pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, January 6, 2009

pedagogy


smalam ada pembahagian kelas. Aku dipaksa kena mengajar kelas sem 3 di matrik bahasa arab dalam subjek feqah!

Aku pon dah lupa bahawa aku sedang ambik jurusan bahasa arab dan pendidikan. Aku pikir aku ambik jurusan seni dan fotografi . Jadinya aku terpaksa prepare apa yang patut sejak dari sekarang.

Smalam dah buat analisa bahawa bakal pelajar aku terdiri dari 18 orang. Kesemuanya berumur antara 20-32 tahun. Didatangkan dari pelbagai negara seperti pakistan, afrika, thailand, kanada, uzbekistan dan tan-tan yang sewaktu dengannya.

pedagogy ini memang sangat mencabar minda dan kekuatan akal. Anda perlu pastikan pelajar anda memahami setiap patah perkataan yang anda lontarkan. Oleh kerana itu, aku amat respek akan institusi pendidikan ini dan insan yang bernama guru.

Aku ada satu kelemahan. Aku tidak mempunyai wehdah maudhuiah iaitu kesatuan dalam topik. Mesti aku meleret ke tajuk lain dan tak jumpa jalan yang asal. wehdah maudhuiah ini dapat dikesan dari penulisan aku dalam blog. Kadang2 ikut jalan yang lurus, kadang2 banyak yang lari tajuk. Itulah gunanya akal yang kuat untuk memegang usul dalam sesuatu perbincangan agar tidak menyimpang jauh dari tajuk asal. Dalam umur yang dah mencecah syarat akhir untuk peserta bintang rtm iaitu 25, aku mesti melatih akal dan minda agar tetap teguh dengan topik yang ingin dibicarakan.

Tapi macam mana nak kukuhkan akal kalau aku tengok pemandu porsche ini terdiri dari kuih bangkit??





12 comments:

nurleeta said...

hahhaha..mesti keje waseem nih

Linda Abdullah said...

Eh bila masa pulak Company Porsche sumbatkan kuih bangkit dlm model kereta diaorg haa? pelik tul tak pernah jumpa pun....

Tau dah tu mesti keje Waseemmmmm..
Ada kekeliruan dgn kuih bangkit yg salah masuk tempat sepatutnya sumbat dalam mulut..

Adeii..sakit perot ketawa nie..ke.ke.kee..

Mrs.FHM said...

waseem mogok tuh...yerla org nak BMW taw....

Mrs.FHM said...

ker bli porsche percuma kuih bangkit? kalo gitu nak kena gi bli gak lah....

Nazif said...

Hahaha best2..
Ko ngan waseem sama2 kelakar..
Esok aku turun mekah dengan buddin..

norah_nor said...

hahahaha...kreatif la wasem..

redanna said...

sabo jela...keje waseem atau bapak dia??? ....

siti said...

konpom keja bapak mototo..haha
kuih bakaq.dh mcm airbag p0she

cikgu zainab said...

kelakar jugak entri lutfi nih!
you have sense of humour! that is why i have to visit your blog everday...he3.

-mama-

Anonymous said...

hahhaaha...wasim mmg best!!

Ummu Solehah Muhammad said...

best belajar dengan cekgu yg tak de wehdah maudhuiah, sebab dia akan banyak cerita dr topic belajar sebenar, ngeeeh2.

FUZZY said...

ishk.. bin dawood ada jual kueh bangkit ke?.. aaa sesuatu nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...