pengikut-pengikut yang menawan

Thursday, February 5, 2009

the curious case of benjamin button

orang sumbat nasi ikut mulut. Mu sumbat nasi kat idong. Logik la siket.

hari ini hari khamis. Lega rasanya bila tiba hari khamis. Kerana hari khamis adalah hari hujung minggu. Bila hari hujung minggu, kita boleh sedikit berehat dan melepaskan batuk di tangga. Pagi2 lagi sudah melihat status anak murid aku di laman sosialnya facebook; yang menghantar baju bertan-tan ke laundry. Laundry di sekitar aziziyyah kaya hanya berdasarkan sumbangan dari asnawi itu saja. Full stop.


bebola naga di restaurant pattaya, jeddah. Sekali makan, pasti keluar api.

Perempuan sangat obsess dengan berat badan. Betul ker? Obsess ke obesiti ha? apa2lah. Aku? Tak kesah pon, gemuk ke, kurus ke, hensem ke, comel ke. Asal aku boleh makan sudah. Tapi bagus juga bila pompuan ambil peduli mengenai hal kendiri. Kita tahu yang dia sayangkan kita dek kerana itulah dia take care diri sendiri. Bagus. Aku bagi 20 markah.


sizzling daging with onion potong besar-besar.

Hal peperiksaan? Ohh. Masih belum selesai perjuangan ini. Aku perlu menghadapi 3 lagi subjek. 2 daripadanya adalah killer subjek. Sabtu, Nahu. Ahad Psikologi. Silap jawab boleh membunuh. Ohh.. Semalam, ada hasil juga aku conteng2 dalam blog ini. Semua yang aku conteng itu, semua keluar. Bagus kan berblog? Alternatif bila malas membaca.


kereta lancer dan ekzosnya yang boleh keluarkan api. Mungkin dia makan bebola naga kat atas kot?

Ini apa hal pulak dengan negeri perak sekarang ini? Aku takdelah ikuti sangat hal2 kepolitikan. Tapi aku tulis di tepi blog ini, aku amat berminat dengan politik. Cuma cubalah cari persefahaman dan elakkan pergaduhan. Rugi negara kita dengan pergaduhan. Juga jangan terlalu ekstrim dengan pegangan kita. Renungi dan cuba baiki diri dengan menggunakan pendapat musuh. Setiap orang pasti memikirkan diri sendiri sentiasa benar. Tak salah jika kita mengambil apa yang benar dari seteru kita guna untuk memperbaiki diri sendiri.

tomyam mix seafood plus santan.

Sapa ada maklumat dengan pemikiran di bawah sedar? Aku berminatlah hendak mengetahui pemikiran tersebut. Contoh situasi, Kita sedang bercakap telefon, berbual dengan teman mengenai hal manchester membelasah chelsea 3-1 dalam perlawanan kelmarin menerusi jaringan babetov dan rooney pada masa yang sama kita meneruskan pemanduan. Adakah itu dinamakan pemikiran di bawah sedar atau dinamakan gerak spontan? Akal manakah yang kita gunakan untuk menukar gear, untuk memulas stereng, untuk menekan clutch dan brake? Serta akal manakah yang kita gunakan untuk menceritakan perihal ronaldo yang lembik itu selalu gagal dalam sepakan penalti? -aku minat manchester.

Antara lain situasi yang aku hadapi ialah ketika mengulang alquran. Bila mana sedang ralit membaca surah-surah tertentu, dengan melihat mashaf, pemikiran ku melayang ke beberapa perkara yang berlaku sekitar semalam dan beberapa hari sebelumnya. Aku terbayang perihal setup white room dan cara nak shoot makanan dengan lighting yang available. Tapi antara sedar dan tidak, mulutku tetap meneruskan pengajian dan aku telah sampai pada muka surat seterusnya.. Ini orang panggil apa??

Lagi perkara ganjil yang berlaku semalam. Baru dikhabarkan sebentar tadi oleh najwa. Dia memasang bacaan alGhamidi ketika aku sedang tidur. Bacaan dari surah anNahl dan alIsra'. Aku tahu, aku tidak hafal dengan begitu baik surah2 itu. Namun, menakjubkan najwa kata aku membaca dan sambung ayat2 tertentu dalam surah tersebut dan mata aku terpejam. Pagi ini pon aku masih tidak ingat bilakah aku membaca ayat2 itu?

Jangan pula kata aku riak dan menunjuk2 tentang kehebatan aku. Bukan. Bukan niat aku nak sembang pasal kehebatan ke, kewalian ke, kekeramatan ke atau apa2 yang berkaitan dengan kepoweran aku selaku manusia normal ini. Cuma ingin mendapatkan kepastian mengenai perkara2 di atas. Mungkinkah akal kita ini seperti internal hard disk? Di dalamnya ada beribu-ribu mungkin berjuta-juta dan berbilion-bilion partition. Di dalamnya terkandung alQuran secara keseluruhan, di dalamnya ada terkandung cerita the curious case of benjamin button, ada lagu avril lavigne, ada maktabah syamilah kepunyaan ayub yang aku tidak hantar lagi, ada gambar2 profesional dsrl, ada kopi radix dan di dalamnya terkandung segala memori yang pernah aku rakamkan dan letakkan di dalam cakera keras tersebut. Cumanya aku perlu search dan klik pada part2 tertentu menggunakan perisian tertentu untuk dihasilkan? Mungkin iya, mungkin tidak. Ini sekadar pendapat orang yang tak mengaji bab akal dan otak. Kalau anda prefer untuk berkongsi dengan aku, ahlan wasahlan.. Aku amat alu-alukan..

alQuran, alQuran, kena baca banyak lagi neh!

-selamat bercuti-cuta wahai rakanku si bad yang telah sampai ke bangi dan mungkin sedang bertamattak dengan nasi lemak. Susah hati betol hang neh. Tak pasal2 aku kena tahan ngan polis patrol semalam. Apa kes?

-tajuk kat bawah ni ialah, 'aku tension' dengan tulisan jawi yer. Tak pandai jawi? Belajarlah.

12 comments:

Linda Abdullah said...

Fuh.. panas..panas..panas.. tgh panas nih kat sini nih..hal Perak, hal Sultan, hal politik, hal negara..wooo

Pemikiran di bawah sedar??? soalan kacang botak nih...
Ia berkait dengan otak, serebelum, serebrum, medula oblongata,neuron, reflex motor, saraf tunjung, impulse dan fungsi akal. Sila campurkan mereka ini menjadi rojak (oh lama plak tak makan rojak) maka akan terjadi nya tindakan dan pemikiran di bawah sedar itu...

Eh diriku ini masih ingat pelajaran bab Otak lah..ke.ke.kee

Untuk ilmu lebih lanjut ttg medical sila pergi ke perpustakaan negara Saudi..aha.ha.haaa

احمد نظيف بن اسحاق said...

Haha bersabar lah menghadapi pekse yer.. Kena tulis nota ulang kaji kat blog lagi kot boleh jawab soalan yg akan datang..esok aku ke cerating.. kena tahan ngan shorta? cerita lah kes nyer.. Kali ni tade gamba waseem macam kurang ceria.. Berita perak plak dengar kabar najib bagi rasuah pada 3org tu untuk letak jawatan aku pun tak pasti allah saja maha mengetahui..sampai kat cerating aku akan call ko untuk menceritakan tentang udara segar kat sana nanti.. semalam aku tengok astro kawan ko kuar tv lah..pasal dia bawak orang vip tu guild umrah dan ziarah..

belangcoolcat said...

otak byk laci agaknya, kalau tak selalu cek/kemas kita tak tau apa isi dia, heh. kata² org yang laci otaknya penuh ngan benda kurang faedah.

silya_aquarius said...

salam. saya tak pastilah betul atau tidak. tapi setahu saya, kita ada 4 gelombang .Selalunya, bila tidur kita akan recall benda yang dah lalu.Dan mungkin masa isteri awak kata awak baca, masa tu awak belum tidur sepenuhnya.

Marvic said...

akal kita seperti internal hard disk? mungkin ada betulnya..cuma penggunaan akal kita tidak digunakan sepenuhnya...if only we are able to do so surely saya akan lulus periksa dgn cemerlang :)

siti said...

waseem versi padang pasir..aiwah..hensem hensem hensem dan hensem lagi..selamat menjawab imtihan lagik..Allah Yubarik fik

k jas said...

nak tanya ustaz, agak-agaklah apa yang benar dari BN yang boleh PAS
ambil untuk memperbaiki diri dia orang ye... sajelah nak tau dari
pandangan ustaz.

Bugil Sekali said...

!!!Easy Get Money!!!
1. go to the following link; http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=tutekx Join this site. It is also free. You get paid for completing surveys over there 6$ to 4$ dollars per survey and 1.25$ per referral . have a 1 year premium account and now i am collecting some exta cash .
2. Then create a paypal PREMIUM Account at this address. It is free; ; http://www.paypal.com or Click Here When asked for credit card details simply say cancel. You do not need to fill it . Another thing you can also use paypal money to buy stuff on ebay and other shopping sites.
3. Thats is it. So Simple and I swear it works.
4. I learnt this from another friend and i thought it will be good for my friends here. So I thought of helping
5. Try Now Click Here
6. Click Detail Information
=======================================================================================
!!!Easy Get Money!!!
1. go to the following link; http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=tutekx Join this site. It is also free. You get paid for completing surveys over there 6$ to 4$ dollars per survey and 1.25$ per referral . have a 1 year premium account and now i am collecting some exta cash .
2. Then create a paypal PREMIUM Account at this address. It is free; ; http://www.paypal.com or Click Here When asked for credit card details simply say cancel. You do not need to fill it . Another thing you can also use paypal money to buy stuff on ebay and other shopping sites.
3. Thats is it. So Simple and I swear it works.
4. I learnt this from another friend and i thought it will be good for my friends here. So I thought of helping
5. Try Now Click Here
6. Click Detail Information

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

k Jas : letak link dan email dulu, nanti saya jawab.

k Jas said...

jass5256@yahoo.com

Anonymous said...

amboii..abg pi,xkan gambar tomyam pn nk tayang gak...? ;p

Qudwatun Hassanah said...

[Mungkinkah akal kita ini seperti internal hard disk? Di dalamnya ada beribu-ribu mungkin berjuta-juta dan berbilion-bilion partition. Di dalamnya terkandung alQuran secara keseluruhan, di dalamnya ada terkandung cerita the curious case of benjamin button, ada lagu avril lavigne, ada maktabah syamilah kepunyaan ayub yang aku tidak hantar lagi, ada gambar2 profesional dsrl, ada kopi radix dan di dalamnya terkandung segala memori yang pernah aku rakamkan dan letakkan di dalam cakera keras tersebut. Cumanya aku perlu search dan klik pada part2 tertentu menggunakan perisian tertentu untuk dihasilkan? Mungkin iya, mungkin tidak. Ini sekadar pendapat orang yang tak mengaji bab akal dan otak.]

Pendapat ustaz tu ada benarnya. Semua memori kita ada tersimpan di dalam otak kita yang sebenarnya mampu menyimpan sampai betrilion byte data.

Sebanarnya istilah terlupa boleh dikatakan tak wujud. Sebenarnya kita tak lupa - memori yang kita nak tu ada di dalam otak kita. Cuma kita gagal kesan di bahagian mana. Istilah sebenar bagi 'lupa' adalah 'fail to retrieve the data.'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...