Sebelum menulis, aku semestinya berfikir. Anda ingin tahu apa yang aku fikirkan? aku berfikir tentang pembaca. Aku berfikir tentang siapakah pembaca yang akan membaca penulisan aku ini nanti. Pembaca aku adalah anda. Anda sendiri yang mengetahui siapakah diri anda. Anda sendiri yang boleh memberikan jawapan mengapa anda membuka belog ini. Samada untuk menonton waseem, ingin mengetahui status terkini kota bandaraya makkah atau ingin mendapatkan sedikit manfaat yang aku salurkan di sini. Itu anda punya pilihan.
Biasanya aku mengambil gambar sebagai modal untuk memulakan bicara. Sesudah edit gambar secukup rasa, aku uploadkan ke flickr. Kemudian baru aku pindahkan ke sini untuk tatapan anda. Itu rutin kerja aku selaku pembelog yang terlampau takde kerja sangat. Akhir sekali barulah aku coretkan apa yang terbuku di minda. Tak boleh biar lama-lama, boleh meletup kepala. Banyak sangat yang nak disimpan. Pindahkan sahajalah sebahagian ke sini.
Sebaik sahaja menulis, aku pasti membaca kembali perenggan yang pertama. Aku perhatikan dan aku berfikir samada ianya dapat diterima pembaca ataupun tidak. Benar, belog adalah bebas. Anda bebas melakukan apa sahaja di dalam belog ini. Anda bebas berbicara apa sahaja yang terpacul di benak anda. Meluahkan perasaan, mencoretkan pengalaman tanpa berfikir baik atau buruk kesannya kepada masyarakat. Belog adalah bebas. Garis panduannya adalah anda. Apa yang baik di fikiran anda tapi tidak di fikiran masyarakat, anda berhak mengeluarkannya. Anda adalah penghukum kepada segala baik dan buruk. Cantik dan hudoh adalah di kaca mata anda.
Sedar atau tidak, dengan belog kita dapat mempengaruhi orang ramai. Tanpa disedari juga, belog dapat menjadikan kita mengenali beberapa insan yang lain selain mereka mengenali kita. Banyak kebaikan sebenarnya dari keburukan. Memanglah aku nyatakan kebaikan sebab aku pon gila berbelog.
Berada di dalam masjidilharam yang dipenuhi oleh pelbagai manusia dari serata pelosok dunia. Ini mungkin merupakan antara catatan-catatan terakhir kami sebelum pulang ke tanahair tercinta. Catatan yang bakal membuatkan aku merindui tanah gersang ini.
Hati terpesona dengan keindahan rumah Allah. Jiwaku seolah-olah kosong dan tenang melemparkan pandangan ke sebuah batu hitam bernama Kaabah. Penghayatan dan penumpuan seratus-peratus hanya kepada kebesaran Allah. Aku sujud di dalam solatku menyembahNya, merakamkan jutaan syukur atas nikmat memberikan Islam kepadaku. Satu nikmat yang tiada tolak bandingnya di antara perkara lain. Bayangkan jika aku dilahirkan tiba-tiba menjadi pensil. Bukankah tidak seronok. Tiada penghayatan dalam kehidupan selain dijadikan karangan budak-budak sekolah rendah bertajuk 'aku sebuah pensil'.
Hari-hari terakhir kami di sini dilalui dengan penuh ketenangan dan biarlah masa yang bertindak memisahkan kita..
Perasaan dan ketenanganku seakan-akan diragut secara tiba-tiba apabila kedengaran gelak ketawa sekumpulan muda-mudi yang berada di belakang kami. Aku mengangkat kepala berpaling ke belakang melihat gerangan mereka. Remaja yang berumur sekitar 20-an itu seakan-akan begitu seronok bergurau senda sesama mereka. Mereka berposing sakan betul-betul menghadap pintu kaabah yang bernama Multazam. Seolah-olahnya berada di sebuah pesta keramaian. Sesekali gelak gadis Iran tersebut mengundang keruh di muka orang sekeliling. Terlalu kuat!
Aku cuba berlagak tidak tahu dan kembali menumpukan perhatian kepada apa yang aku lalui tadi. Bercinta dengan Allah. Gelak lagi. Lagi gelak. Ah! Ini pasar malam ker? atau ini malahi? (funfair). Sudah tidak ada sedikit langsungkah perasaan menghormati orang lain lebih2 lagi menghormati Tuan punya rumah ini?
Pelbagai pose digayakan oleh mereka berlima. Ada yang berdiri, kadang2 duduk. Mungkin ingin mencari lighting yang sesuai. Atau mereka mungkin ingin mendapatkan DOF terbaik dengan membuat setting terhadap aperture kamera. Mengganggu! Dan sangat terganggu! . . .
-bersambung.
Follow @USERNAME

5 comments:
"Tiada penghayatan dalam kehidupan selain dijadikan karangan budak-budak sekolah rendah bertajuk 'aku sebuah pensil'."
statement ni buatkan aku tergelak and teringat masa buat karangan mcm ni...
macam sedih je nak tinggalkan Makkah?
Saya suka blog ni sebab Waseem cute...gambar semua cantik2.
Diselitkan pengisian bersama menjadikan saya bertambah suka dengan blog ini.
Ditambahkan pula dengan tuan punya blog yg aktip..
dah nak balik Malaya yea? jangan lupanya update blog ni sokmo...
kalu ada gambor kepok lekor ke nasi dagang ke...tepek ah sini. Saya pung orang ganu gak...
kadang² saya rasa elok kembali ke zaman kamera tak dibenarkan dlm masjidil haram macam dulu²...
lotpi... sedihnya aku. patutnya bulan depan dah nk ke Mekah dah ni... sekali kerajaan saudi kenselkan visa umrah dari Malaysia.. semua kompeni pn same jgak.. huhu.. Allahu Akbar..
tgah fokus baca
tibe2 tergelak part pensil
heh
kita selalunya menghargai sesuatu only when it's gone..
tapi orang bijak akan sentiasa hargai segala perkara.. :)
thanks for sharing
Post a Comment