pengikut-pengikut yang menawan

Friday, February 13, 2009

dedikasi 2

Itu pintu masuk universiti baba. Kelas baba ada di tepi pintu pagar tu jer.

you want some?

model baju kanak-kanak ribena.

masya allah tabarakallah.. tak tahu nak cakap apa pada anda semua. Thanks. Malas nak jawab satu2 dalam komen. Apapun, kepada yang bertanyakan soalan, pasal nasi mandi tuh, susah jugak nak bg resepi. Nantilah sesenang, kita aplod jer resepi nasi mandi tuh.

Pasal membahagikan masa, belajar, study, baca buku, buat nota, basuh berak waseem, jaga najwa, cuci dinding, tarik keretapi, tongkat langit dan tahan ombak di laut, caranya tadak sistem pon. Apa yang aku praktikkan janganlah sesekali diamalkan oleh anda. Amat merugikan. Aku sama sekali benar akan membaca di malam sebelum peperiksaan. Biar banyak manapun silibes dan biar banyak mana pun soalan yang pasti akan keluar atau nota yang perlu dihantar, jawapannya malam peperiksaan. Itu menyebabkan aku mempunyai banyak masa dengan semua perkara di sekeliling selain membaca untuk peperiksaan. Satu lagi yang membuatkan aku boleh menjawab dengan baik di dalam peperiksaan sebab aku minat subjek tu dan faham. Itu sebabnya aku tersilap nilai kehebatan otak aku dengan subjek nahu yang memerlukan daya kekuatan seorang penghafal alQuran untuk mengingati segala dalil alquran, hadis dan syair arab untuk setiap permasalahan nahu. Ingatkan sempatlah susun kepala hotak supaya dapat ingat. Tapi bajet lari. Akibatnya terketar-ketar kepala lutut menanti natijah (result).

Apa lagi yer? Oh, dipaksa lagi oleh cik Marvic utk menyelesaikan permasalahan matematik yang agak berat. Jadi sebab dah free dan otak bertambah luas, aku jawablah :

Make this for marvic and people want to know me in 25 random facts, habit, behaviors about myself :

Tengok, dia tulis soalan dalam bahasa orang kampung aku lagi. Aku kesian kat orang lain yang tak pandai bahasa kampung aku. Jadi aku kenalah tulis bahasa ambil hati orang lain walaupun aku tak terror sangat nak tulis bahasa melayu neh.

1. aku tak suka susun duit satu-satu dalam wallet, mesti bergumpal.
2. wallet itu adalah pemberian mak aku since tingkatan satu yang kini baru berusia 13 tahun.
3. tak suka pakai jam.
4. suka bertangguh.
5. tak suka tengok cerita hindustan kecuali pernah ter'silap' tengok kabi kushi kabi gam dan nangis-nangis.
6. tak pernah serius dan selalu main-main.
7. tak ada langsung perancangan untuk 2,3 tahun ataupun minggu depan. wawasan? apa tuh?
8. tak memilih dalam pembentukan imej pemakaian. Tapi aku amat cerewet dengan pembelian pakaian. Baju seluar, 2 atau 3 tahun sekali aku beli sehelai.
9. suka sangat dengan perfume. Kecuali nina ricci jer aku tak teringin nak pakai.
10.tak pernah pakai minyak rambut sejak tingkatan empat.
11. ada sifat hangat-hangat tahi ayam. tapi aku bukan tahi ayam.
12. tak istiqamah (berterusan) dalam sesuatu perkara kecuali makan dan tidur serta perkara fitrah manusia.
13. suka tengok gambar dari baca fakta. Kebanyakan sifat orang melayu.
14. sebelum berumahtangga, aku melalui zaman kegemilangan iaitu 2 bulan aku bangun tahajud dan solat subuh berjemaah di masjid. Sekarang, harap2 ada lagi.
15.Percaya pada takdir dan ketentuan Ilahi.
16. benci durian dan adik-adiknya (tempoyak,lepok,durian jeruk,durian rebus atau durian goreng) taugeh dan buah ciku.
17. Baik dengan mak melebihi nilai persahabatan seorang sahabat.
18. Pernah tipu mak yang aku dah solat zuhur, tapi mak dapat detect kemudian kena pukul dengan sejadah terus berazam taknak tipu mak lagi.
19. Suka dengan idea dale carnegie dan sedang mempraktikannya dengan anda.
20. Selalu ada masalah dengan kebanyakan pompuan.
21. Teringin mempunyai kakak dan dulu pernah terpikir yang mak dan ayah ni tipu aku bahawa aku ini anak sulung.
22. Ada 3 orang adik di bawah yang pernah aku pukul kesemuanya.
23. Cita-cita dari darjah 3 sampai sekarang mak suruh cakap Entrepreneur. Photographer takde pulak mak sebut.
24. Suka main takraw.
25. Ambik kos bahasa arab dan pendidikan tapi sampai sekarang tak reti2 i'rab dan buat ayat dalam bahasa arab.
26. Sifat jeles yang keterlaluan terhadap perkara yang disayangi.
27. Tak isap rokok sebab rokok mahal. Baik beli dendang atau komik pendekar laut.
28. Penakut dan takut gelap.
29. Tak pandai kemas pakaian dalam beg bila ingin travel ke mana-mana. Nasib baik dah kawen dengan najwa.
30. aku mempunyai anda yang sudi baca semua 30 perkara pasal aku walaupun hanya disuruh 25. tenkiu.
30.5 aku tak suka blog. :p

Jika anda yang membaca ini sudi menulis pasal diri anda, bermakna anda sudi menjadi sebahagian dari kisah hidup aku untuk aku kenali dan catatkan di dalam memori abadi aku ini.

12 comments:

dzuraini said...

no.21- kamu teringin mempunyai kakak, saya teringin mempunyai adik. Aku percaya emak ku tidak akan merealisasikannya.

no 30.5 -daku sangat2 percaya!:P

"Jika anda yang membaca ini sudi menulis pasal diri anda, bermakna anda sudi menjadi sebahagian dari kisah hidup aku untuk aku kenali dan catatkan di dalam memori abadi aku ini." - ayat ini sungguh membuatkan aku terpedaya..:-)

Marvic said...

mmg lawak la kau ni...tapi thanks sbb sudi juga shared 31 facts about urself..(terlebih sudaaa...)

sitique said...

drpd entry ni aku dpt rasa yang kau mmg free + tgh happy...
tapi tak tau la betul ke tak? hehehe...itu perasaan aku je...

Fazzy said...

Lotfi..

I geram betul tengok si Waseem..
Comel sangat..
U ni kawan baik Nazif ye?

haziQah said...

bawa la waseem balik terengganu nescaya habis saya menggomol pipi nya yang bolat dan puteh tu hoho :p

photographer pon boleh je jadi entrepreneur

haziQah said...

bawa la waseem balik terengganu nescaya habis saya menggomol pipi nya yang bolat dan puteh tu hoho :p

photographer pon boleh je jadi entrepreneur

Marvic said...

kalau x suka blog..nape boleh ada blog plak :)

miss GAZA said...

20.Selalu ada masalah dengan "kebanyakan" pompuan.

-Huhhu...apsal no.20 ni kecik pada yg len....maslh tknikal ek??

-"kbanyakan"...?hurm...

Mr W. A. A. said...

cute nyoh anok ust lotfi nii...

norah_nor said...

sudi gak tapinya x der blog sendiri la...lenkali lah

Anonymous said...

adoi la.... camne leh tak pasan dh 25. siut miut miaw betul

dah tak larat tgk waseem said...

waseem!!!!!!!!!!!!!!!!! nak kene cubit ke????????? dah nak separuh gile dah cik yam tgk awak ni......~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...