pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, January 20, 2009

Norman Hakim & Memey




kebab dan sayuran

bapak mithali

Tepat jam 4 pagi, aku terjaga. Mengulangkaji tajuk yang perlu diajar hari ini. Aku pastikan betul2 yang aku konpem kena ajar hari ini. 23 muharram 1430 hijrah. Ya! Aku kena mengajar kelas sem 3, di matrik bahasa.

Tajuk rukun2 solat itu, berulangkali aku syarahkan seorang diri di ruang tamu. Kalo ada orang tengok, dah sah kata aku giler. Aku bulatkan fakta2 penting, aku cuba bayangkan penerimaan para pelajar, soalan-soalan yang bakal ditanya. Aku belek kitab-kitab turath. Ada lebih kurang 2,3 kitab di hadapan aku. Tengok masalah khilaf antara mazhab dan sebagainya.

Usai solat, aku kembali menghadap kitab dan nota2 yang akan aku ajarkan buat para pelajar aku. Ini betul2 cabaran. Orang kampung aku cakap tatbiqi (praktikal). Antara ujian lain bila bangun terlalu awal, aku kena bermesra dengan jamban. Lama gak menginap kat situ. Tak tahu, disebabkan oleh qalaq (nervous) ataupun mungkin disebabkan oleh cuaca yang sejuk.

Aku ulang sekali lagi syarahan sehingga lancar di lisanku ucap tutur yang akan ku utarakan sebentar sahaja lagi. Aku belek2 masa, aku mempunyai 2 jam sebelum mula mengajar.

Bergegas ke univ. untuk mata pelajaran pertama sebelum aku pergi mengajar. 9.30 pagi, aku berkejaran ke matrik untuk memasuki ruang kelas sem 3. Mereka ada ujian feqah rupanya hari ni.

Aku terlebih dahulu berjumpa dengan ustaz subjek feqah membincangkan beberapa tajuk yang perlu aku lemparkan buat para pelajar. Ustaz Madani sangat best, dia cakap tak payah lama2. Hang mengajar seploh minit cukup. Aku bagi diskaun kat hang. Pastu aku bagi hang markah penuh insya allah. Uish! Ini dah cukup bagus.

Masuk dan duduk di belakang, aku menunggu mereka selesai ujian sebelum aku memulakan tutur bicara. Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba, ustaz subject panggil aku ke depan dan memperkenalkan kepada semua pelajar bahawa aku akan membuat sedikit praktikal pada hari ini dan diharapkan anda memberikan kerjasama.

Aku memulakannya dengan salam, selawat serta terus mempekenalkan diri sendiri dan masuk kepada tajuk. Tak sampai sejam mengajar, ustaz subjek dah cakap, oke, time's up!~

Eh, apa yang sekejap sangat neh.. Tapi apapun, ia pengalaman yang sangat bermakna. Mengajar pelajar dalam subjek yang bukan feveret aku dengan menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa pengantar. Fuh! Memang ada bakat jadi pensyarah betul aku!

-aku punya blog.

Masjid agak lengang sekarang ni. Kalo nak buat umrah ker, nak cium hajaratul aswad ker, nak berdoa di multazam ker, pergilah sekarang. Seronott.. Takdak orang. Adalah 2,3 kumpulan dari malaysia nampak cam asyik tengok langit jer. Maklumlah, pakej ziarah bukan murah-murah. Hampir 6,7 k jugak. Apa barang tegur-tegur student sedang baca buku dalam masjid. Jatuh saham.

Kedapatan ada yang mungkin suka dan mungkin ada ramai yang tak suka dengan gaya penulisan serta berita yang dilaporkan di blog ini. Maaflah jika terasa. Tapi memang aku nak tujukan pada mereka. Kalau setakat nak baca blog ini untuk menjatuhkan orang lain, tolonglah sedar bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Aku dah sertakan nombor telepon aku di tepi tu, telepon direct jerlah aku. Senang. Nombor kod negara pon dah disertakan sekali. Nak nombor telepon direktor universiti pon, nanti aku kasi. Janganlah duk sembang dari jarak jauh. Tak syok. Tak ada tindakbalas. Orang kita ni tak habis-habis dengan budaya dengki dan hasad. Abis tu nak salahkan obama sebab jadi presiden amerika? Mengaji tinggi-tinggi. Tapi otak letak dalam kasut. Mana ada aku marah. Ini aku cakap sorang-sorang. Sembang sorang-sorang dalam blog nih. Baca diam-diam sudahlah. Sakit hati, toksah baca. Pi baca utusan melayu ker, baca urtv ker, baca nanyang siang pau ker boleh gak tahu pasal norman hakim dan memey. huh! Tak skeptikal betul punya orang.

19 comments:

Tujuh Kaki Dalam said...

sabar ya ustaz kamitaken.

nak puas hati org tak kan pernah.

yang penting apa kita buat itu yang Allah suruh.

org suka tak suka.

ada aku kesah?(wah.ayat aku kemain.ala2 reporter terhangat)

yang penting kita buat kerana Allah.

insyaAllah kita sendiri akan terkesan dgn apa yg kita buat.

baik.alhamdulillah.

buruk.minta di jauhkan.

(berpinau mata aku lepas baca blog kau terus masuk blog aku.itam pi putih.mana tak silau.hehe)

mana gambaq student2 ustaz yg nak di tunjukkan tu?

Ghazali B Abd Aziz said...

Lutfi;

Jangan marah marah ....

Biasa ler kalau dah jadi celeberity kaaannnn ...

monolograsya said...

" Fuh! Memang ada bakat jadi pensyarah betul aku!"

nanti bley la apply UIA ker..ngaja kami~~~(^_~)

:: budak BAR UIA ::

Linda Abdullah said...

Ish.. dah lah tadi beli lense baru colour hijau cuci-cuci terkoyak.. nie kene cari spek mata hitam plak nie,dah nk juling mata baca perkataan yg telah dipotong kepada 100 bahagian dengan 1 garisan yg lurus..

Luruskan barisan.. maju ke hadapan.. sabaaaarrrr itu separuh iman..

Biaq pi lah apa org nak kata pun..huhuuu

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

tujuh kaki dalam : yer.. aku stuju beno dgn ekau. tapi itulah. bukan semua memahami. dalam dunia mesti ada orang yang tak memahami dan saja buat tak paham. itulah cabaran..

gambar nanti aplod. tak sempat lagi nak bergambar. slalu tak cukup korum.

abg ghazz : hehe.. tak marah, berleter jer.. selebet adalah. bukan selebriti.. hihihi

molograsya : sabolah tunggu aku balik satgi, aku gi ngajo.

linda : pakai spek 3D utk ilangkan sakit mata..hahaha

mujahid001 said...

marah kat saper.. (angkat bahu)

alongwairnazz said...

p..dok seke mung seganaz ni leni..mung balik kekgi ade biz leh wat ngn mung kalau mung hebat bahasa arab..

Robihah Radzak said...

kenapakah dikau marah??..

maryam nadiah ishak said...

waseem ialah supercute!

maryam nadiah ishak said...

saye ialah tidak terlibat dalam kegiatan hasad menghasad ni..saye ialah drop by untuk tgk gambar2 waseem..hehhee lagi pun saye ialah tak suke membaca..kalau tak percaye tnye lah ahmad nazif ishak..hehhehee :)

Tujuh Kaki Dalam said...

tak cukup korum?

ramai yg selalu ponteng ke?

kekeke

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

mujahid : haha.. adalah marah kat orang di sana (sana merujuk kepada tempat yang jauh)

along : aku mmg ganaz. godzilla pon respek kalo aku ganas.beres. nanti balik, aku kontek mung.

robihah : tak marah, nasihat.

maryam : bijaklah ayat nko. saya pon ialah tak kisah sangat enko nak datang baca ker, enko nak tengok gambar ker, saya memang tak ialah kesah. saya ialah suka dan terima kasih. hahaha..

tujuh kaki dalam : ish. camner ko tahu kami suka ponteng nih. hahaha..

cikgu zainab said...

Sabar ya nak...Allah suka orang yang sabar..ustaz pun tau kann!

si bebas said...

Ha ha ha..Star*ucks ada berapa ketul je org..

Ha ha ha

siti said...

waseem makin waseem la.umo waseem sudah tukar..yipyip :)

Anonymous said...

salam akhi lotfi..
fiddeen nie..
i.allah bulan 5 nie akan ke sana
leh jumpa sana
hehe

-fiddeen-

badruddin said...

Lotpi:kasi rilek sama hati la...siti nurhaliza pn, xsume org suka sama dia (walaupun 99.5% org suka)

btw: hebat giler menelaah dulu baru mengajar.. kita tgk, asakah boleh maintain sampai sini..

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

mama : insya allah.. sabar itu tetap..

si bebas : agak kuranglah orang.. bleh bilang

siti : yerlah, satgi orang duk komplen umo dia statik jer..hahaha

fiddeen : beres! mai satgi konteklah!

bad : aku rilek nih bad. Kalo tak, aku belasah orang dah.. hahaha

FUZZY said...

ustaz.. sapa org tuh..?!? mengong betol, jeles la tuh..
blog ni, sapa nok baca, baca.. sapa dok rok nok baca, bior kang
dun ever stop ustaz, nnti peminat wasseem maroh, masuk CNN nati!
salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...