Wednesday, February 18, 2009

alkisah 2

taken by mama waseem. Photogmama to be insya allah. Lepas 300 kali tekan shutter, pukul dengan rotan, lempang, tumbuk dinding, pecahkan satu kamera, inilah hasilnya. Belajar fotografi bukan senang. Ingat main tekan jer shutter ker? Masalah timbul bila dia suruh aku beli speedlite plak. Memang masalah.


...
2 10 2003
wisma tabung haji Jeddah.

"Cepat siap2 semua! Baba tunggu kat bawah. Kita pergi Konsulat Malaysia malam ni. Ada game takraw." Arah baba pada kami. Arahan baba adalah arahan mandatori.

"Anas! Cepatlah! Ajwa pon nak pakai bilik air ni!" Tempik aku pada anas.

"Hang gunalah bilik air mama. Aku baru nak sikat rambut neh!"

"Takmo! Cepatlah!". Aku berkeras. Dia ni selalu lambat kalau nak kemana-mana. Satgi aku yang kena marahnya.

Dah lama kami tak ke konsulat malaysia. Pergi pon jika ada majlis atau permainan sukan. Baba suka sangat main takraw. Dah tua pon, jadi 'tekong' lagi. Kami kena cepat ni. Satgi lambat2 baba mengamuk kat bawah tu. Yang anas ni pon satu. Takkan tak tahu baba tu macam mana. Adoi..

...

Setibanya di konsulat, aku melihat ramai orang di sana. Kebanyakan adalah orang-orang melayu yang tinggal di sini. Eh! Student pon ada. Mesti Abd Rahman tu ada. Tapi...

"Najwa, hang dah tengok ke student abdul rahman tu? Kami cari-cari jugak. Rasanya dia main takraw jugak." Bisik madihah padaku.

"Entah. Manalah aku tahu. Aku baru jer sampai. Makan pon tak lagi." Jawabku perlahan.

Susah nak gambarkan perasaan di hati ini. Bukan aku tak berminat dengan lelaki. Tapi, dahlah tak lawa, tambah2 lagi dengan jerawat di muka ni yang macam apa arrgghh.. tak memungkinkan ada orang berkenan kat aku. Pedulikanlah.

Sampai saat ini aku tak pernah lagi melihat mana satu Abdul Rahman yang diorang sebut-sebutkan tu. Diorang kata kurus, putih dan hensem. Mana satu ha? Ya Allah, ketemukanlah aku dengan dia..

...

"enta nok air menda ni zul? Ana pegi ambik." Aku menawarkan diri pada zul untuk ambil air sebab zul macam malu nak pergi ambil dek kerana pompuan ramai kat situ. Aku macam biasa. Memang muka tak malu. Lebih-lebih lagi dengan pompuan.

"Ambiklah air nder-nder pong. Kalu ada shahi (teh) molek gop. Biar panah sket tekok nih." Pinta zol padaku.

"Beres bos!"

Sepatutnya akulah yang kena malu. Dahlah student baru. Baru sebulan menjejakkan kaki di tanah saudi ini. Tapi mak selalu ajar. Malu biar bertempat. Kena profesional untuk hidup bertambah matang. Lagi-lagi di tempat orang. Bestlah mak! Aku melangkah cepat ke tempat minuman.

...

"Aliya nak air apa ni? Jom ikut amah (aunty). Amah pi ambik air." Aku memimpin tangan si kecik ni. Aliya, anak saudaraku nombor 2.

Orang pompuan kalau ambil makanan memang lama. Tangan ceduk lauk, mulut duk bersembang pot-pet, pot-pet. Aku pun lebih kuranglah. Banyak cerita nak sembang sebenarnya.

Alamak. Ada orang laki pulak ambil air.

"Aliya, sabar sat no, ada orang."

...

"Eh! Nak air ker? Ambiklah. Takpe, saya kacau teh kat tepi ni. Nah! nah! Silakan." Seru aku lembut. Aku neh, kalau bab pompuan, memang perfectlah suara. Cuba cakap gitu ngan adik beradik aku. Pengsan agak2nya adik aku.

Dalam hati nak tanya nama. Tapi kurang ajar pulak satgi. Tengok jer pon jadilah. Oh! Dah ada anak. Muda-muda dah ada anak kat sini. Pelik betol.

...

"Aliya nak air apa neh?" aku bertanyakan si kecil itu. Kadang2 kita ambil air lain, dia tak minum. mesti nakkan air yang sesuai dengan tengkuk dia.

"Nak pepsi? Amah ambik pepsi kat aliya yer."

Ni kat sebelah aku ni, sapa ha? Aku rasa ni lah abdul rahman. Diorang cakap kurus, pakai baju hitam dan putih. Hensem? Takdelah sangat. Tapi dia pakai cincinlah. Dah berpunyalah tu. Hohoho.. Padan muka diorang. Abd Rahman dah berpunya. Melepaslah korang.

"Terima kasih ya." Aku tak berani nak sembang banyak2. Cuma ucapkanlah terima kasih sebab kasi aku laluan nak ambik air. Tunggu dia kacau teh, macam lama jugak. Reti ke tidak tu bancuh teh.

...

"apa punya panggilanlah. Amah? Apa pulak panggil mak macam tu? amah ni kan maid. Ish.. Tak paham aku budaya arab neh. Melayu pon dah jadi arab. Pelik betol." Bisik aku sambil berfikir apa yang aku dengar tadi.

"sama-sama. takpe, no hal." Dia ucap terima kasih, aku kenalah jawab kan?

"Nah zol! Air teh enta. Letih kuca (kacau) ni." Aku menghulurkan teh panas pada zol.

"syukrang (terima kasih)."

"Eh zol, ana nok tanya sikit ni. Amah tu maknanya mak ker? Ker menda maknanya?" tanya aku jujur pada zol memandangkan zol sudah hampir 3 tahun berada di Umm al Qura.

"amah tu panggilan untuk makcik sini. Kadang2 ada panggil khalati, kadang2 panggil amah. Orang puteh sebut aunty. Bezanya, kalau untuk adik beradik sebelah ayah, kita panggil amah atau ammi. Kalau adik beradik sebelah mak, kita panggil khali atau khalati. Semua memberi makna makcik dan pakcik." Terang zol.

"Ohh! Maknanya tadi tu bukan anak dia lah.. "

"Anak sapa neh?"

"Eh! takdak apa-apalah. Hehehe.." Sembunyi aku pada zol.

"Enta nih!"

...

7.30 malam
al-Falaq, Makkah

"Mana Ding nih? Janji lepas maghrib nak datang terus. Lambat dah kita nih. Kang mengamok baba satgi." Syaiful kelam-kabut memerhatikan jam tangannya.

"Enta pernah tengok ke baba marah orang pul? Baba mana pernah marah orang. Rileks arr." Sampuk zol.

"Alah.. manalah tahu kan. Tiba-tiba jer baba nak marah ke hari ni sebab kita datang lambat. Tajuk apa hari ni ek? Ana tak datang semalam."

"Hari ni masuk bab baru. Tayammum." Lekas hakim menjawab.

Kami sedang berdiri di bawah kaki lima di sebuah bangunan usang betul-betul di tepi jalan besar. Sedang menunggu rakan-rakan yang lain datang untuk sama-sama menuju ke atas bukit rumah baba. Baba adalah panggilan kepada ustaz wan nik yang berasal dari Patani. Setiap tok guru yang alim, kami akan panggil baba sebagai penghormatan kepada beliau. Kami akan mengikuti kelas feqah pada tiap-tiap malam selepas maghrib sehingga isyak di rumah beliau di alFalaq, Syamiah kecuali pada hari khamis malam jumaat. Baba pon ada time rehat jugak.

"Eh! Pul, tu cincin kahwin ker?" Aku bertanya soalan pada Syaiful yang sedari dari tadi membelek2 cincin di tangannya.

"Taklah. Saja-saja pakai cincin. Nampak cantik. Ana beli kat Msia ni."

"Makkah ni, kalau seseorang pakai cincin, tak kira laki ke pompuan, itu bermakna dia sudah berpunya." Zol bersuara.

"Owh.. Gitu pulak." Getus aku terasa ingin tahu. Banyak lagi kebudayaan masyarakat Makkah ni yang aku tak tahu.

"Alamak, patutlah takdak orang nak ejas ana. Ana pakai cincin rupanya." Syaiful berlucuan.

"Argghh.. Tak pakai pun rasa macam sama jer. Hahaha!" Aku gelak.

"Bak sini ana nak try cincin tu. Macam muat jer kat jari ana ni." Aku ambil dan terus menyarungkan di jari manis. Cantik!

"Ana pakai dululah pul ek. Nanti ana kasilah balik." Meminta macam nak buat harta sendiri dari syaiful.

"Ambiklah. Cincin besi jer. Hehe."

" Jom! Ding dah sampai dah. Tu dia duk parking motor kat seberang jalan." Hakim mengajak kami naik ke rumah baba.

"Yalla! (jom)" sambung zol.


bersambung..

...

nak tengok muka jambu aku dulu-dulu? Nah! Takdak susah-susah nak tahan nafas pon untuk cover perut. Bernafas macam biasa. Tapi aku tak suka keadaan macam ni sebab bila genggam tapak tangan tak nampak besar, nampak kesian.


dari kiri : hakim, (lupa nama apa), widad dan aku.
Jeram Pasu, Kelantan.

Dulu, angkat kuda pon tak larat. Sekarang setakat nak angkat waseem senang-senang jer.




19 comments:

Anonymous said...

macam widad je kat sebelah ustaz..

syahidd said...

Aku tetap tak cayer tang hengsem tuh..hhahaha..yang part len boleh...
Sambung lagik weh...

dzuraini said...

2hb 10, tarikh lahir aku.. kisahnya bermula 6 tahun yang lalu..

sambung la lagi..sampai kisah 2009:-)

pemerepek said...

best la encek kamitaken..

sungguh menarik..

xsabar nk menunggu sambungannya...

sila menyambung cerita ini tanpa malu ye. :-)

Ibn Mohamed Amin said...

tinggi gak market wat novel ni ye.ramai pminat.aku pn nak wat gakla novel ayat2 cintan.sambungan ayat2 cinta habiburrahman.tp tajuk novel aku lain la.ayat2 indomie.memandangkan kat mesir takde megi cintan.hahaha.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

anony : yup.. cik widad manis. adik ustaz mang.

syahid : hang memang gitu. tak percaya aku jadi pujaan ramai. hahahaa


dzuraini : eh, ye ker? kebetolan pulak.. ni based on true story citer neh.. takdak tipu2. seleweng sket ada lah. haha

pemerepek : iyo.. tirmo kasih kerana membaca. ni duk perah idea ni nak sambung. tapi kena buat kajian dulu. takut silap episod. huahuahua

pamie : kekeke.. lawak btollah. indomie pon, indomie lah.. sini laku gak indomie. hahaha

:: awanbiru :: said...

hai la waseem...:)

giant kecik said...

bestlah..sambung2!!
kalau leh wat novel pun bgs gak..heheh..
to najwa: berusaha lagi utk jadi photomama yg berjaya!!:-)

Linda Abdullah said...

Cerita..lagi, lagi..

Siapa lah kurus keding macam cicak kobeng tu?? aha.ha.ha

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

awan biru : hai jugakk.. dari waseem

giant kecit : huahuaha.. dah malas dah.. huahauhau..

linda : kurang asam betol ko neh! huh! jumpa di court!

احمد نظيف بن اسحاق said...

Hahaha Betol linda macam cicak kobeng ler.. Ada hati nak angkat kude.. Hahaha.. Aduh lucu2..

IdzaRis79 said...

penat akak bace satu persatu cerita mung...

tapi....

walo panjang..ia sgt menarik!!!

Marvic said...

owh!!! mcm gitu ler sesi perkenalan ek... sambung lagi sampai 2009 ek? kekekeke

sitique said...

panjangnya nak baca tapi best...
sambungla cerita

Marvic said...

best kan baca cerita kat sini....hehehehe

diaNa said...

mmg dulu ngan skrng lotfi byk berubah, almaklumla da jadi seorang bapak...mmg dulu sy tgk awk ni "jambu" hehe

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

nazif : nko nih, takkan tak taw aku mmg kuat. stakat kuda dan unta tu, rileks2 jer aku tengok. tu belum kira time aku kasi makan kat kuda lagi.huh! memg tough giler tengok..kakaka

Idzaris : lol.. akak jangan baca sambil berlari.. duk rilek2, goreng ikan dan ratah ikan sambil baca..fuh.. memang masyukk..

marvic : uih mang.. apahal nak kena sambung sampai 2009. satgi orang cakap aku syok sendiri pulak.. kakaka

sitique : nak kasi pendek, baca tajuk jer. hhahhaha

ddiana : oit! kau telah membocorkan rahsia aku sangat jambu suatu waktu dulu.. hahaha

diaNa said...

hahaha...takpe pie, rahsia kerajaan lain akan disimpan selagi boleh..kebetulan nmpk gmbr zaman bujang kan,terus teringat lelaki jambu ;p

siti said...

a`ah kesian kesian..takyah genggam la tgn tu..cikeding ke?? cikedis...hahaha

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...