pengikut-pengikut yang menawan

Monday, February 9, 2009

kertas itu aku hantar..

menandakan berakhirnya musim peperiksaan bagi semester ini. Tanda juga aku telah menamatkan zaman pembelajaran di menara gading yang tandus ini. Cuma takut akan result sahaja. Laallahu khair. Apapun keputusannya, aku redha. Study last minit, tak redha lagi? Mujur Allah kasi otak sebelah kiri ni agak kuat dan kental. Jika tidak, mungkin terbakar dan meletup terkeluar segala sel2 hijau dalam otak neh. Penangan last minit.. huahuahau.. Adik-adik, belajarlah seawal mungkin. Jangan jadi macam abang neh. Selalu last minit. Pastu mula sakit otak. Tapi bukan gila. Hahaha.. Antara pengalaman last2 minit yang boleh mungkin adik2 gunakan dalam peperiksaan ialah :
1. Untuk menghafal sesuatu fakta yang panjang, buatkan potongan-potongan untuk memudahkan hafalan. Contoh :

تعريف اللغة : يعرف ابن جنى اللغة بأنها أصوات يعبر بها كل قوم عن أغراضهم, ويتضمن هذا التعريف الموجز جدا جميع خصائص اللغة الانسانية, وسماتها الأساسية, فهي ظاهرة صوتية ...الخ

buatkan potongan dengan membahagi-bahagikan takrif tersebut.

تعريف اللغة :/ يعرف ابن جنى اللغة بأنها أصوات يعبر بها كل قوم/ عن أغراضهم,/ ويتضمن هذا التعريف الموجز جدا /جميع خصائص اللغة الانسانية, /وسماتها الأساسية, /فهي ظاهرة صوتية ...الخ

Mulakan hafalan dari mula dan berterusan. Contoh, kita sudah hafal muka surat A, sekarang kita sedang menghafal muka surat B. Apabila selesai menghafal muka surat B, kita ulang kembali muka surat A. Begitulah seterusnya, ulang kembali dari awal untuk mengukuhkan ingatan dan menyusun memori otak dalam menghafal agar tidak bercelaru.

2. Sentiasa membuat latihan terhadap tajuk2 yang akan kita periksa. Buat sendiri seberapa banyak soalan dan latihkan diri kita untuk menjawab. Insya allah berkesan. Otak tak kelam kabut bila melihat soalan di hari peperiksaan sebenar.

3. Mulakan menghafal di waktu subuh dengan menikmati angin segar dan sepoi-sepoi bahasa. Waktu petang selepas asar juga baik untuk hafalan. Maghrib tidak ketinggalan. Otak sangat fresh. Tapi kalau dah pukul 12 malam, baik tengok cerita dan baca blog jerlah. Otak tepu.

4. Buat study group. Sebab dengan study group kita akan rasa mempuyai teman untuk berjuang. Ini menambahkan semangat kita. Cuma kadang2 ego itu mengatasi rasa rendah diri. Sifat ingin mengalahkan rakan lain dan berlumba dalam peperiksaan itulah yang menghalang kita dari membuat pembelajaran berkumpulan.

5. Hafal, dan tulis kembali apa yang kita hafal sebab kadang2 kita rasa kita sudah hafal, tapi bila di dalam dewan peperiksaan, segalanya berterabur dan hilang di samping rasa mengantuk dan khayal. Betul tak?

6. Tips2 ini hanyalah untuk mereka yang mahu study last2 minit. Jika anda ingin mengaut segala ilmu, janganlah study last2 minit..

7. Amalkan dan banyakkan tawakkal pada Allah. Allah itu Maha Mendengar. Percayalah...

dedikasi pada mereka dan banyak lagi yang lain :

Blogger nurleeta said...

baca buku betul2 ek.. hahaha...selamat berjaya..

February 8, 2009 9:44 AM

Delete
Blogger arain said...

Ok le tu Fie, enam tahun kat negara orang tentu banyak pengalaman yang dikutip. Ana tengah kumpul duit nak pergi ke sana, ntah bila nak cukup-cukup. Tabung Haji pun bagi bonus 13 % je setahun, cubale bagi 1300%, kan best..

February 8, 2009 5:49 PM

Delete
Blogger siti said...

last paper?..pulun jgn tak pulun..
selamat berjaya..semoga result mumtaz2 belaka.insyaAllah.

February 8, 2009 6:41 PM

Delete
Blogger celotehcomel said...

good luck on ur "final" paper....

ps:waseem sgt comel...rasa mcm nak culik je....;p

February 8, 2009 8:14 PM

Delete
Anonymous FUZZY said...

jom!! kita pong studi nihh.. (teh tarik kat sblah)
break a leg ya ustaz!! u can do it!

February 8, 2009 10:20 PM

Delete
Blogger Linda Abdullah said...

Diumumkan bahawa anda telah lulus subjek Nahu... lulus, ada Sheikh yg bocorkan result nih.. tahniah x100..ke.ke.keee

February 8, 2009 10:36 PM

Delete
Blogger احمد نظيف بن اسحاق said...

Kena pandai2 bagi masa ngan blog dan belajar.. Aku rasa buat masa nie elok kalau ko study dulu.. Good luck..

terima kasihlah pada yang sudi mengomen. Ini antara contoh komen2 yang bagi semangat. Ada masa kita sangat terasa rendah serendah-rendahnya. Ada juga masa kita merasa terlalu tinggi dan keawan-awanan. Tapi dengan adanya mereka2 yang memberi sokongan dan galakan, kita akan tetap maintain dan tidak goyah. Terima kasih. Pada yang komen seblom2 ni pon, kadang2 ada yang tak sempat terjawab. Terima kasih jugalah. Pada keluarga tu, toksah duk ceritalah. Terutamanya yang berada di depan mata neh. Si najwa yang selalu tidak tidor malam sebab susah hati tengok aku tidor dan tak baca buku lagi. Apapun, setelah berusaha kita bertawakkal pula..

7 comments:

AmOi said...

6 tahun std pendidikan??tu tanda en kamitaken dh tua skrg..kih!kih!apapon tahniah kerana berjaya mghabiskan degree..cpt2 smbung master noo..

Tujuh Kaki Dalam said...

argh!!

menyesal aku tak bagi kata2 semangat hari tu.

kalau dak leh masuk dalam entry ni.

kakaka

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kekeke.. lenkali aku buat utk ko.. kekeke

Shinju said...

ho hoo...tips tersebut amatlah berguna.

tochei sifu!

احمد نظيف بن اسحاق said...

Study study.....

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

nazif : aku nak stadi buat apa lagi.. dah kuar result pon.. hahahaha

Linda Abdullah said...

Sila paparkan result anda di entry seterusnya..aha.ha.ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...