Hari ni macam nak buat homework yang 2 orang pompuan kasi kat aku. Pertama dari bebas dan kedua dari marvic. Tapi takdak mood lagi. Jadi kita tangguh dulu. hahhahaha..
Berkenaan soalan put3 balqis pasal umm alQura ni.
Umm alQura University mempunyai 3 cawangan di sekitar kota Makkah. Aziziyyah, Abidiah dan Zahir. Aziziyyah adalah merupakan induk asal univerisiti ini yang mana kemudiannya dipecahkan ke Zahir untuk bahagian perempuan. Kemudiannya pula, Kampus baru telah dibina di Abidiah yang merupakan jalan untuk ke Arafah. Pejabat pentadbiran kebanyakan telah berpindah ke sana. Di Abidiah juga menempatkan beberapa kuliah seperti kuliah Tibb (medic), kuliah Handasah (engineering), Kuliah Syariah (Law) dan Dirasat Ulya (Pengajian tinggi like ma n phd) serta beberapa kuliah lain yang aku tak taw dan tak pernah ambik peduli.
Aziziyyah pula menempatkan kuliah Kitab wa Sunnah (kitab dan sunnah), kuliah Ulum Ijtima3i (sains sosial), kuliah IT, Kuliah Lughah (Linguistik),Ta3lim lughah (matrik) dan Takhassus Lughawi wa Tarbawi (Language n Educational for native speakers).
Manakala di Zahir adalah bangunan khusus untuk Kuliah Perempuan seperti Kuliah Syariah dan kuliah2 lain yang aku tak taw. Nanti kot2 ada bini student yang baca blog aku ni, tolong2 tambah yer, kasi info. Semuanya perempuan di situ dan pencuci tandas pon pompuan.
Syarat2 kelayakan pula :
1. Mestilah seorang manusia.
2. Berumur tidak melebihi 25 tahun. Marvic, fazzy serta nazif dah tak boleh apply. Hangpa dah tua. kakakaka
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM. (dalam borang tak syarat pulak kena dapat pangkat braper) Sijil tersebut mestilah diterjemahkan dan mendapat pengesahan dari Saudi Embassy yang berdekatan rumah anda.
4. Jika mempunyai sijil2 tahfiz adalah satu bonus buat anda.
5. Mendapat recommendation dari mana2 organisasi Islam like PUM, ABIM, Mufti atau nak lebih lagi ambil recommendation @ tazkiah dari bekas2 pelajar Saudi samada Makkah atau Madinah. Dapatkan 3,4 keping. Lagi banyak lagi bagus.
6. Medical Check Up
7. Salinan Passport
8. Gambar ukuran passport 4 keping (jangan kasi gambar hangpa pi honeymoon ka, gambar angkat tangan buat peace ke, konpem kena reject)
9. Pompuan diwajibkan ada MAHRAM lelaki di Saudi. Maknanya kena sertakan surat pengesahan dan pengakuan yang anda mempunyai mahram yang tinggal di saudi. Mahram termasuklah ayah, abang, suami, adik, great-great grandfather, dan sebagainya. Boipren bukan mahram yer.
10.Takdak interview. Setahun diorang pilih paling banyak 4 orang. Kadang2 tak pilih langsung.
11. Surat pengesahan dari Kementerian Pengajian Tinggi. Boleh dapatkan di Putrajaya.
12. Surat Beranak yang telah diterjemahkan dan telah mendapatkan pengesahan dari Saudi Embassy yang berdekatan.
13. Mati stem. (aku sampai sekarang tak paham prosedur ni. Kenapa dinamakan mati stem?)
14. Oh! Borang boleh didapati dari Saudi Embassy ataupun donlod jer kat sini. UQU ni takdaklah sistematik sangat. Fotostat pon boleh. Nah donlod kat sini
Pelajar UMm alQura ini boleh sangat dibilang dengan jari sebab tak ramai. Ni aku senaraikan senarai pelajar yang masih tinggal dan akan pulang.
1. Tuan Badrul Hisyam
2. Ahmad Asnawi
3. Mohd Syahir
4. Aswadi
5. Ahmad Falahudin
6. Nurul Hafiz dan isteri
7. Ayub
8. Meor dan isteri (belajar di Umm Qura)
9. Abd Rahman dan isterinya - pulang
10. Ahmad Khairuddin - pulang
11. Aku dan isteri aku - pulang
12. Hakim dan isteri - pulang
13. Khairul Arifin
ada lagi ke tertinggal? takdak dah kot. Tu jerlah.
Apabila diterima masuk, hangpa kena masuk matrik dulu. Maahad Ta3lim Lughah selama 2 tahun paling lama. Paling cepat pon mungkin setahun. Kemudian baru masuk ke Kuliah yang disediakan seperti Kuliah Syariah, Kitab & Sunnah dan Takhassus Lughawi & Tarbawi. Semua selama 4 tahun.
Biasiswa akan diberikan sebanyak SR840 sebulan. Yuran universiti takdak. Hostel akan disediakan. Bagi yang kawen, pandai2 sendiri cari rumah kat luar. Tiket tiap-tiap tahun akan diberikan sehingga ke tangga rumah. Contoh anda tinggal di Terengganu. Makanya tiket adalah dari Jeddah ke KLIA dan ke Terengganu. Masjidil Haram approximately 5 km sahaja dari Universiti. Musim haji dan jika takdak kelas, boleh kerja dengan mana2 travel umrah, haji, jadi mutawwif atau buat kerja sendiri untuk side income. Jadi photographer? Biarlah aku sorang jer buat kerja macam gini. Hangpa toksahlah. . Jadilah budak2 baik. Di samping mengajar masyarakat Malaysia bahasa arab atau Quran pon boleh dijadikan pendapatan sampingan anda.
Begitulah sedikit sebanyak secara kasarnya kehidupan di Umm alQura sebagai seorang pelajar harapan bangsa dan negara. Ada apa2 soklan lagi? maaflah tak teratur sangat aku huraikan. Email me utk sebarang persoalan di kamitaken@gmail.com. Soalan tak berkenaan pon boleh. Aku suka jawab soalan.
iklan utk kawan aku si najib neh. hangpa pi tengok kat sini lah..
13 comments:
syukran jazilan =)
teringin sgt nak pegi Mekah...insyaAllah
best2!
syukran ya ust lotfi krn sudi luangkan masa tuk infokn ttg ummul qura...siap ngan link borang lagi!
actually ana cam ada prob ja mmndgkn trlibat dlm "kes mahram"...
apapun ust doa2knlah kami2 ni yg tringin nk ngaji kat sana
m0ga dprmudahkan sgala urusan..
mana taw ada rzeki leh smbg ngaji kat sna!insyaAllah.
-pu3 balqis-
sian kerol namanya tertinggal
sabo je kata i dah tua.. dah tua i tetap maintain kiut tau
fazzy, aku pun sabar je la bile lotfi siap announce yg aku ni pun dah tua, terlebih umur....siap la dia karang...lain kali boleh balas ye x? lol
aku pun x paham kenape kiter kena matikan stamp.. saper boleh jawab nie...
najwa study kat ummu qura gak ke?
assalamualaikum..
Alhamdulillah saya diterima Allah untuk menjadi tetamuNya tahun lepas bg mengerjakan umrah..:)
saya tengok, kat masjidil haram tu.. maccam ada kumpulan2 pelajar yang sedang belajar kalau kiter masuk from pintu king abdul aziz kot, kalau tak silap.. pas tu, tgk cam diorang ada pekse lah.. tu student uni juga ke.. ?.. tima kasih kalau sudi jawab soklan saya ni... :)
marvic n fazzy : org tua yang maintain kiut.. kakaka
anony : tak..najwa hanya lepasan sekolah menengah kat makkah jer.
sam : wsalam wbt.. dalam masjidilharam tu, dinamakan maahad haram. Iaitu satu institut pengajian di dalam masjidilharam yang pernah melahirkan beratus malahan beribu ulama dan cerdik pandai. Mmg ada exam dan akan ada sijil yang dikeluarkan oleh masjidil haram sendiri dan memang mahal lah sijil diorang.
manakala umm al Qura adalah universiti yang berlainan daripada pengurusan masjidil haram.. wallahualam.
tima kaseh atas jawapan segera en kamitaken .. :)..
ada ke org malaysia belajar kat maahad haram tu?..
salam,
terima kasih atas info
assalamualaikum syukran jazilan atas info ini.teringat dulu terigin nak ke sini tapi tak layak.hi hi,pegi dalam mimpi je lah kan..
Post a Comment