pengikut-pengikut yang menawan

Thursday, May 14, 2009

'kereta marwan'











"Keluar lagi!..." Hatiku seolah-olah merasa kosong. Sejak akhir-akhir ini kerap benar dia keluar tanpa pengetahuan aku..

...

"Pi, demo free dop petey ni? Kalu free, mari ddapor kawey ambik gambar." Anuar Ajyad menelefon aku.

"Insya allah. Free. Tapi transport jah takdop."

"Takpo. Drebar kito mat nor ado gi ambik demo star lagi."

"Oke!"

Aku dijemput anuar untuk mengambil gambar2 di sekitar dapornya yang terletak di Ka'kiah, Makkah. Dapor adalah nama yang dipanggil untuk satu perkhidmatan memasak atau lebih dikenali dengan perkhidmatan catering di Malaysia. Dipanggil dapur kerana istilahnya di dalam bahasa arab disebut matbakh yang bermaksud dapur.

Aku menaiki kereta Mitsubishi mat nor menuju ke Ka'kiah. Di dalam perjalanan, banyak perkara kami sembangkan. Antaranya kes penangkapan tukang masak yang memasak secara 'haram' di Makkah. Penipuan yang berlaku antara catering service dengan pengurusan hotel dan jemaah umrah. Ada kes yang berlaku beratus-ratus jemaah tidak dapat makan tengahari kerana tukang masak lesap setelah mendapat bayaran. Ya.. Itulah asam garam kehidupan di kota metropolitan seperti Makkah ini. Bandaraya yang menyajikan pelbagai budaya dan menjanjikan pendapatan yang tersangat lumayan buat mereka yang ligat mengautnya.

Kami sampai kira-kira 20 minit perjalanan. Aku meninjau ke dalam dapur; lighting sangat cantik waktu petang ini. Cumanya untuk mengambil gambar di tempat memasak, kekurangan cahaya.

Memulakan perniagaan sevice ini sejak berbelas-belas tahun yang lalu, anuar kini mampu tersenyum kerana memiliki dapor sendiri dan mempunyai lesen rasmi dari kerajaan saudi. Jika anda ingin mendapatkan masakan malaysia sejati, apa kata contact sendiri anuar untuk rundingan harga bagi pakej anda. Kadang2 ramai jemaah umrah yang datang sendiri, kekurangan idea untuk mendapatkan pakar masakan malaysia di sini. Hari-hari makan nasi beriani. Hari-hari kena makan nasi mandi. Hari-hari makan roti. Mana perut boleh tahan. Tapi kita datang umrah, bukan beriya sangat nak makan kan? ala kadar kata orang. Cumanya, jika keadaan persediaan teknikal kita sempurna, insya allah ibadah kita pon akan sempurna.

...

"Kita keluar jom!" argghh.. Perkataan yang aku sebenarnya tak berapa nak percaya sangat aku dengar. Tapi ikutlah. Ada kemungkinan benar. Ada kemungkinan salah. Terpulang pada takdir yang menentukan. Dia ni bukan betul sangat berjanji. Keluar, keluar, keluar. Last-last dia yang keluar sensorang.

Kami melalui lorong-lorong sunyi kawasan perumahan, menuju ke jalan besar. Kehidupan di sini, lebih senang kami menaiki teksi. Nak ke masjid, parking pon kitorang tak pening kepala. Aku berjalan lagi menuju ke dataran masjidilharam. Cahaya terang mula melimpahi wajahku. Ahh.. Sungguh damai melihat deruan manusia yang keluar-masuk ke masjid. Ada yang berkelah dan bermain-main dengan keluarga di sekitar dataran luar masjidilharam. Manusia pelbagai bangsa kedapatan di situ. Pakistan? India? Mesir? Turkey? Malaysia? Iran? Afrika? Omputeh? semua ada.

Kami perlahan-lahan memasuki masjid. Melalui jaga yang bengis memerhatikan segenap penjuru badan kami. Takut-takut membawa kamera, atau senjata berbahaya. Alhamdulillah, kami melepasi haaris (jaga).

Tangan dia aku pegang kemas. Susah jugak dia ni. Langsung tak memberikan kebebasan padaku. Tapi aku rasa selamat apabila melihat wajahnya yang mengatur langkah tenang memasuki masjid dan memimpinku bersama. Wajah yang akan aku ingati selama-lamanya. Wajah yang aku pasti sangat berubah dari mula-mula aku kenali dahulu.

Kaabah melambai-lambai kami. Lautan manusia membanjiri di sekeliling Kaabah. Seolah-olahnya kaabah sebuah bahtera yang kukuh berdiri di atas pasaknya. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang polis yang sedang membawa pakcik Iran dan isterinya. Aku cuba melihat di sebalik dia tentang apa yang terjadi. Rupa-rupanya, pakcik Iran tu bawak kamera video yang maha besar. Sebesar stesen tivi punya. Bengis wajah polis itu ketika dia mengheret pakcik Iran itu melintasi kami. Oh.. Takutnya aku. Bayangkan kalau D80 itu diambil. Aku nak warisi apa nanti?

Selesai tawaf dan solat sunat, kami duduk-duduk di sekitar hamparan merah. Berdekatan dengan rak alQuran. Aku sempat mengambil sebiji alQuran buat bacaan aku. Tetapi buku 'Kereta Marwan' itu lebih menarik perhatian aku dari alQuran yang kosong tanpa warna-warni dan bertulisan kalighrafi hitam.

Aku merebahkan diri di atas lantai marmar di kawasan tawaf itu. Sejuk!

Melihat ke kiri dan ke kanan. Kedapatan arab yang menangis bagai tidak mahu berhenti berhampiran kami. Mungkinkah dosanya seluas lautan di bumi dan dia mengharapkan kemaafan dan keredhaan dari Allah? Atau dia kehilangan dompetnya dan dia hanya mengadu kepada Allah yang menciptakan senario itu? Banyak kebarangkalian yang berlegar-legar di mindaku dan aku pasti aku tidak akan dapat jawapannya dari dia yang sedang khusyuk berdoa dan mengalirkan air mata..

Tiba-tiba si dia hilang! Hilang lagi! Kenapalah dia ni tak boleh duduk diam-diam macam orang lain? Aku bangun dan pantas mahu menjejaknya. Aku perhatikan dari jauh, kelihatan susuk tubuh yang menyerupai dia. Oh.. Dia ambil air zam-zam. Pasti aku akan dapat jua..

Setelah berehat dan memerhatikan keadaan selama lebih kurang 20 minit, si dia mengajak aku menyentuh kaabah. Sentuh kaabah?? Wah.. Best jugak. Aku pasti akan merindui wangian ini nanti. Aku pasti akan merindui kiswah (kain yang membaluti kaabah) dan benangnya. Pengalaman yang tak mungkin aku dapati dari mana-mana tempat lain di dunia ini. Ya Allah! Kekalkanlah memori ini agar aku tidak lupa buat selama-lamanya pengalaman ini yang berkemungkinan kali terakhir buatku. Amin..

Kami menerjah masuk ke celah-celah lautan manusia. Tangannya kejap aku genggam. Takut terlepas. Dahlah dia pakai baju hitam. Ingat dia sorang ke di dataran tawaf ni yang pakai baju hitam? Beribu!

Kami tiba di satu sudut yang aku pasti, jika setiap kali kami lakukan tawaf, pasti kawasan ini merupakan kawasan yang agak santai dan manusia kurang. Ia terletak antara Hijir Ismail dan Rukun Yamani. Kami mempercepatkan langkah menuju ke kawasan itu. Aku perlahan-lahan menyentuh kiswah hitam itu. Aku sapu dan aku cium baunya.. Bau yang seakan-akan mekar mewangi di seluruh tubuhku. Aku susah nak ungkapkan perasaan gembira menyentuh kiblat dan batu hitam yang menjadi panduan manusia di seluruh alam. Tapi kenapa orang Islam menyembah batu ini ha? Bukankah kami sama sahaja dengan agama lain yang menyembah batu sebagai tuhannya? Nanti aku tanyakan si dia yang pasti akan ada jawapannya.. Check it out.

Tapi keheningan dan ketenangan yang aku rasai sedikit terganggu dengan makcik-makcik dari Mesir yang menangis-nangis dan meraung betul-betul di hadapan aku. Siap pijak-pijak kaki aku lagi. Ini main kasar. Kenapa perlu meraung-raung di hadapan kaabah? kenapa perlu tolak-tolak di hadapan kaabah? kenapa perlu mengambil masa yang lama meratap di hadapan kaabah? kaabah ini bukan kepunyaanmu sorang! kaabah ini bukan milik kita semua! Kaabah ini ada pemiliknya. Pemilik yang pasti jua akan mendengar rintihanmu itu walau dikau merintih di dalam bilik gelap sekalipun!

Cuba cakap gitu depan makcik-makcik Mesir yang 24 kali ganda saiz aku. Ohh.. Dipenyek-penyeknya aku nanti. Biarlah.. Biarkan dia terjun ke dalam lautan rindu dan tangisannya itu. Biarkan dia..

Usai sudah kami mengelilingi batu hitam itu dan kami beransur pulang ke rumah. Si Dia menolak aku perlahan keluar dari bangunan indah masjidil haram. Aku tatap sungguh-sungguh kitab 'kereta marwan' yang berada di pangkuanku. Mana sempat baca kitab dalam masjid. Banyak sangat pemandangan. Ah.. Lain kali aku baca.

Aku cuba ingin memanggilnya..

"Baba! Amm.. Amm!" Aku lapar neh. Jom makan! Aku pasti dia paham bahasa aku kerana dia adalah bapak aku. Korang ada bapak macam aku? hehehehe.

-gambar aku dan kawan aku baru2 neh. sini

1 comments:

As said...

melalui pandangan yang berbeza..huhu

thanks for sharing

kadang2 kita pelik kenapa orang ucapkan terima kasih sedang diri rasa tak buat pape pun..
Sebab...ada masa kita memberi sesuatu tanpa kita sedar..
hanya yang menerima merasai impaknya

buat sekeluarga, may last till jannah. ameen.

hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...