









17 januari 2006 adalah tarikh aku disatukan dengan sang puteri ini, iaitu si najwa di Mahkamah Qudai, Makkah alMukarramah. Qadi yang menikahkan kami ialah Syeikh Sulaiman Al-Maturiidi. Itu bermakna sudah 3 tahun kami berkahwin. Dalam usia 3 tahun perkahwinan kami, bermacam dugaan dan halangan serta kemanisan yang telah kami tempuhi. Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah kerana mengurniakan kami kemanisan cinta dan kasih sayang yang diikat dengan kelahiran putera sulong kami, si Waseem.
Perempuan memang sukakan kejutan dan sering melihat sebarang perkara yang amat remeh-temeh. Jika anda seorang kaki blogger, anda akan dapat melihat berapa banyak yang meletakkan tarikh-tarikh keramat mereka di tepi-tepi sebagai tanda mereka amat mementingkan tarikh2 tersebut. Perempuan adalah mereka yang ahli di dalam bidang ini. Nasihat aku kepada yang bakal berumahtangga, tolong jangan lupakan beberapa tarikh penting yang baru di dalam hidup anda selain tarikh lahir anda. Antaranya ialah tarikh anda berumahtangga, tarikh lahir isteri anda, tarikh lahir mak mertua anda, tarikh lahir anak anda dan pelbagai lagi tarikh2 yang kadang2 kita rasakan tak penting pon! Namun tidak bagi pihak wanita. Rendahkan egomu, dan terimalah seadanya.
Untuk menimbulkan mood kasih sayang yang semakin hari semakin pudar, apa salahnya mengadakan sedikit kejutan terhadap isteri. Aku sendiri pun sebenarnya buntu dan tak ada idea sangat dalam ingin membuat kejutan terhadap isteri. Itulah fungsi kawan di sisi untuk membantu memberikan idea yang bernas dan saksama.
Bermula dengan chatting di YM bersama asnawi, kami memulakan projek. Turut bersama sebagai seorang pemikir ialah Tuan Bad. Nawi mengarahkan aku keluar ke masjid bersama najwa dan waseem sementara dia dan bad membeli barang-barang kelengkapan dan persiapan di rumah.
Pendek cerita, kami hanya pergi solat isyak di haram dan membeli sedikit makanan. Aku kemudian membuat alasan untuk pulang ke rumah. Najwa apa lagi..
Membuat muka yang hampir serupa keadaannya seperti mempunyai madu, dia terus tidak menegur aku. Aku tahu apa yang difikirannya. Sekurang-kurangnya kalau dah tak ada apa2 sambutan untuk hari yang difikir besar ini, apa salahnya meluangkan masa bersantai dan berehat di masjidilharam. Itu fikirannya. Korang tahu apa alasan aku nak balik rumah?
Nak buang air besar... Aku sememangnya dari azali, akan pulang ke rumah jua untuk membuang air besar. Entah, selesa begitu. Cuma jika terlalu emergency dan dah memang ditakdirkan kena guna tandas awam jua, aku akan akur.. Tapi kali ni najwa mengikut dengan muka yang tak best!
Sepanjang perjalanan pulang, dia tak bercakap..
Aku yang dah bermesej ngan nawi dan bad, suruh diorang siapkan secepat mungkin apa yang patut kerana kami hampir sampai di rumah.
Mujurnya najwa membawa waseem ke kedai berdekatan rumah. Aku menerpa ke dalam rumah melihat keadaan. Bad masih lagi leka menyusun lilin-lilin kecil sebagai lampu untuk menambahkan mood romantik. Melihat aku pulang, keadaan semakin kelam-kabut dengan larian kecil nawi dan bad. Mana nak menyorok ni. Akhirnya mereka memilih untuk menyorok di dalam bilik kerana najwa sudah dalam perjalanan pulang ke rumah.. hahaha.. lawak giler.
Muka yang mulanya kalah batang buruk, akhirnya mengukirkan sebuah senyuman yang maha manis pernah aku lihat. Siap jerit-jerit kecil lagi! Hilang sudah rasa marah dan aku adalah orang yang paling disayangi saat ini.. hehehe..
Cubalah anda praktikkannya di rumah.
kredit kepada orang di belakang tabir dan perancang utama iaitu Nawi, Bad dan tukang makan : din. Tukang bagi idea makan spagetti pon, terima kasih jugak. Kan dah cakap, lainkali kasi makan nasi jer lagi romantik. Aku orang terengganu, tak reti makan spaggeti. hahahaha.
Perkahwinan itu sesuatu yang indah jika berada di jalan yang betul. Terima kasih jua pada keluarga, mak ayah dan adik2 serta keluarga besar kami kerana menghormati keputusan aku sebagai perintis kepada perkahwinan di umur muda. Terima kasih kepada keluarga mertua yang sanggup melepaskan anak mereka ke pangkuan aku walaupun kadang2 mungkin timbul keraguan atas kesanggupan aku untuk memberi makan kepada anak mereka. Terima kasih semua diatas jalinan indah ini. Semoga perkahwinan kami akan kekal seperti mana ibu bapa kami dan diberkati Allah sentiasa adanya.. Amin..
-slamat hari lahir kepada kak aida, abg bad. Samalah tarikh lahir kak da ngan anniversary kami. Kena buat kek coklat neh.. kakaka..
-slamat menyambut ulangtahun perkahwinan jua buat abg isa dan kak safiah (annur travel) seingat saya, kita sama2 menyambutnya.
-sapa lagi yang menyambut apa2 peristiwa pada tarikh ini, bolehlah berkongsi dengan kami..
-salam hormat,
Lutfi Lokman,
Makkah alMukarramah.
29 comments:
tahniah2...anda telah berjaya memberi kejutan yg amat istimewa...hohoho...i likeeeeeeeeee kezutaaaaaaan. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat...dan dikurniakan anak2 yg soleh dah berjaya. Semoga 'Pi'dan 'Najwa' berbahagia slalu dah tabah dlm menghadapi liku2 hidup alam rmhtangga.^_^
wah sangat romantika gitu.... i likeeeeeeeee to kak eita hehehe... Semoga kekal berpanjangan ikatan perkahwinan ni... dan murah rezeki dgn anak2 yg ramai hehe....
saya selaku perancang malam ini,amat berbesar ati berjaya mengumbirakan sifu saya..upah nyer,hang penurun blake ilmu photograper hang kat aku n skali ngan pakej remote d80..wakaka..
anyway,semoga berkekalan sampai bila2..nk wa kejutan lagi,sila dial no 999..batu aper???wakakaka
wa... very romantic hah.. moga kebahagiaan berkekalan. Baguslah dapat raikan semua tarikh2 penting tu esp with woman you luv. But believe it when you get older, it will be different. Ibu still confuse tarikh lahir anak-anak ibu yang ke 4, 5 and 6... so, tak pe lah masa if u can't remember the important dates...
ummu busyra
(a mother of 6 children)
Salam Lutfi,
Tahniah3!! Seronok tengok kebahgiaan anda berdua..mama doakan semoga Lutfi hidup berkasih sayang hingga ke akhir hayat. semoga murah rezeki & bertambahlah cahaya mata.
SURPRISE!!! hehe.. so najwa terharu tak? semoga sihat walafiat, panjang umur, murah rezki.. n waseem dpt adik soon! hepi bifday najwa, musti cenyum panjanngggg nih.. well done ustaz!
Waahhh romantiknyaaaa! How sweeet! Comey! Suka2
romentik..aku buleh romentik ngan bantal aku jela skang ni..doa2kanle aku dapat ikut jejak langkah mung kawen cepat..maka baru lah aku buleh nak romentik2 macam mung..kekeke..anyway..semoga kekal bahagia.. :D
Happy 3rd anniversarry najwa&en lotfi!such a sweet couple!mashallah!
mahu jugak tuan bad tolong prepare majlis anniversarry...mana tau nanti bidaah pulak!haha..
to najwa congrats ok..n waseem cepat2 dapat adik
waaa....abg pie romantic nyee...
mmg abg pie pandai nk amek hati "mashak allah"
nnti abg pie tolong ajar anuar cara2 nak jadi romantic yee ;p
anuar : cet.. hang kena 'baligh' dulu baru boleh!
semoga Allah kekalkan kebahagiaan ini hingga ke dalam syurgaNya kelak.
amin.
pi sgt romantik..
untung najwa dapat awak..
Tahniah.... seronoknya Najwa..
suka gambar lilin yg keliling kek tu.. hehe mabrook jugak! n live happily ever after, insyaAllah.. ^^
my salam to najwa yeah!
alaaaa..chomel nye kakak najwa pegang bunga tu..:) selamat enivesari..
kak eita, kak naa, anak murid, ummu busyra,mama zainab, fuzzy, si bebas, pamiesz, ayu, tujuh kaki dalam, sis nurleeta, kak ann, kamylah dan ummu solehah :
terima kasih atas ucapan ini.. terima kasih.. tenkiu beri mac.!~
Tahniahx100...Selamat ulang tahun perkahwinan ke-3.. semoga berkekalan dan lebih diberkati Allah s.w.t... best nya, banyak lilin romentik gitu...kirim slm kt Najwa..
congrats bro!gud2!!!
"Tak diajaknyer amber.."
"selamat ulangtahun perkahwinan, semoga berkekelan dan mendapat anak yang ramai.."
"nak tempah jugak consultant bad n nawi boleh? berapa bayar?"
Fuhh majenun romantik siot..
hahaha.. kek tu sedap ke pi?
hehehe..
:) tahniah
giler romantik..nyway..selamat ulang tahun perkhawinan...
regularGuest
waaaa...beshnya kezutannn giteww...tahniah..mmm...bagus btol org dibalik tabir itewww
Salam
TAHNIAH buat Lutfi& Najwa. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke3. Semoga kekal bahagia hingga ke syurgaNya.
lutfi and najwa,
tahniah!!!!! semoga berbahagia selamanya!
romantiknya....:)
sweet nye isteri abg lutfi~ muke pun cute mcm waseem~
to lutfi n najwa
congratz...
smoge korg due kekal bahgie n kekal till akhir hyt...
tmbh baby byk2 agi..
Tahniah diucapkan kepada Ust Lutfi suami isteri sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 3.
Maaf...nak berfaham2(kata orang tua2). Setahu saya kita dilarang menggunakan api dalam upacara meraikan sesuatu kerana menyerupai agama lain seperti hindu..majusi dan lain2 lagi. Kalau di Malaysia.. memasang lilin (spt dlm gambar)tu sering di lakukan dalam upacara agama HINDU...tersangat mirip. Sebab tu pengantin dilarang BERSANDING untuk tontonan umum.Mamasang lilin d kek dan meniupnya waktu sambut harijadi...sebilangan orang islam masih mengamalkannya..Saya nak tanya kalau2 ada fatwa atau nasihat agama mengenai hal2 tersebut. Harap Ust2 di UMU QURA dapat bantu..
Post a Comment