'kontradiksi linguistik'. Bayangkan dalam kelas aku ada 22 orang pelajar dari 18 buah negara yang berbeza. Apa tak pening ustaz nak dengar satu-satu bahasa dari 18 bahasa yang berlainan? Fuh.

Ini antara contoh bahasa 'sowahili' iaitu bahasa ibunda bagi penduduk dekat2 dengan somalia.

perempuan - muke
perempuan2 - wana muke
lelaki - mume
lelaki2 - wanaume
kereta - gar
kereta2 - magar
pokok - mit
pokok2 - mamit
buku2 - makitabu
anjing2 - maunba
kuda2- mafarasi
budak - mototo
budak2 lelaki - watoto

kekekeke. setengah jam jugak berlangsung sesi ketawa. Mananya tidak. Pertama kali aku dengar dalam sejarah 25 taun aku idup. Saspen betul bahasa dia nih. kakaka.

hangpa yang baca blog aku ni laki2 ke pompuan ek?

kalau lelaki, hang nih mume!
kalau pompuan, hang nih muke! kekeke
tapi kalau hangpa budak2, hangpa nih dipanggil mototo! kakakaka.. best! best!

....

gambar2 kenangan haji (tak edit)












12 comments:

humble said...

kamera baru? show me some nice pic since u have great cmera.slr? dlsr?

FUZZY said...

suke slow shutter speed itiew.. nmpak air seketul seketul.. doa utk boss.. insyAllah

lee lin said...

abang baju merah paling cool...

Linda Abdullah said...

Mototo..mototo..saya adalah mototoooo..ke.ke.kee

Gambaq kedua last tu cun..yg pak cik tua tuu..hish kesian la plak nengok org tua duk atas lantai..isk.isk.

Ummu Solehah Muhammad said...

mume, mume tau tak, sy kene carik cc yg laju utk lihat blog mume ni. sebab susah no gambr 2 tu nak kuar. geram2. mume, sy rase betol la cdngan mume utk mintak singgit sorang tu, ekekeee :D

by the way, insya allah doa sy myusul :)

siti said...

mototo=waseem...puuuulangkan "g" kami.kekeke

ashiena said...

eventhough tak seramai 190 orang baca blog saya dalam sehari, tapi gian gak nak ber'blog'..
bestnye semua wana muke
dan wanaume yang takda datelines.. :)

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

humble : bahasa inggeris ni sebenarnya bahasa ibunda aku. Aku dari lahir lagi aku cakap bahasa omputeh. Tapi la nih sejak dua menjak duk saudi nih, aku kurang berbahasa omputeh, sebab hormat budaya di sini, jadi aku ingat2 lupa lah tentang bahasa omputeh nih. Aku asyek cakap bahasa arab jer. tu yang banyak salah dalam tulisan aku bila aku mempraktikkan third language aku iaitu bahasa melayu. cumanya soklan enkau ni apa benda ha? engkau tanya aku ada kamera baru ker atau kau terkejut aku ada kamera baru? atau kau meludah sambil berkata kamera baru (huh!) kekeke.. lepas tu kau nak suruh aku tunjukkan gambar2 yang terbaik dengan menggunakan kamera baru ini ker? yerlah lama tak praktik bahasa kampung aku, itu yang aku nak konpem tu. Lepas tu jawapannya agak2 aku, ko tengoklah dan belek2lah gambar2 yang ada kat sini. Bukan semua terbaik, tapi semua ada cerita. tak gitu? 'waraa kullu soorah hikaayah'..

aku pakai dslr. slr? tak reti woo.. abes duit cuci filem jer since aku bukan orang yang pandai sangat dalam berfotografi..

kak fuzzy : itu saya pakai shutter speed laju kak. kalo pakai slow shutter speed, mmg takleh nak capturelah air tu seketul2.. anyway, trima kasih atas doa itu. semoga Allah memudahkan urusan akak.. amin.

lee lin : mentang2lah dia ensom sikit, terus minat ek? kakaka

linda : ish. lupa daratan betol dia neh. kakakaka.. itu org pakistan. sian ek tengok dia. itu yang tercapture gambar tuh.

ummu solehah : muke, oo muke. mume letak upload gambar widod (without) langsung mengedit apa2 sebab malas. upload dalam photobucket dan paste dalam neh. sowi lah. seb baik kat sana ada cc yang laju utk muke bukak gambar2 mume ek.

(cam tak betul jer guna perkataan tuh.. hahaha lawaknya)

siti : kedekut. hangpa yang bagi kat kami, hangpa mintak balik? hahahaha..

ashiena : penagih blog katakan. yang penting bleh klik butan submit utk new post dan tengok hasil tulisan kita berulang kali. itulah saya dan mungkin anda semua.. hahah.

thanx for comment.

nurleeta said...

190 visitor klu campur ngan visitor cam sy nih dok masuk byk kali sehari .. dh baper dh tuh...

apa2 pun best ada gamba haji lagi.

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

sis nurleeta : itulah.. itu yang unique visitor, kalo yang duk belek banyak2 kali itu dalam 300 ++.. apapun, trima kasih bebanyak.

akak roosni said...

akak pun lebih sekali tengok sehari,tentang gambar yang best tu

Sheikh Helmi said...

confirm bingung lecturer hang bro! bingung xpe lg,jgn bengong udah la!!!!hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...