pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, February 3, 2009

kaget


huh! kaget dan cemas. Kaget tu apa ha? Hari ni peperiksaan qiraat wa tahliliah (pembacaan dan analisis). Menganalisis surah alkahfi sehingga ayat 20. Aku memang cemas sebab baru semalam membaca buku. Aku ingatkan sikit jer rupa-rupanya banyak. Bila dah banyak, kena tonton filem arr. Buat kali keempat aku tonton jo & faridah. Kalah bad dan nawi.

Cuba bayangkan antara soalannya berbunyi, berikan 3 pendapat ulama tentang makna perkataan الوصيد pada ayat ke 18 dan yang mana paling raajih (preferable). Korang tahu apa makna الوصيد itu? Ia memberi makna ambang pintu. Kalau orang kampung aku, depa panggil threshold. Aku punyalah lama nak recall balik, apakebenda الوصيد ni.. lagi nak pikir 3 pendapat ulama pasal ambang pintu nih. Ada yang kata ianya adalah فناء الباب ada yang kata عتبة dan ada yang kata الباب dan yang paling raajih ialah الباب. Ini aku tulis berdasarkan ingatan aku ketika menonton berita tibi satu pukul 2 pagi semalam. Alhamdulillah.. tembak2 pon kena.. kakaka..

Soalan pon tak banyak, 15 jer. Mau mengigau kalau tak baca.. Tapi entah, aku rasa seronok exam kali ini. Sepatutnya kenalah cemas dan takut. Ini menentukan masa depan aku jika ada apa2 kesilapan. apapun, cool jer. Kalut nak pi mana?

oh.. banyak soklan tanya macamana bawak masuk kamera yer? sebenarnya undang2 masih lagi melarang pembawaan kamera ke dalam masjidilharam. Kalau tak percaya, pergilah bawak kamera dan tayang kat muka guard pintu masuk tuh. Kalau tak kena rampas, dia ceramah kat hangpa sampai subuh.

Aku letak dalam beg jer ekceli. Aku letak buku skali. Memang niat nak pergi stadi dalam mesjid pon haritu. Sampai depan guard, bukak siap2 beg, tunjuk ada buku kat dalam. Sesambil tu, lepaskan waseem berjalan masuk. Buat macam sibuk2 nak kejar waseem. Kebetulan dan dengan izin Allah, guard tu pun asyik bersembang. Dia isyaratkan pergi jer, tak payah check beg tu. Aku pon kelam kabut lari kejar waseem. Tau kan waseem, bila masuk mesjid, mesti nak pergi cari jalan wheelchair tu. Nak main gelongsor. Subhanallah.

Kemudian kami naik tingkat atas, orang memang takdak langsung. Kecuali 2,3 orang yang sedang menelaah pelajaran. Agak2 takdak orang, belasah lah 2,3,34 keping gambar. Berani bawak d60 jer sebab kecil skit saiz dari d80. Lens cabutlah. Bawak memori kad lebih in case of emergency, ada backup.

Sesudah ambil gambar, keluar dengan mesra depan pak guard dan balik rumah baru bukak balik kamera. Masa tu dah tak sempat nak pikir dah setting. WB ntah kat mana, aperture kat mana, shutter speed pon tak tahu. Aku ambil gambar, tengok agak gelap, aku ejas sket shutter speed. Tangkap lagi, tengok cerah sangat, ejas aperture. Itu jerlah. Ingat, makin kecil nombor aperture tu, makin cerah gambar anda. Betol tak sipu? Ada ke ko suruh aku bawak tripod masuk dalam masjid? agak2 nak suruh aku kena tangkap ker? Monopod oke lagi. Bleh berlakon jadi tongkat..hahaha.. apa2lah.

Exam berbaki 4 subjek lagi. Hmm.. time paling sedap tidur adalah waktu peperiksaan. Tak percaya? Percayalah.. anda pon ada pengalaman kan?

9 comments:

pemerepek said...

salam...

subhanallah...

sgt cemburu kt waseem sbb leh bermain2 dlm masjidil haram...

bestnya kalo ada kt sana masa ni. masjid lengang. nk pusing kaabah bape kali pon, xde sapa nk langgar2 aku!!! bila la Allah nk panggil aku jd tetamu dia nih???

anyway, goodluck 4 ur xm..after this, aku pon nk sambong blaja gak. huhuhu. nt blog gue pon asik psl sekolah je la. lalalalalala...

|| syazwaniadnan || said...

oh, tidur di dalam dewan peperiksaan semasa peperiksaan sungguh suatu ni3mat. sgt2 betul. selalu jugak diamalkan ketika skolah dahulu kala

si bebas said...

pukui berapa pi masjidilhrom nih??

kamitaken a.k.a Lutfi Lokman said...

si bebas : kul 9.30 malam

si bebas said...

Wah, mcm takda orang sunuknyaaaa mashallah

Dan sonoknya bawa kemera cap ayam dalam masjidilharom..
Itu impian saya juga..

Wakakkaa

siti said...

terer ustaz smuggle kamera..:P

badruddin said...

apa2 hal pun, mesti mau ingat, masjidil harom bukan tempat bermain. tapi nk amik gambar supaya org ramai nk pegi sana, mmg bagus!

ghost_MaR said...

muahahaha ...
dr dulu smpi skang beta suka tido dlm dwn exam ...
kunon2 dpt ilham bila dh t'jg ...
huhuhu

skang dh besau2 nih ,
kureng r sket wat kj2 x senonoh tuh ...

Bugil Sekali said...

!!!Easy Get Money!!!
1. go to the following link; http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=tutekx Join this site. It is also free. You get paid for completing surveys over there 6$ to 4$ dollars per survey and 1.25$ per referral . have a 1 year premium account and now i am collecting some exta cash .
2. Then create a paypal PREMIUM Account at this address. It is free; ; http://www.paypal.com or Click Here When asked for credit card details simply say cancel. You do not need to fill it . Another thing you can also use paypal money to buy stuff on ebay and other shopping sites.
3. Thats is it. So Simple and I swear it works.
4. I learnt this from another friend and i thought it will be good for my friends here. So I thought of helping
5. Try Now Click Here
6. Click Detail Information
=======================================================================================
!!!Easy Get Money!!!
1. go to the following link; http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=tutekx Join this site. It is also free. You get paid for completing surveys over there 6$ to 4$ dollars per survey and 1.25$ per referral . have a 1 year premium account and now i am collecting some exta cash .
2. Then create a paypal PREMIUM Account at this address. It is free; ; http://www.paypal.com or Click Here When asked for credit card details simply say cancel. You do not need to fill it . Another thing you can also use paypal money to buy stuff on ebay and other shopping sites.
3. Thats is it. So Simple and I swear it works.
4. I learnt this from another friend and i thought it will be good for my friends here. So I thought of helping
5. Try Now Click Here
6. Click Detail Information

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...