pengikut-pengikut yang menawan

Thursday, May 14, 2009

How to win friends and influence people

Beberapa puluh tahun dahulu, Tuan Eastman membina sebuah sekolah muzik Eastman di Rochenster dan juga sebuah Dewan Kilbourn, sebuah teater kerana memperingati ibunya. James Adamson, Presiden Syarikat Superior Seating dari New York, mahu mendapatkan pesanan untuk membekalkan kerusi-kerusi teater di bangunan-bangunan itu. Dengan menelefon setiausaha, Adamson telah membuat janji temu untuk bertemu dengan Tuan Eastman di Rochenster.

Apabila Adamson tiba, setiausaha itu berkata, "Saya tahu anda ingin mendapatkan pesanan ini, tetapi saya boleh memberitahu anda sekarang juga yang anda tidak sanggup berdiri sebagai satu pertunjukan hantu jika anda mencuri lebih daripada lima minit masa Tuan Eastaman. Beliau adalah seorang yang sangat mementingkan masa. Beliau tersangat sibuk. Oleh itu, terangkan kisahnya kepada saya dengan segera dan keluar dari sini.

Adamson telah bersedia untuk melakukan perkara tersebut.

Apabila beliau masuk ke dalam bilik, beliau mendapati bahawa Tuan Eastman sedang meneliti kertas-kertas di atas mejanya. Beliau mengangkat muka, menanggalkan cermin matanya dan beredar ke arah setiausaha dan Adamson dan berkata, " Selamat pagi, apa yang boleh saya lakukan untuk anda?"

Setiausaha itu memperkenalkan mereka berdua dan kemudian Adamson berkata :

"Semasa menunggu anda, saya melihat pejabat anda, dan saya dapati ianya sungguh menarik. Saya rela bekerja sekiranya terdapat sebuah bilik seperti ini untuk bekerja. Anda tahu bahawa saya sendiri menjalankan perniagaan di dalam pejabat, dan saya tidak pernah melihat pejabat sebegini cantik sepanjang hidup saya."

Tuan Eastman menjawab :

"Anda mengingatkan saya sesuatu yang saya hampir lupakan. Itu sangat indah, kan begitu? Saya begitu seronok apabila ia mula-mula dibina dahulu. Tetapi saya datang ke sini sekarang dengan bersama-sama begitu banyak perkara yang hendak difikarkan dan kadangkala saya tidak dapat melihat bilik ini buat beberapa minggu lamanya."

Adamson beredar dan menggosok-gosok sebuah papan tipis di tengah pintu. "Ini pohok kayu oak Inggeris, kan begitu? Agak berbeza sedikit dari kayu oak Italy."

"Benar" Eastman menjawab. "Itulah kayu oak Inggeris yang diimport. Ia dipilih oleh seorang teman yang begitu pakar tentang penentuan jenis kayu bermutu."

Kemudian Eastman menunjukkan kepada beliau bilik itu, menjelaskan tentang kadarnya, warna, bentuk tangan dan kesan-kesan lain di mana beliau sendiri telah menolong membuat pelan dan mengerjakannya.

Sewaktu melihat-lihat dalam bilik itu, dengan mengamati kerja-kerja ukiran kayu, mereka terhenti di hadapan sebuah jendala dan Tuan Eastman, dengan penuh sederhana dan percakapan yang lembut menunjukkan beberapa buah insititusi. Menerusi institusi inilah beliau cuba menolong kemanusiaan. Hospital Homoeopatnic, Hospital Besar, Rumah Kediaman Sahabat, Hospital Kanak-kanak dan Universiti Rochenster. Tuan Adamson mengucapkan tahniah berhubung dengan cara idealistik beliau menggunakan kekayaannya untuk meringankan penderitaan manusia. Sekarang Tuan Eastman membuka sebuah bekas kaca dan mengeluarkan sebuah kamera yang pertama pernah dimilikinya - satu penemuan yang telah dibelinya dari seorang bangsa Inggeris.

Adamson telah menanya beliau dengan panjang lebar mengenai perjuangan peringkat awalnya untuk mula bergiat dalam bidang perniagaan dan Tuan Eastman menerangkan dengan perasaan sebenarnya tentang kemiskinan yang terpaksa ditanggungnya di zaman kanak-kanak. Diterangkan bagaimana ibunya yang telah menjadi janda menjaga sebuah rumah tempat tinggal sedangkan beliau sendiri bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat insuran dengan pendapatan lima puluh sen sehari. Kemiskinan memburu beliau siang dan malam dan beliau berazam untuk mendapatkan cukup wang agar ibunya tidak lagi bekerja sampi mati di rumah tempat tinggal itu. Tuan Adamson mengemukakan banyak lagi soalan dan mendengarnya, menyerapnya, sementara beliau menerangkan tentang pengalamannya dengan piring fotografik yang kering. Beliau menerangkan bagaimana ia terpaksa bekerja sepanjang hari, hanya tidur sebentar, kadangkala terpaksa bekerja sampai ke malam hari dan tidur dengan tidak pernah menyalin pakaian selama tujuh puluh dua jam.

James Adamson telah masuk ke dalam pejabat Tuan Eastman pada pukul 10.15 pagi dan diingatkan bahawa beliau jangan mengambil masa melebihi lima minit; tetapi masa sejam dua telah berlalu. Mereka masih lagi bercakap-cakap.

Akhirnya Tuan Eastman berpaling kepada Adamson dan berkata : "Sewaktu saya bekerja di Jepun, saya telah membeli beberapa buah kerusi, membawanya pulang dan meletakkanya di serambi yang ditimpa cahaya matahari. Oleh kerana cahaya matahari memudarkan catnya, maka saya pergi ke bandar kerana hendak membeli cat. Saya sendirilah yang mengecat kerusi tersebut. Adakah anda ingin melihat apakah jenis pekerjaan yang boleh saya lakukan dengan mengecat kerusi? Baiklah. Datanglah ke rumah saya dan makan tengahari bersama-sama saya dan saya akan menunjukkan kepada anda."

Selepas makan tengahari, Tuan Eastman telah menunjukkan kepada Adamson kerusi-kerusi yang telah dibelinya dari Jepun. Kerusi-kerusi tersebut bernilai tidak lebih dari $1.50 sebuah. Akan tetapi, Tuan Eastman yang telah dapat mengumpulkan wang sebanyak seratus juta dolar dalam perniagaan, berasa bangga kerana beliau sendirilah yang mengecatkan kerusi-kerusi tersebut.

Pesanan untuk kerusi tersebut berjumlah $90,000. Pada fikiran anda, siapakah yang mendapat pesanan tersebut? Adamson atau pesaingnya yang lain?

Dari waktu itu sehingga kematian Tuan Eastman, beliau dan Adamson adalah bersahabat baik.

Apakah yang anda boleh pelajari dari cerita di atas?

Untuk mendapatkan sahabat, buatkan mereka merasa diri mereka penting dan lakukanlah dengan jujur dan ikhlas.

Oleh kerana itulah blog, facebook, segala software dan alat perhubungan maya ini menjadi sangat maju dan pesat membangun. Kerana mereka telah mengkaji sifat manusia sebelum mereka membangunkan sesuatu perisian. Manusia suka kepada menceritakan perihal kebanggaan diri sendiri dan mampu bercerita tentang mereka sehingga berjela-jela panjangnya.

Apabila anda dapat menghargai seseorang itu, anda telah bertindak memupuk satu sikap positif dalam kehidupannya sekaligus membantu beliau melangkah ke hadapan dengan lebih yakin.

Setitik manisan lebih banyak memerangkap lebah dari sebelanga hempedu - Lincoln.

Ni aku duk tulis-tulis pendapat oram puteh, ada yang bunyi satgi, bakper dop ambik pendapat orang Islam. Tiru ngat orang barat tuh. Ambiklah pendapat Ulama, wali, ahli sufi, ahbash bla bla blablabalbala. Belog lain sudah banyak yang buat begitu. Pilihan di tangan anda. Satu klik bisa merubah segalanya.

Owh. Bercerita mengenai artikel di atas. Ianya ditaip oleh aku untuk berkongsi ilmu psikologi buat anda. Karya tersebut adalah hasil Dale Carnegie. Seorang pemikir terkemuka barat. Beliau adalah ahli psikologi dan pakar pemidato serta penceramah yang hebat. Tapi akhirnya diberitakan mati membunuh diri. . .

Sia-sia bukan? Apakah penyebabnya membunuh diri? Kerana beliau tidak menemukan satu kepuasan dalam hidupnya. Walaupun hasil kerja beliau memuaskan berjuta-juta orang lain, tetapi rohaninya tidak puas dan tenteram kerana tidak mempunyai iman dan nikmat Islam.

Buku yang aku rembat dari mak aku. Aku bawak ke sini dan anak aku sudah koyak-koyakkan sebahagiannya.

4 comments:

dzuraini said...

suatu kisah yang menarik..terima kasih atas perkongsian ini..

badruddin said...

waaah.. aku baru teringat nk beli, anak hang dah siap koyak2 erk buku tuh! haha. hidup memang takkan sempurna tanpa iman!

mujahid001 said...

"prinsip setiap manusia : perasaan utk dihargai."
saya masih ingat itu...

..blindart.. said...

dah agak dah... mesti cerita dari pesepsi si waseem... suka baca, gayapeulisan yg menarik.... =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...