pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, May 26, 2009

desert rose 4

the dark side 1.

the dark side 2.

Azwah bt Muhammad, Jeddah.

Waseem Mohamad Lutfi -Bahrah, Makkah.

pasir di padang pasir.

gambar ini aku suka.

gambar ini aku tak berapa suka.

Dia jerit kuat2.

emak ambil gambar anak.

hasilnya. Banyak makna tersirat dari tersurat. Anak hanyalah boneka dalam mengekspresi definisi emak.

wall dan well satu perkara berbeza.

aku suka gambar ini.

aku harap ada tokey mountain dew tengok gambar ini dan bayar aku 20 ribu utk beli.

sang photographer di padang pasir tandus.

najwa pun dah start shoot pakai RAW format, guna manual pulak tuh. Anda? Bila lagi.

posing sebelum dia jilat pasir kat tangan. Aku langsung tahu dia seorang budak yang belum pandai berfikir.

menangis kerana dipaksa utk mendapatkan lighting terbaik.

'sakit otok' -merujuk kepada sakit kepala.

betul ke life is a journey not a destination? Destination kita kat mana?

aku suka gambar ini.

I can't believe it, I don't know where to start,
So many questions deep inside my heart

Give me a moment before you go,
There's something you ought to know.

Baby now and forever,
Until the time is through,
I'll be standing here,
Waiting and never give up my faith in you,
Trying to make it clear,
Without your love, I'd be half a man, Maybe one day, You'll understand,
Now and forever, Until the time is through

I'll be waiting!

How can I tell you, so that you can see,
You know that, Love has a meaning,
When you are here with me
Give me a moment before you go,
There's something you ought to know.

There is no one to comfort me,
Here in my cold reality,
I'm searching for words,

Now and forever, Until the time is through

- five, 'until the time is through'


masih dalam mood bercinta. Bercinta dengan bini aku lah. Dengan siapa lagi. Memang diakui, masih banyak perempuan lain yang lebih jauh menawan dan cantik dari bini kita. Lebih berpelajaran mungkin, lebih cantik, comel, lemah lembut, lebih berilmu, lebih penyabar, lebih rajin, lebih penyayang dan sebagainya lagi lebih. Kadangkala kita langsung tidak menyedari kehadiran isteri kita lantaran sibuk dengan orang lain yang 'gatal' nak kita perhatikan. Tapi sebaik manapun orang lain, tak akan dapat menyamai isteri kita yang telah menerima kita sebagai suami. Isteri yang berkongsi segala kedukaan dan kekecewaan. Kesedihan dan kekurangan telah dilalui bersama. Orang lain tetap orang lain. Zaman bercinta dan zaman berkahwin adalah sesuatu yang 'sangat berbeza'. Realiti tetap akan terbongkar selepas acara ijabkabul dijalankan. Bak pesan mak, perkahwinan ini ibarat melihat di sebalik dinding. Di luar dinding, segala-galanya 'perfect!'. Namun dibelakangnya hanya Allah yang tahu.

Benar kadang-kala kekeliruan juga berlaku di antara suami dan isteri. Biasalah hati manusia mana pernah menjangkau kepuasan. Diberikan segunung emas pun nescaya habis dimamah. Sikap toleransi atau susah sangat nak guna istilah kita gunakan perkataan 'mengalah' perlu ada dalam diri seorang suami. Saangat-sangat perlu. Isteri ini ialah perempuan. Perempuan walau sekeras manapun, walau segagah manapun mereka tetap bernama perempuan. Sekali kita jerkah, lepas 2 ribu tahun dia masih ingat lagi. Mereka kadangkala ingin diberi perhatian dan bermanja. Lelaki biasanya rimas dengan perlakuan perempuan yang sangat2 mementingkan dirinya menjadi subjek utama di pandangan mata lelaki. Sabar. Seolahnya kita mengalah dengan budak kecil yang masih tidak mengerti apa2. Apapun kita tidak rugi malahan meningkatkan keselamatan dan kebahagiaan rumahtangga. Lagipun sangat cool bila anda mendengar cakap isteri lebih dari mendengar cakap kawan anda. Pahala pun dapat. Insya allah.

Timbangkanlah baik dan buruk dalam lontaran idea mereka. Anda kan ketua keluarga. Pasti kena tahu mana betul dan mana yang salah.

Lelaki ... Memang kalau boleh ingin hidup di dalam dunianya tersendiri. Sikap ketika bujang masih menebal dalam diri mereka walau telah berkahwin 300 tahun sekalipun. Mereka kadang2 memerlukan ruang untuk mereka menilai diri mereka dan membuat sebarang tindakan. Letih bekerja atau belajar dan letih memikirkan sumber kehidupan dalam memajukan institusi kekeluargaan menjadikan mereka begitu celaru di dalam muamalah (interaksi) sesama manusia.
Taqabul (kontradiksi) inilah yang menemukan mereka permasalahan di dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Sabar dan mengalah adalah jalan keluar yang selamat dan efisien. Efisien tu apa ha? Macam kesan efek jugak kot?

Justeru itu, perkongsian yang berlaku antara lelaki dan perempuan menimbulkan satu ikatan kasih sayang antara mereka. Segala permasalahan yang dikongsi, kesenangan, kesedihan dan pelbagai lagi 'ke dan an' yang telah dilalui memantapkan kasih sayang mereka. Sayogia diingatkan tentang sifat tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Benar, apa yang berada hampir di depan mata kebanyakannya kita tidak peduli dan tidak perhatikan. Contoh ringkas aku ambil mengenai kisah hidup aku yang dahulunya mempunyai sebuah kereta kecil warna biru tua. Kami ke sana dan kemari menaiki kereta kecil warna biru itu. Meluncur pada waktu malam ke muzdalifah, menuju ke aziziah, melancong ke Jeddah, mengunjungi Rusaifah untuk membeli makanan dan melewar di masjidil haram. Langsung kami tidak merasa kepenatan dan kesusahan untuk berjalan di merata Makkah. Lantaran itu, aku tidak memperdulikan suasana di dalam perjalanan aku. Hari ini, aku sudah kehilangan kereta comel kecil biru itu kerana eksiden berlanggor. Nak kemana-mana aku berjalan kaki sebelum menahan taxi kira2 500 meter dari rumah aku. Di dalam perjalanan, banyak yang kami temui. Pemandangan yang cantik yang tak pernah aku terfikir, orang yang ramai, jiran tetangga, kucing kiut, kaedah pembinaan bangunan di Saudi, perbualan panjang kami suami-isteri dan pelbagai lagi faedah yang dinikmati hasil 'ketiadaan' kereta biru comel kiut itu. Begitu juga dengan isteri yang kita miliki hari ini. Kita tu bermakna aku wakilkan diri aku untuk bercakap bagi pihak anda lah. Bukan bermakna kita kongsi ramai-ramai.

Kita seolah-olah memandang remeh kewujudan dia. Kadang-kadang apa yang dipertuturkan sepicing pun tidak masuk ke dalam kepala hotak kita. Banyak perkara yang lebih penting kita fikirkan selain mendengar pendapat dia. Update facebook, update blog, tangkap gambar cantik, edit gambar, kerja sekolah banyak, keluar dengan kawan, kerja di pejabat banyak, main futsal, study untuk periksa, Man vs Barca malam ini dan sebagainya lagi. Luangkan sedikit masa mu. Ubah sikap dan hargai mereka. Apabila semua ini telah hilang, anda tak akan dapat mencari ganti di dalam siri perkahwinan kedua anda.

-dipetik dari buku "Bagaimana ingin berkahwin banyak" oleh Lutfi Lokman. Lepasan ijazah sarjana Bahasa Arab dan Pendidikan, Umm AlQura University.


ada sebarang perkongsian, catit di ruangan comment.

21 comments:

miss GAZA said...

.
.
.
.
..
...
....
ya....
akn ku nantikannya dgn pnuh dbaran..
:p

joegrimjow said...

sampai ke padang pasir ke??

Idida Aziz said...

salam waseem
makin hensem dh..
bilanya nk balik mesia nih...thn ni dhb bole raya sini plak....

Marvic said...

dah ready dgn kertas n magic pen utk waseem sign autograph...hihihihi

My Kids Stories said...

saya tunggu...

saya rasa cam sewa je papan iklan kat sebelah tu, nak iklan frozen foods saya kat Qatar hehehe, klu dekat saya nak suruh anta amik gambar nak kasi cun...

saya menaip 37 perkataan seminit huhuhu...

miss.awanbiru said...

ramainya peminat waseem..:)

miss.awanbiru said...
This comment has been removed by the author.
Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

miss gaza : thanx sebab sabar.

joe : yup. dekat jer. hehe

idida : insya allah taun ni beraya kat msia.

marvic : lupa nak cakap. sekali sign, bayar duploh inggit kat bapak dia.

mykidstories : bleh. Kasi gambar kat saya, nanti saya cuba2 buat. Tak payah bayar pon. saje letak utk disewa.hahaha

cuba lagi. hehehe.. (macam hebat giler)

missawanbiru : hahaha.. masya allah.

blueopalz said...

kisah cinta ini begitu baik utk dibaca oleh mereke yg bakal bergelar suami.
Apepun, spt kate2 yg selalu didengari dr saifulislam.com, hidup adalh untuk memberi.

p/s: posting yg mengandungi unsur2 nasihat spt ini haruslah dikekalkan..

احمد نظيف بن اسحاق said...

Bila la aku nak fulltime fotografi ni.. jelez aku tgk gambar2 ko nie..

kucingorengemok said...

bayang-bayang najwa nampak slim betul! jeles...

miss GAZA said...

posting ni best.
banyak gamba dan prkongsian yg mnarik.
mabruk!
:]

tringin btul nak tengok behind the scene disebalik gamba2 tu.
huhu
:p

btw,
nk curi kata2 kat shirt mr nawi tu!
lalala~

Marvic said...

manyak chantek duploh inggit....hmmm...nanti aku bagi cokelat je la..upah kau jaga waseem jadi comel and kiut..hahahaha

badruddin said...

pi, nk pinjam waseem seminggu. boleh?

miss.awanbiru said...

suka entry kali ni. . superb la!amat mendidik..best sgt..btambah ilmu:)

tapi yang last sekali tu xsuka lansung.."Bagaimana ingin berkahwin banyak" oleh Lutfi Lokman

haha.confirm k.najwa pon xsuka.mungkinkah?;p

k.najwa xmau buat blog ke..express her feeling.might be interesting..
:)

Dida... said...

Salam..

Wah.. gambar yg sungguh menerujakan... saya sukeeee..

N3 kali ni juga amat amat bermakna sekali. Kalau lah semua lelaki kat dunia ni berfikiran serupa mcm kamu.. tentu bahagia je rumahtangga kan..

tp perenggan yg last tu.. mcm terkena pada saya la.. sbb husband saya pernah sound.. 'awk ni asyik mengo'blog' jeee... huhu.. tu tandanye apa ek?

Tp. InsyaAllah.. tggjwb sy sbg isteri x pernah lagi saya abaikan.. mungkin kena tumpu lebih masa utk dia kot.. Wallahu'alam

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

dipetik dari buku "Bagaimana ingin berkahwin banyak" oleh Lutfi Lokman. Lepasan ijazah sarjana Bahasa Arab dan Pendidikan, Umm AlQura University. <--- haha..takde tajuk lain ka yg kurang kontrobersi..

siti said...

ana uhibbu an sheikh al-waseem al-terengganu..hehe..
C.i.n.t.a..ibarat mcm lagu XPDC eja perkataan cinta tu ka??

ANUAR said...

haha...pinjam waseem seminggu buat model boleh untung kew?...kekeke

masya-allah...skrg waseem pun dh byk peminat..huhu

aMe said...

wos..aku nak menikah sorang pun susoh kemaen..die ilex je wat buku nikoh banyok..abg maros ni...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ame : hahaha.. riles boss.. rileks...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...