








Pertama-tama syukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang untuk menulis. (dah start skema)
Kedua berterima kasih di atas ucapan2 dan kata2 doa anda semua terhadap entri di bawah tajuk 'cerita interview'. Sesungguhnya saya amat bersemangat apabil membaca segala komen2 yang dilontarkan oleh anda. Apa sahaja komen saya tak kesah.
Argh. Rimas pula memakai kata nama saya. 'Aku' lebih senang dan lebih dekat rasanya.
Oke, 2,3 hari kebelakangan ini internet terputus. Waseem gigit kabel internet. Jadinya tak boleh nak menulis. Hari ini, disebabkan bijak pandai yang Allah kurniakan pada akal aku, Aku berjaya sambung kabel itu. Bukan susah pon, sambung wayar jer. Aku memang gagal bab-bab elektronik ini, sementelah lagi bab enjin kereta. Tapi disebabkan mengingati satu ajaran berguna nenek aku dalam kehidupan, membuatkan aku mencuba untuk melakukannya.
Pesan nenek :
"Jangan gusar untuk membuat sesuatu perkara yang kita tak dapat lakukan. Kita manusia dikurniakan Akal yang mana jika digunakan dengan betul pasti akan dapat kita jumpai jalan penyelesaiannya. Fikirkan guna akal."
Tu terjemahanlah. Biasa nenek aku cakap arab dengan aku.
...
Gambar di atas di ambil sekitar pukul 5.00 - 6.30 pagi. Keluar waktu pagi mengundang seribu rahmat. Melihat kejadian Allah dan kelakuan manusia di sekitar kota Makkah ini amat menyeronokkan. Pelbagai pengalaman dapat dilalui dan diamati.
Kami singgah menziarahi kakak Husna yang akan berlepas pulang ke Malaysia pada hari itu. (dalam gambar). Kakak Husna merupakan jiran kepada kami ketika kami menyewa di Pekan, Pahang. Dia anak tuan rumah. Memori aku tak dapat menangkap lebih banyak kenangan kami di sana kecuali aku tahu yang dia ada sebuah kedai runcit di hadapan rumah, aku selalu beli mainan yang kena masukkan duit 20sen dan keluar telur. Dalam telur tu ada macam2 jenis mainan kecil. Aku ingat kalo waseem ada, dia pon ketagih jugak game tuh. hehehe.. Aku bukan lama tinggal di Pekan. Hanya hujung minggu dan cuti sekolah sahaja datang menemani ayah yang bekerja nun jauh di Pekan, Pahang. Kami tinggal di Terengganu. Kehidupan di Jalan Rompin Lama, Pekan amat mendamaikan. Aku ada sebuah basikal yang aku gunakan untuk meronda-ronda di sekitar bandar Pekan.
Bandar kecil dan bersih. Itulah Pekan. Bandar diraja yang menempatkan istana Sultan Abu Bakar dan ladang2 kuda kepunyaan Sultan Pahang. Kerapkali kami, iaitu aku dan abg Is (adik kakak Husna) meronda di sekitar kelab polo yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Di daerah Pekan juga aku berjaya menghabiskan bacaan AlQuran 30 juzuk di hadapan ustazah paling garang dalam dunia iaitu mak aku. Jika emak tidak memaksa aku bangun subuh tiap2 hari membaca alQuran, aku rasakan sampai sekarang pon aku tak pandai membaca alQuran. Emak bukanlah ustazah mahupun cikgu pendidikan islam. Emak hanya seorang guru kemahiran hidup yang mempunyai sejalur wawasan untuk melihat anaknya berjaya dunia dan akhirat. Namun, ketabahan dan kesusahan hidup kami mengajar kami erti bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan pada hari ini.
Mengimbas kembali sejarah tinggal di Pekan, Pahang membuatkan aku terkenang kehidupan normal yang kami lalui di sana. Petang2 menanti ayah pulang dari pejabat. Amat menyeronokkan melihat kelibat ayah pulang dengan kereta toyota galantnya yang berwarna hijau. Sungguh! Aku tak tipu yang aku seronok. Walaupun duduk dengan emak itu mungkin menyeronokkan, akan tetapi mencium tangan ayah ketika ayah pulang laaagi menggembirakan.
Begitu mungkin perasaan waseem ketika ini. Gembira apabila menyambutku pulang dari kelas atau ke mana sahaja aku keluar. Perasaan kasih dan sayang seorang anak dan ayahnya membuatkan ikatan kami utuh dan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ah, kenangan yang tak mungkin akan kembali. Hanya terpahat di memori kami.
Antara makanan best di sana ialah roti 'omelet' yang ayah ajar aku makan di tepi sungai Pahang. Kedai yang terletak di bawah pohon rendang besar berhadapan muzium Sultan Abu Bakar menghidangkan roti omelet yang terbaik dalam dunia pernah aku nikmati. Sehingga kini, aku tak pernah menjumpai lagi roti seenak itu. Dengan suasana pagi yang sibuk, limpahan cahaya matahari yang mendamaikan, kami menikmati sarapan hampir dengan sungai Pahang yang berwarna kuning kecoklatan.
Ikan patin juga enak. Tapi aku tak berani makan kerana aku pasti ia akan dimasak dengan tempoyak. Erghh.. Tak dapat aku ingat bau durian yang meloyakan..
Sesungguhnya ayah seorang yang tabah. Tinggal seorang diri di Pekan berjauhan dari anak dan isteri yang menetap di Terengganu memberikan aku contoh terbaik untuk menjalani kehidupan ini. Bezanya, aku penakut dan tak tabah. Ayah berani dan tabah. Itu beza antara kami. hahaha..
Semoga di saat ini, ayah akan bahagia dengan cucu sulungnya si waseem. Dia memiliki sifat tabah ayah yang dapat aku perhatikan begitu teliti menghalusi permainannya. Dia akan berusaha juga sehingga berjaya dalam mencabut tayar2 kereta kecilnya. Hasilnya, setiap permainan pasti akan hilang tayar samada depan atau belakang. Kecuali permainan itu benda yang baru diperolehi.
Berbalik kepada kakak husna, beliau kini merupakan tenaga pengajar di UMP, Kuantan. Siswazah lepasan Univ Mu'tah Jordan masih lagi dapat bercakap dengan baik menggunakan bahasa arab fushah apabila berkomunikasi dengan waseem. Hehehe. Cuma waseem jer yang tak paham.
Pekan, bandar yang akan disimpan dalam lipatan kenangan kami sekeluarga. Kesusahan akhirnya akan diganti dengan kesenangan yang berpanjangan. Insya allah..
12 comments:
pagii ynag indah
aku tak reti cakap fushah mahupun ammi.. tapi bahasa melayu aku terer.. bleh balik melesia dah la kan?
itu gambar pak arab jual pol ker..
betul kata org..
tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat bermain basikal..
pagi yang gelap, kini sudah terang..
waseem ada bakat jadi mekanikk kat saudi ni nnt.
:p
mg pagi y indah itu selalu hadir dlm hidup waseem sekeluarga..amenn
lawa gambaq nombot 5..matahari baru naik
ustazah husna tu lecturer ump ek?..x sempat kot ng my batch...tp my lecturer ade 2 org lg yg pergi sama ng ustazah husna...nama ustazah anita ng cik fatimah...ade gak ek masa ustaz pi jumpe nie?
landscape makkah brubah dgn terbinanya banggunan pncakar langit benarlah kata rasulullah mengenai gembala2 kambing menduduki gedung2 mewah maka tuggula saat kiamat...heheh terover plak...nmpk kaki pak arab tid0r lpas subuh (lpas subuh kan) rezeki x smpi woo...sayu ja baca entry nih makin nak balik makin sayu entry...tapi zaman kekanak ana x mcm ustaz lotfi huhu...
joe : yup! pagi di sini sangatlah indah.
pami : tak boleh. kena mengaji lagi.
pinatbate : yup. jual pol atau adas..best makan pagi2. hehe.. sementelah kita takdak sekolah.
iyda : ... aku adikmu dan engkau abang.. kakakaka
missgaza : hehehe. mudah-mudahan, menjahanamkan kereta..
missawanbiru : insya allah.
siti : tenks. memang kena bangun subuh lah nih.
nana : yup.. yang cik fatimah tu bukan pegi sambung phD kat melbourne ker? ustzh anita, rasanya ada kot yang sorang lagi.. yerlah..
haidar : hahah.. baguslah kalo hang hapal hadis tuh. kurang2 kasi hapal 40 hadis. jangan jadi macam aku ni. pemalas.
tak sama ke zamn kanak2 kita?
uihh, pakcik songkok putih tu tgh godak apa? macam syok je...
lutfi:
i tau gambar kt atas skali hg ambik depan royal sultan kan..
aku duduk situ dulu hahahha
bermusafir selama 10 hari 9 malam kt situ
siap panjat tingkat 12 sidai baju..kering 2 jam jer...
Post a Comment