pengikut-pengikut yang menawan

Friday, May 15, 2009

majlis perpisahan pelajar

puteri afifah binti meor abdullah- tersenyum lepas aku buat lawak.

nikon d700!

orang punyer. Aku tumpang pegang jer.

ni tuan dia. Abang Abdul Rahim dari Riyadh. Banyak kami belajar mengenai kamera.

Keluar dari hotel Makkah Mawaddah, matahari cantik jer jatuh dari belakang jabal umar. Menerbitkan siluwet yang indah.

...

semalam pelajar2 malaysia makkah meraikan majlis perpisahan aku dan hakim yang bertempat di safa restaurant. Safa restaurant ni kedai nasi mandi yang paling best aku rasa di sekitar makkah nih. Oh! kepada sesiapa yang telah meminta resepi nasi mandi, aku pohon berjuta kemaafan sebab tak cari lagi. Nantilah dan nanti dan nanti... hehehe

takde benda yang banyak disembangkan pon. Kehadiran, seratus peratus student. Kami hanya beberapa kerat jer. Eh, Gambar kat sini lagi. Apa yang aku pesan pada adik2 semua adalah..

hidup ini hanya beberapa kerat sahaja lagi. Apa sahaja method dan imej yang kita bawak, bekalkan satu prinsip dan kekalkan ia bahawa segala kerja kita tetap kepada dakwah kepada Islam. Ajaran Islam yang satu. Mana ada Islam yang pelbagai. Islam hanya mengajar rukun Iman dan rukun Islam serta Ihsan yang sama walau bagaimanapun mazhab mu itu. Sesetengah orang berjaya membawa perwatakan dan luaran yang baik serta menepati syarak. Sesetengah yang lain kurang berjaya membawa perwatakan tersebut. Namun, itu tidak menjadi halangan untuk anda berusaha dan menanamkan prinsip dakwah ke dalam diri anda. Kadangkala, anda akan menjadi lebih baik lagi dari mereka yang dilengkapi dengan imej luaran yang lengkap. Kerana apa? Kerana kedudukanmu itu sangat tidak disedari secara drastik oleh 'mereka'. Mudah untuk anda melakukan gerak kerja dakwah.

Setiap orang berhak mendapat hasil ganjaran bagi kerja usahanya. Kerja usaha bukan hanya milik orang-orang tertentu. Semua orang berhak mengerjakannya. Kita? Kita juga mampu menjadi pendakwah yang memainkan peranan penting dalam sejarah perkembangan tamadun Islam. Kebanyakan pendakwah hanya berlegar-legar di sekeliling orang seperjuangan mereka. Mereka kadangkala bagus bertujuan meningkatkan lagi kemantapan orang yang telah selamat di dalam skop mereka dan memperkemaskan orang-orang yang akan dilatih menggantikan mereka kelak. Tetapi apa ceritanya orang2 yang berada di luar sana? Orang yang berada di luar sana juga amat mendambakan satu pertolongan yang amat diharap-harapkan datang persis sinaran mentari yang menembusi sebuah bilik gelap sebagai satu harapan untuk mereka bernafas hidup. Iya, sebenarnya orang-orang yang berada di luar sana adalah matlamat kita untuk kita ambil dan hulurkan pertolongan agar mereka tidak terjatuh ke jurang neraka Allah. Adalah lebih baik jika kita dapat melakukan kedua-duanya sekali agar kita dapat mengawal dan menjernihkan keadaan kehidupan kesemua orang-orang ini. Selalunya praktikal amat berbeza dengan teori bukan?

susah ke penerangan aku di atas? aku memang selalu macam itu, suka menggunakan bahasa-bahasa kiasan yang aku letakkan levelnya tinggi. Tapi korang paham kan?


4 comments:

Linda Abdullah said...

Nanti..nanti..nanti..nanti tu bila? hang cuba pi jer rumah jiran sebelah tu, mintak kat makcik arab kata nak curi resepi nasi mandi.. alorrh mung nih..jangan lupa bagi salam dulu, nanti makcik arab tu tak mau bagi resepi..ha.ha.ha

Ibn Mohamed Amin said...

tak sie2 ko jadik budak lughah.. saspek ah kat lu.. sastera ko memang tinggi.. sampaikan aku tak dapat tangkap apa yang ko nak sampaikan.. tambah pulak aku tak paham bahase melayu.. susah sangat nak mengeja.. nanti ko ajar aku ye pi.. masa ko ajar waseem mengeja nanti jangan lupe panggil aku tau.. kekekeke..

iYda Juhar said...

ok ok. so far aku paham lagi. hahaha

PINATBATE said...

faham ustaz..faham!(sambil angguk..angguk..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...