.. aku seolah-olah tersedar dari lamunan. Mengangkat sedikit kepala, memerhatikan sekeliling. Kelihatan di mana sahaja manusia sedang ralit bergambar. Henpon, PnS, Video Camera cuma SLR jer tak beberapa kelihatan. Tidak ketinggalan jemaah Malaysia entah syarikat travel mana yang sibuk nak bergambar kenang-kenangan. Bergambar dengan dato' mana ntah.
Di dalam beberapa minit pemerhatian, aku berfikir rumah Allah yang mulia ini seolah-olahnya sebuah muzium. Dipamerkan di dalamnya sebongkah batu hitam yang dipelihara zaman berzaman. Kesuciannya dicemari dengan acara bergambar di sana dan di sini. Aku sendiri termasuk di dalam ratusan ribu mereka yang berebut bergambar di dalam masjid. Ampunkan kami ya Allah! Bukan niatku untuk berbangga-bangga dengan gambar. Aku cuma ingin berkongsi dengan orang lain suasana yang aku kecapi di sini. Suasana yang mempertemukan aku dan najwa dahulunya. Suasana beribadah yang tak dapat dicari di lain-lain tempat. Jika itu mengundang murkaMu ya Allah, ampunkanlah kami.
Aku kembali tenang. Mengucapkan syukur, menambahkan sujud dan mengumpulkan 'point' untuk menjana saham di akhirat. Alhamdulillah, selama 6 tahun aku berkesempatan menatap indah keagungan Kaabah ini. Perasaan sayu dan sedih perlahan-lahan menjalar ke segenap tubuh. Mengenangkan pemergian kami yang tak mungkin akan kembali lagi mengecap keadaan ini. Aku tuliskan jua nota berbumbungkan langit dan bersaksikan Kaabah buat tatapan kami di hari mendatang buat aku kenangi cahaya lampu kuningnya, udara segar di sekitar Kaabah, lapangan yang indah dipenuhi manusia jahil, bau karpet merah itu dan bau dettol yang singgah di ruang pernafasan. Sedang aku asyik dibuai kesayuan itu, tiba-tiba kilauan flash menyambar mata hitamku. Aku tak tipu. Ini betul2 ditepi. Sepasang suami-isteri Mesir senyum gembira menonton kembali gambar2 yang diambil tadi. Kamera Sony.
Ketenangan sesungguhnya telah dicemari. Kotor. Kami beralih duduk dan berjalan keluar melalui lorong atas masjid yang menempatkan ruang solat. Menaiki tangga di sebelah arah menuju ke tempat saie. Najwa tidak henti-henti bertanyakan anaknya 'fein kaabah?'. 'Mana Kaabah?'. Agar si waseem kenal dan tahu menjawab apakah itu Kaabah. Agar dia tidak lupa tempat lahirnya sinonim dengan batu hitam itu. Kami berjalan keluar . . .
Bukan tidak boleh bergambar. Bagi aku tidak salah. Cuma etika dan sikap harus dijaga. Masjidil haram bukan sebarang tempat. Jaga adab dan perlakuan agar tidak mengganggu jemaah lain. Perkara pertama, tutup flash. Buka iso tinggi. 300 - 400 okelah tuh. dah cerah. Korang takde pengalaman kena tangkap takperlah. Aku dah 2 kali kena. Bukan bawak kamera pon. Bawak henpon jer. Itu pun dah separuh mati kena soal siasat. Bersama-samalah kita beringat dan berjaga.
...
Malam ini aku menghadapi satu interview. Tak. Aku tak berharap agar lulus cemerlang interview ini. Lulus sudah memadai. Cumanya doaku agar hilang perasaan gentar dan gemuruh yang menguasai diri. Doakanlah wahai teman sekalian. Doa itu kan senjata mukmin. Lagipun doa itu juga salah satu usaha.
Follow @USERNAME

8 comments:
huh.
sayu ja baca..
rasanya bila dah bergambar tu mmg da tak ingat dunia dah.
keasyikan mengaburi segalanya.
btw,
waseem mmg brtuah sbb dilahirkan di negeri mulia.
:]
~moga lulus dgn cmerlangnya dlm interview dan moga ALLAH permudahkan segala urusan. Ameen~
sirius.. aku pun ada jugak bergambar, tp dari tingkat atas la.. flash tutup. kalo kat bawah tu, jaga la jugak orang lain nk buat amal ibadat. ni org tgh elok2 tawaf, dia rilek je berenti nk amik gambar... tansen betul!
semoga dapat menjawab interview dengan baik dan tenang..dipermudahkan urusan olehNya. insyAllah lulus dengan cemerlang..
barakallahu fik.......hri 2 slh taip allah yubarik fik klo kt sni bnyk gna allah yahdik..ana x tau sngt jd syukran bbnyk bg tau...ustaz lotfi sngt2 bertuah sbb dpilih Allah ngaji dtempat yg mulia x ramai org boleh p ustz....doa2 ana bleh p jgk...
aslmkm..buat waseem skeluarga.
sgt sdh bc post ni..serius sdh sbb sy follow blog ni sbb crita tntg makkah n gmbr2 waseem..nt mst rndu nk bc crta tntg makkah lg..tringt bbrp bln dlu,akak sy pnh tny blog ap plg best.trus sy bg nama blog ni. n skrg,akak sy dh jd atr follower stia blog ni wlupn dia bkn blogger..dia dh khatam kamitaken.ftopages n najwa.blgspot.. crita tntg makkah bt kmi brazm lbh tgi utk jejakkn kaki ke sn nt.insyAllah..
smg Allah brkti kami n waseem's family. =)
Kalau Ustaz membilang hari untuk pulang sambil mencatatkan catatan terakhir sebelum pulang nanti, begitu juga dgn saya.
Sesungguhnya, hidup ini dikenali apabila ditempatkan jauh dari negara sendiri. Mencari identiti dan haluan diri. Mencari ilmu dan hidup berdikari. Mana mungkin keberangkatan ini adalah suatu keberangkatan yg gembira utk kita yang belajar jauh ini.
Mungkin keberangkatan Ustaz lebih patut disedihkan dan ditangiskan kerana tempat belajar itu adalah tempat suci yang terlampau dihajatkan ramai orang.
Semoga selamat pulang, doakan keberangkatan sy juga selamat 27 Jun dari Maghribi.
-Khadijah Khalilah
(blog sy dah padam http://akumasihdiriakusendiri.blogspot.com)
ko da nak balik.. aku jugak yang duk taun akhir nak masuk 3 taun dah ngulang kat mesir tak balik2 nih.. tapi siyes.. kenangan indah macam ni mampu watkan air mata ngalir tanpa disedari.. [aku pun kadang2 sentimental jugak walau duk merapu je kije..hehe..]
comei btul upin ipin baju kuning tu. :p
Post a Comment