pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, February 17, 2009

kaabah

sakit kaki. smalam jalan kaki dari aziziyyah sampai umah aku. braper kilo? 3,4 km jer kot? tapi dah lama tak eksesais, lagipun dah pancit, terus flat. Suasana dingin dan sangat sepi semalam. Deruan enjin sesekali jer datang singgah melepasi pendengaran. Aku berjalan sambil membawa bekal bihun tomyam kiriman din pada bini aku dan waseem. Macam ayah mithalilah pulak.

Apabila perkara itu ada sentiasa bersama kita, kita sangat jarang menghargainya. Apabila ia telah tiada, barulah kita menyedari akan kepentingan perkara tersebut. Contoh mudah bagi aku adalah kereta. Dulu time ada merc tu, macam2 komplen. Banyak songehlah, sikit2 rosak, ekon slalu rosak, speaker tak power dan macam2 lagi. Walaupun begitu, dengan merc itu jugaklah aku dapat round satu makkah dengan tanpa bersusah hati memikirkan keletihan pejalan kaki. Tekan minyak perhati lampu isyarat, ikut rules. Tambah2 pulak gear auto. Tapi kali ni, aku sudah mula memerhatikan pemandangan di tepi, aku membaca segala signboard kedai, aku mula melihat bangunan2 yang maha besar di sekeliling aku hasil dari perjalanan santai aku dari satu tempat ke satu tempat. Rasid lughawi (perbendaharaan kata) juga bertambah kerana aku asyik naik prebet sapu ngan arab. Tak banyak pon sepatah dua kata mesti bersembang ngan diorang. Ah! Setiap kejadian ada hikmahnya. Apa nak susah hati. Aku sangat percaya dengan kerja Allah. Gambar kelmarin. Pinjam kamera kak bushra (kak ipar najwa) bawak masuk dalam masjid. Sikit pon tak susah hati time ambik gambar.

cuba tengok perangai budak neh. Tak ke mengganggu traffic org nak tawaf. Casio 4 mgpxl.

muka baru bangun tidor. Asal masuk masjid, nak tidor. Asal nak tawaf, nak tidor. Perangai sapa lah neh!

menonton hamamah (burung merpati) di dalam masjid.

kalo kiswah (kelambu kaabah) tercabut, korang jangan kasi tahu kat polis yang waseem pi tarik penyangkut tuh ek! - marmar berwarna putih itu dinamakan syazarwan. Diklasifikasikan juga sebahagian dari kaabah.

save palestin!

orang palestin datang peluk2 cium waseem tengok dia bawak bendera neh. Inilah kerja budak kecit time datang masjid. Main gelongsor.


nikmati gambar dulu. Takdak mood lagi nak berkarya. Pening2 ayam lagi. Nanti updet lagi yer.

12 comments:

Ummu Solehah Muhammad said...

bagos btol aksi waseem gambar pertama tu.. hehehee..

Anonymous said...

waseem yg comel lg bertuah =)
moga hidup waseem sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

:: awanbiru :: said...

masyallah...waseem = handsome ..:)
wink~

kosong lg x waseem?hehe..tnya ja en kamitaken. k.najwa oii..hihi

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ummu solehah : huahuah.. perangai udoh.

nonymous : masya allah..

awan biru : stakat ni dah penuhlah. empat2 kuota dah penuh.. takper, bleh letak dalam senarai waiting list. .nak? kakaka

احمد نظيف بن اسحاق said...

Best nyer kalau buat umrah masa ni.. sayang nyer aku tak boleh nak datang sana.. syok sbb tak ada orang.. huhuhuu...

miss GAZA said...

smangat 2 mr waseem.....
masyaAllah!
comel gla...
wat p la aksi apa pun...
smuanya...
KIUT MIUT!!!
bla nk wat sesi otograf waseem???
huhuhu...

khalif said...

subhanallah, sonotnya die membesar depan kaabah...

knape dah x blh zoom bagi beso gambo2 waseem ni?

Tujuh Kaki Dalam said...

aku mengharap hang yg buat aksi di gambar pertama tu.

kakaka

Marvic said...

comel giler buat macam2 aksi kat situ... :)

siti said...

syok nya waseem..siap buleh landing2 lg dekat dgn kaabah..

siti said...

syok nya waseem..siap buleh landing2 lg dekat dgn kaabah..

cik yam nyaris2 sawan said...

tolong lah wahai abg lotfi..aku ni dah kancing gigi dah tgk anak kamu ni..tak boleh bla dah ni..jangan sampai den sawan pulak..adoyai..tolong lah balik malaya dengan kadar segera..biar daku selesaikan anak mu itu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...