pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, May 9, 2009

berpetang di Masjidil Haram

waseem bersama auntie zefrina dan uncle rizal.

siapakah dia? -semua orang konpem salah bila teka siapa budak kecit cyclops nie.

framing.

berdoa dan bokeh

petang di masjdil haram. Movement dapat dikesan di gambar apabila kelihatan brader tu berjalan. hahahahah (sendiri buat penilaian)


...

Perlahan-lahan sebungkus nescafe merah itu aku tuangkan ke dalam mug putih. Air panas yang tersedia panas aku tekan tepat ke dalam mulut mug itu. Sudu berwarna silver dikacau berulang kali untuk melarutkan serbuk nescafe 3 in 1 di dalam air panas.

Aku membawa mug putih itu dengan begitu berhati-hati menuju kembali ke dalam bilik bacaan. (bilik tidur sebenarnya). Aku hirup dengan penuh kesegaran aroma kopi yang sangat menjadi kegilaan aku sehingga kini. Menyentuh mug putih itu, aku rasakan masih terlalu awal untuk aku menikmatinya. Biarkan.. Biarkan dia menjadi sedikit tenang dan sejuk agar kerongkongan aku senang menerima kehadiran air sebagai tetamu malam.

Lama skrin HP aku tatapi. Akalku penuh bercelaru dengan pelbagai kisah yang ingin dilontarkan buat teman-teman yang berada diluar sana. Ligat memikirkan langkah untuk aku mulakan bicara..

Rukun Islam lima perkara
Marilah kita mengerjakannya
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
Kepada Allah kita beribadat supaya hidup kita tak sesat dari dunia sampai akhirat
Kedua sembahyang lima waktu
Sujud ke hadrat Allah yang satu
Mengenal Ia supaya tentu
Dengan putih bersih di kalbu
Ketiga Ramadhan hendaklah puasa
Lapar dahaga harus dirasa
Supaya kasih sesama manusia
Tauhid kepada yang Maha Esa...

Itulah lagu yang berkumandang kalau tak silap aku pada waktu pagi di radio satu tiap-tiap hari. Nyanyian dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Telinga aku hanya menangkap hujung-hujung nyanyian sahaja kerana aku sedang bersiap breakfast yang ditaja oleh mak aku. Sebentar lagi van untuk ke sekolah akan sampai. Biasa pagi, minum milo dan makan roti + marjerin + gula sahaja. Itu jugalah yang dibawa menjadi bekal pada tahun 1989 - 1990 dulu. Lama sudah. Sudah hampir 20 tahun peristiwa itu berlaku. Ketika itu pun kami tinggal di Kuantan. Kuantan Garden rasanya. Sesampai di sekolah aku mula belajar tentang apa yang aku dengar dari radio itu.

Rukun Islam lima perkara. Rukun Iman 6 perkara.

Sedari kecil lagi kami diajar begitu. Diajar mengenai 5 dan 6 perkara asas tapak untuk menyemai baja Islam agar mekar membesar dan menjalar segagah kini. Kami hafal dan kami hafal. Hafal.. hafal . . .

Persoalannya : Apakah dia rukun Islam dan apakah dia rukun iman?

Mengapa di dalam Islam ditekankan perihal rukun Iman dan rukun Islam?

Jawabku, kerana di dalamnya terkandung summary pengajaran Islam keseluruhannya. Islam itu tidak terbina melainkan melalui asas yang lima dan kepercayaan yang enam. Lafaz kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan menunaikan fardhu haji. Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Kiamat dan Qada' dan Qadar.

Susah untuk menerangkannya pada yang tidak berminat. Kadang-kadang orang Islam itu sendiri mengambil lewa pemahaman Islam dan Iman. Tahu cuma tidak memahami.

Melihat kepada rukun iman. Asas pertama kepercayaan adalah percaya @ beriman kepada Allah. Kita percaya pada kewujudan Allah. Anda percaya Allah itu wujud? Aku tidak tanya samada kamu percaya Allah itu wujud dengan tempat atau tidak bertempat. Aku tanya anda percaya atau tidak kewujudan Allah?

Allah yang menciptakan segala-galanya dari bermula Adam sehingga berakhirnya kerasulan dengan Muhammad S.A.W menurut ajaran Islam, sehinggalah penciptaan akhirat dan kehidupan yang kekal abadi selepasnya. Allah jua yang menciptakan alam ini, pergerakan manusia, pemikiran, kematian, rasa dan sebagainya lagi. Jika anda sudah percaya bahawa Allah itu wujud dari hasil pemerhatian sihat anda kepada perkara sekeliling, maka sudah terbuka kepadamu kepercayaan terhadap 5 lagi rukun iman yang diterapkan selepas Allah.

Ada soalan setakat ini?

Baik,

seterusnya aku rasa mengantuk. Nanti aku sambung lagi..

15 comments:

wirkab said...

Nescafe dok boikot ke? Astarfirullahal'aziim...

wirkab said...
This comment has been removed by the author.
Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

hehe.. nescafe cap thailand. dakper.

syahiddmilikku said...

beb, bahaya nih..
kang ada yang timbulkan citer 'anak cik wahab' kang..payah hang nak jawab.
haahahahaha..
ok, teruskan mau3izoh anda..

wirkab said...

Tukar la kopi Radix HPA pulok,ada doh d Makkah leni, cari sediri ah mane, produk Muslim,Melayu,Malaysia (3M). Khasiat ye baca e-wirkab.blogspot.com

احمد نظيف بن اسحاق said...

Lotpi..
Gambar2 ko tu pakai Dslar ke?
Tak kantoi ke pakai kat haram tu?
Entry ni best la bro..
Terima kasih kerana kongsi cerita2 terbaik di sini..

My Kids Stories said...

budak kecik tu bukan Waseem ker? Waseem ler tuh...confirm

Marvic said...

dia kasi sembunyi itu dslr bawah jubah yg besar..betul x lotfi...

pu3 balqis said...

best baca..
tgh syok2 baca, tetiba lak 'ngantok'..
huhu..

Linda Abdullah said...

Cikgu, cikgu saya ada soalan nih (sambil angkat tangan tinggi-tinggi, siap berdiri atas kerusi)
---> Ajarlah macam ne nak buat bokeh tuu.. hik.hik

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

syahid : ish.. apa yang bahaya. takdak apa eh. aku ulas balik perkara asas jer..hehehe

wirkab : kuat ngepem towhss. . mai sechawan.. hahahahaha

ajeeb ; yup. d80 lah tuh. kalo bawak waseem n mama dia, insya allah kurang sket risiko kantoi. hehehe

mks : yerlah tuh..hahaa

marvic : ko ingat jubah aku besar sangat ker? kalo letak dalam jubah, guard tu dari jauh dah perasan. hahahaha

putri : hehehe.. nanti sambung. don wori.

linda : nampak. dah nampak. tak payah berdiri. nanti kita terangkan camner.

Saya said...

bagus r..mmg betul pon ada orang2 yg kurang faham tentang rukun islam dan rukun imam..ada yang lansung tak tahu..

alongwairnazz said...

salam. Dengan ini saya Asrulnizam Abas sukacitanya menjemput Tn. Lotfi Lokman ke majlis perkahwinan saya bersama Salma Hj. Najmuddin di Kg. Pondok Paku Kerandang, Besut pada 31 Mei 2009 dan majlis menyambut menantu pada 7 Jun 2009 di Kg. Ulu Jeruas, Sega Raub Pahang. :) Terima kasih. Saya amat mengharapkan Tuan dapat menghadiri ke majlis kami sebagai penyeri..huhu

persatuan pelajar Malaysia Makkah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

saya : mekasih.

along : mak aku baru tepon smalam. royat kato mung anto kad kawen .tahniahlah weh. mung nok suh aku publish kat belog ke jemputan mung nih? bubuh kkusi lebih sket dumoh. kekgi ore hok tok kenal pom mari. hahahaha.. nanti aku sapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...