semalam waseem komplen.
"Baba, letaklah gambar macho sket. Waseem pun ada maruah jugak. Tu pesen apa gambar macam budak2 mentah jer."
setelah puas memikirkan tempat dan timing yang sesuai, akhirnya kami 2 beranak keluar berjalan-jalan dengan kereta sewa. (Sebenarnya lebih kepada nak hantar kereta sewa). Akhirnya tepat dengan cahaya matahari yang cantik, aku langsung tidak memerlukan flash untuk mengambil gambar dengan bagus. Anda pon boleh mencuba.

Gambar dan Nasi
Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan fotografi macam aku, antara tips yang boleh menaikkan semangat anda untuk mengambil gambar ialah :
1. ambil gambar waktu siang dan pastikan pancaran matahari mencukupi.
2. kamera kompak pon boleh menghasilkan gambar dengan kualiti yang cantik cuma memerlukan sedikit kekreatifan.
3. jangan lemah semangat dengan menyaksikan gambar-gambar yang hebat dan memukau. Jadikan ianya satu inspirasi pembakar semangat.
4. meniru adalah salah satu dari proses pembelajaran. (bukan meniru dlm peperiksaan)
5. jika anda berada di tahap yang sangat 'down' bila melihat hasil karya anda, beleklah hasil karya orang lain yang sebenarnya jauh lebih 'down below' anda. Bukan untuk mengeji, tapi untuk 'lift ur spirit' katanya nenek aku dulu.
6. melihat sesuatu sebaik mungkin berada di luar kotak pandangan biasa.
7. makan nasi bila lapar.
8. hindarkan mengambil gambar pada waktu malam kerana ianya akan merendahkan motivasi anda kecuali anda betul-betul mahir. (aku sampai sekarang benci ambil gambar malam sebab aku tak mahir)
9. sesuatu gambar itu penilainya adalah anda dan beberapa orang sekeliling anda. Jangan terlalu sangat taksub untuk mendapatkan komen dari para photographer handalan. Mereka kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza dari kepuasan hati anda. Terima pendapat mereka dan sesuaikan dengan pendapat anda.
10. Jika fotografi adalah sesuatu sampingan, maka anda berhak mendapat hasil sampingan.
aku dah rasakan aku semakin menyeleweng jauh dari bidang sebenar yang sepatutnya aku jadi. Kepada penemuduga saya nanti, bila saya nak pergi interview tolonglah jangan tanya masalah banyak sangat pasal i'rab, pasal nahu, pasal sorf dan pasal pertelingkahan wahabi dan ahbash. saya sangat menyeleweng.

kesemua gambar adalah hasil dari lens 50mm f1.8 kepunyaan encik ahmad asnawi yang aku kebas. Yerlah, harapkan korang nak sedekah lens 85mm f1.4 tunggu aku kayalah dulu. Sebab apa tunggu aku kaya? sebab bila kaya baru orang pandang kita. (maaflah. gurau jer. bukan niat menyinggung.)
Hari Ibu dan Fatwa
10 mei ni hari ibu ker? sapalah pandai2 reka hari ibu 10 mei. Kenapa tak buat 2 minggu sekali hari ibu?
aku? semenjak aku baca fatwa perayaan selain dari aidil adha dan aidil fitri adalah haram dan bid'aah, aku dah jadi kurang nak menyambut apa2 dah. Hari wilayah persekutuan pun aku tak sambut. Apatah lagi hari natal. Banyak sangat hari nak sambut.
Cumanya, aku tak lupa tarikh2 yang bagi pendapat aku sekadar untuk menambahkan semangat untuk hidup buat mereka yang bertuah aku dampingi. Contoh hari lahir dan hari perkahwinan. Kenapa orang2 ini menganggap hari lahir dan perkahwinan itu penting? sebabnya ianya jarang2 berlaku. Bukankah perkara yang jarang berlaku itu istimewa? contoh kiamat. contoh lagi, kahwin untuk pertama kali dengan isteri pertama. Contoh lagi hari lahir kita. Ada kita lahir tiap2 hari? Kita lahir sekali sahaja kan? Jadinya, biarlah berpatutan dan mematuhi syarak dalam agama kita. Ni bukan fatwa. Jangan sat lagi ada orang duk ambik apa yang aku tulis ni buat fatwa sudahlah. Jangan begitu. Aku percaya pembaca belog na5wa ini semuanya bijak-bijak dan berakal. Wujudkan satu garis panduan antara perkara yang baik dan perkara yang tidak baik. Kita semua dikurniakan akal oleh Allah. Akal antara perkara termahal yang tak mampu dibeli oleh wang dan tak mampu dimiliki dengan kadar yang sama bagi setiap hamba.

Ibu dan blogspot
Ibu sememangnya insan istimewa buat semua makhluk. Dari ibu lah lahirnya seorang anak ataupun generasi yang bakal mewarisi kehebatan seorang ayah. Ibu juga adalah sekolah pertama kita sebelum kita memasuki mana-mana institusi persekolahan formal. Ibu adalah pendidik dan mereka mempunyai satu ikatan perhubungan antara anak-anak mereka. Naluri keibuan sentiasa membuatkan diri mereka sentiasa memikirkan perihal anak masing-masing. Anak? banyak kerja lain lagi nak dipikirkan dari ibu nan seorang.
Ibu sentiasa mendoakan kejayaan buat anaknya walaupun sang anak sentiasa lupa menitipkan doa buat ibunya. Pengorbanan ibu kalau nak sembang memang jenuhlah blogspot ni nak tanggung berat kandungan di dalamnya. Memang terlampau banyak. Segarang-garang ibu pada waktu pagi memukul anaknya, time tidor mesti dia menangis menyesal sebab bila tengok anaknya tidor, nampak baik pulak. Tapi esok gaduh lagi.
Ibu sememangnya seorang yang sangat 'special'. Ayat biasa didengar. 10 orang anak, ibu mampu bela, tapi seorang ibu, 10 orang anak tak mampu nak bela. Aku juga mempunyai seorang ibu yang amat dikasihi. Sejahat manapun anaknya ini, dia tetap mengaku aku anaknya. Tidak pernah sekalipun aku dengar ibu tak mengaku aku adalah anaknya. Kadang-kadang pelbagai kesalahan aku, dia yang sanggup menanggungnya. Ia membuatkan aku terfikir. Dan terus terfikir betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu ini. (tolong jangan mulakan perkataan dan pada awal ayat. Salah.) Dari tunjuk ajar melalui kelakuan itulah yang membuatkan si anak menilai dan memerhatikan pengajaran yang ditunjukkan. Ibuku sekalipun banyak aku tidak setuju dengan pendapatnya, aku pendamkan sahaja di dalam lubuk jiwa kerana aku sedar, perkara baik banyak berlaku, hasil pendapat dia yang aku tidak fahami. Menghargai ibu adalah idaman semua orang. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk sebuah penghargaan itu. Ada yang memberi ibunya sebuah kereta. Ada yang menghadiahkan ibunya seutas jam tangan. Ada yang memberikan duit setiap bulan. Aku? Tak ada dalam senarai ketiga-tiga perkara di atas. Apa yang aku mampu beri? Aku mampu memberikan kesusahan buat ibuku agar dia sentiasa berdoa dan terus berdoa. Bukankah ibu diganjari dengan pahala yang berlipat ganda hasil doanya padaku? hahaha. Jawapan yang serong betol. Statement yang menunjukkan aku sentiasa seorang hero yang baik. Aku sentiasa doakan buat mak dan mama agar Allah kurniakan zuriat dan keturunan yang bakal mewarisi iman dan membantu mereka termasuk dalam golongan yang muqarrabin dengan Ilahi. Lagipun mak dan mama masya allah sudah ada sorang cucu yang comel persis bapaknya. hahahahaha. Lagi statement yang memualkan anda semua. Terima kasih.

Perkahwinan dan MLM
Buat yang belum berumahtangga, carilah bakal ibu buat anak anda dengan sebaik-baik pilihan. Bukan bermakna mesti kena cari yang alim, warak, tutup muka, tak cakap dengan orang, asyik baca quran 24 jam, solat jer 26 jam. Tidak. Bukan itu syaratnya. Sebaik-baiknya carilah seseorang yang boleh anda berkongsi sesuatu dengan mereka. Seseorang yang boleh anda ajari mereka dengan kebaikan. Seseorang yang menerima pendapat anda untuk dilakukan bersama. Persefahaman dan motif untuk membina rumahtangga harus diletakkan tajuk utama dalam tujuan perkahwinan. Kehidupan hanyalah untuk kita mengumpulkan 'point' sahaja. Akhirat sana adalah ganjarannya. Jika pasangan anda adalah seorang yang anda nampak boleh menerima anda seadanya. Kenapa tidak menyuntingnya? Kelemahan terjadi apabila si pencari itu sendiri gagal mengenal motifnya dalam pencarian. Untuk apa dia mencari. Untuk apa perkahwinan itu. Untuk apa aku menimang anak. Untuk apa aku berkerja menyara anak bini dan sebagainya lagi untuk apa. Fahami dan sedarlah bahawa perkahwinan adalah untuk membina generasi yang baik dan untuk membiakkan umat Muhammad S.A.W agar Islam akan sentiasa ada penjunjungnya. Segar dan tegas membawa dari generasi ke satu generasi yang lain. Kita? Sudah kenyang di dalam kubur menantikan 'point' yang berkembang dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. 'Reward' besar yang dijanjikan sudah terhidang di hadapan kita hasil susah payah kita mendidik ahli-ahli persekutuan di bawah kita. Main MLM pandai sangat. MLM akhirat takkan tak tahu kot?

Pukul 2.59 pagi dan Aku nak sambung tidor
Aku nak berkongsi sesuatu dengan anda. Hasil pencarian dan pengalaman diri sendiri. Semua orang boleh amal selagi mana anda seorang Muslim. Bukan tertakluk hanya kepada orang alim atau orang yang warak sahaja.
-Dia tak sehat. Tapi dosa dia insya allah tak banyak.
Follow @USERNAME

Pukul 2.59 pagi dan Aku nak sambung tidor
Aku nak berkongsi sesuatu dengan anda. Hasil pencarian dan pengalaman diri sendiri. Semua orang boleh amal selagi mana anda seorang Muslim. Bukan tertakluk hanya kepada orang alim atau orang yang warak sahaja.
- Sebelum tidur dan selepas solat fardhu, baca ayat Qursi
- Sebelum tidur dan selepas solat maghrib, baca 2 ayat dari akhir surah alBaqarah
- 3 Qul 3x pada siang hari dan petang, sebelum tidur dan selepas solat fardhu
- Baca : La Haula Wala Quwwata Illa Billah sebanyak yang anda mampu*
- Baca : Bismillahillazi la Yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fi ssamai wahuwassami'ul alim 3x pada waktu pagi dan petang
- Baca : A'uzubikalimaatillahittaammaati min syarri ma khalaq 3x pagi dan petang
- Baca : Hasbiyallahu laa ilaaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arsyil 'azim 7x pagi dan petang
- Baca : La ilaha illallah wahdahu laa syariikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syaiin qadeer 10x pagi dan petang
- Baca : Astaghfirullahal 'azim allazi Laa ilaaha illa huwal hayyul Qayyum wa atuubu ilaih sebanyak yang mungkin.
-Dia tak sehat. Tapi dosa dia insya allah tak banyak._____________________________
*notakaki : baca ini untuk mereka yang dihidapi apa2 penyakit. Dengan izinNya akan disembuhkan. Nabi bersabda : "Barangsiapa yang membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah adalah ubat bagi 99 penyakit yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan" -rujuk di sini untuk penerangan lanjut perawi, kesahihan hadis dan sebagainya.

30 comments:
baca la doa utk aku yg sakit ni.moga2 aku sembuh and x perlu makan ubat utk seumur hidup
Lol.. ko bacalah sendiri. tapi aku pun akan doakan jugak buat ko. Insya allah cuba dulu amalkan apa yang tertulis kat belog aku tuh. ingat tak letih ke taip panjang2. hehehe
aslmkm wm wbt ustaz..dh dpt intrvw keje ke? kat mana tu? lg se,nk tny..pe hukum kalo org mengapal quran..pastu xpenah ngulng dsbbkn bz(kalo ulng pn jrg2 sgt)..last2 jd ingt2 lupe..
sy tny sbb ust bdk mhd dlu kn..kot2 la ad tau dr sumber mane2..
comelnya waseem....
geram btul..
dh pndi ye bdk kecik tu buat pelbagai ekspresi wajah...haha
anyway, shukran atas perkongsian ilmu!
wah.. machonya piture waseem..
:P
dlm byk2 entry...
saya paling suka yang ini...
content yang sgt bagus....
tq utk ilmu yg di kongsi....
Allah yubarik fik...
lotfi, terbelit2 la lidah aku nak baca doa2 tu...tapi aku akan cuba gak..harap2 menjadi hilang segala penyakit dlm diri aku ni..hehehe
entry macam2x ada. ilmu dan ilmu dan waseem.
monolograsya : tanya hukum? hukum taklifiah ada 5 kan? haram, makruh, sunat, mubah dan wajib. Betul kan? Jawapan paling tepat - haram lah. Dah hapal pastu tinggal pulak. Bagaimanapun, Allah tidak memberati hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak dapat laksanakan. Pasti boleh kita lalui. Penyelesaiannya, cuba ambil masa selepas solat mungkin utk ulangkaji Quran (hafal dan baca). Bukankah solat wajib 5 times sehari? Banyak waktu tuh. Sesibuk mana pun, cuba utk cari sedikit ruang agar kita mempunyai usaha ke arah mengingati alQuran yang telah dilupakan. Sekurang-kurangnya kita berterusan dalam usaha utk menghafal kembali perkara yang telah hilang. Aku pun sama gak tak ingat. Takleh slow2 hapal, hapal laju2. Lama2 dengan melaluinya anda akan dapat mengingati kembali Quran. Insya allah.
zyra : haha.. budak yang kecit banyak songeh. terima kasih kerana membaca.
putri : tenks
celoteh : terima kasih kerana sudi membaca
haidar : aku nak jawab camner ek? kalo biasa orang sebut baarakallahu fiik. aku jawb allahu yubaarik fiik. tapi hang dah jawab kat aku neh, aku kena sebut baarakallahu fiik kot noh?
marvic : cuba dulu. Biasalah mula2 mmg terbelit. satgi dah biasa, sambil main fb pon bleh baca. amin. smg hilang penyakit.
miss illya : hahaaha.. merapu banyak belog neh.
SATU
pasal tips fotografi tu semuanya sangatlah benar untuk as..orang laen tatau aa..
esp num 5..thanks, rasa bila baca nii rasa lg taknak give up. Heh.
DUA
gambar waseem yang part atas tu, number 3 macho habis. Hehe.
TIGA
ibu dan blogspot. benarlah sangat bahawa ibu 24jam die duk fikir pasal anak dia, anak2 dia, dalam 24 jam tah sekali ke dua je ingat kat ibu dia.
EMPAT
tak larat dah nak komen banyak2, dahla 1st time selama baca nih. Heh. thanks untuk ayat tulisan merah tu, sedang mencari2 penawar. Sukar, tapi tak mustahil.
May Allah preserves you and your family, here till jannah. ameen.
Waseem jangan duk main tepi tingkap kereta tuu.. Adei takut nengok nyer..
Satu entry banyak topic.. bagus-bagus, ada ilmu..
Selamat hari ibu..ha.ha
mak aih.. hukum tentang hafalan al-Quran... aku pun sama terkedu sekali.
waseem..
kenapa muka masang catunggg??
(3 gambar dr bawah)
comel lah dia nih..
kalau balik ganu kita wak date came2 ok.
ini lah request2 kita selama kenal ustaz.. doa2, do n donts.. etc..
tkasih bangat.. insyAllah, bole stat dah.. comeh wasseem
menerima kita seadanya.point well taken.wink~
as : tips nombor 7 tak ikut? itu lagi bagus.. hehehe. terima kasih kerana sudi mengambil manfaat.
linda : tutup mata.
bad : bukan stakat nko, aku pun terkedu jugak. hahahah
syahira : beres. waseem takdop masaloh nok dating. mari ambik ah.
fuzzy : alamak.. jgnlah cakp gitu. rasa dah jadi ostat plak.
miss awan biru : hahah.. bagus. pandai ambik point.
mr. waseem cool~
i like.
:p
adui, makin hari makin comei la si kecik ni..wuish geram2..picit pipi bley?..selamat hari ibu to all mothers! :)
mantop seyh! awak ade knl x ust azhar idrus?klu xknl cube taip kt youtube nama tu...byk kuliah dia...tapi hobi dia yg best ialah tgkap gmbar...gmbr yg dia amik..perh!! ding dong ah..boleh bikin terkezut klu 1st time tgk...ni ust ke ape...hahaha
ni web dia http://www.digitalmukmin.com/index.php
miss gaza : tenks -waseem
siti : ambiklah nak buat cekodok pon bleh.
bushra : lenkali awak pi tanya ustaz azhar, dia kenal tak kamitaken.. hehehe.. tima kasih. kenal lama ngan ustz azhar tuh.
wa guna kompak...hehe..
yang tu takpe, tak suruh pun akan buat :P
habit kan..wuhuu. Jadi nampaknya kena buat semua benda baik sbg habit..heh..
salam ust...entry bagus tapi ambe tak berape setuju dgn sambutan hari ibu.betul tuh knp tak sambut tiap2 minggu.
sambutan hari ibu bg ambe takde salahnya.ini kerana dia takde berkaitan dengan ibadah yang khusus atau membawak kepada haram.hari valentine(kekasih) adalah haram kerana membawa kepada maksiat.
menggembirakan hati ibu tu maksiat ke?
rasanya menggembirakan hati ibu adalah perkara wajib.
pahtu nak sambut hari ibu tiap2 minggu ke?
bile nama sambutan org dah faham ia jarang disambut kecuali sambutan hari jumaat:)
nak tanya ust,ust tiap2 minggu ke ucap selamat hari ibu mak,i love u so much???
ambe dokwak gitu,kecuali ambe doa je sokmo kalau call tapi bile ada sambutan hari yg khusus ambe tak segan2 nak ucap gitu dan dia cukup heppy tadi...
ambe mintak maaf kalau salah cakap.ambe ni jahil tak belajar tinggi mcm ust dok kat makah.
cuma kalau boleh 'fatwa'(ia setraf nas quran hadis ke'?)perlu temporari dan diperjelaskan.pengunjung blog ust ramai.ambe bingbang ust mempengaruhi org utk tak melakukan perkara yg baik walaupon ust tak niat gitu.tor cheh
hariz : kompak ko tu cantik giler. antara contoh yang selayaknya dijadikan pedoman. hehehe
as : yer.. selalu buat baik, tak rugi.
anony : sebelum saya menjawab persoalan ini, saya ingin nyatakan beberapa perkara :-
1. saya kurang gemar jika saya menyentuh perkara agama, saya dipanggil ustaz.
2. kalau boleh, gunakan nama yang selayaknya untuk mengomen. Paling bagus letak nama sebenar yang akan dipanggil di akhirat nanti. nickname pon boleh, mengomen dengan meletakkan link sekali laaagi bagus.
3. jangan bandingkan tempat saya mengaji ngan tempat orang lain mengaji. Berada di makkah bukan bermakna 'ghayah' atau kemuncak kepada kepandaian. Makkah hanyalah semata-mata tempat. Tempat dan ilmu adalah sesuatu yang berbeza.
4. sudah saya katakan bahawa pernyataan saya bukanlah fatwa. Sebarang komen amat digalakkan.
pertamanya terima kasih bebanyak kepada anony. Waser ambe kenal piyer nih. Dakpelah. Mengenai sambutan tu, amber dop katakan dokleh sambut lasung. Dalam kenyataang entri amber pong, ambe dop tulis pong amber kata ambe dop sambut cuma ambe tulis 'kurang menyambut'. Beza kang?
Pahtu, amber nyatakang slalu bahawa nok sambut bleh, tapi biarlah mematuhi syarak dan berpatutang. Ni amber pindah balik ayat amber tulis sining.
"...Jadinya, biarlah berpatutan dan mematuhi syarak dalam agama kita. Ni bukan fatwa. Jangan sat lagi ada orang duk ambik apa yang aku tulis ni buat fatwa sudahlah. Jangan begitu..."
pahni jangang segang2 plop nok ngomeng. tegur menegur sesama kita untuk mencapai keredhaan Ilahi molek sangat. Insya allah look forward utk mendengar apa2 lagi pendapat.
apa yang baik datang dari Allah apa yang buruk datang dari diri sendiri.
Waseem..awat cik duk buat muka lagu tu ha?Tau la teruja dapat duk kat tepi tingkap keta.Tangkap buat menantu baru tau!
-kim-
Maaf kerana mencelah.Saya rasa anonymous(10 Mei) kurang jelas dengan entry yg disampaikan oleh En.Lutfi tu.
Islam memang menggalakkan umatnya berkasih sayang akan tetapi bagi meluahkannya perlulah dengan saluran yang dibenarkan oleh syarak, bukannya yang mendorong atau merangsang kepada perayaan yang mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian(Valentine).
Mengenai hari ibu,saya tidak pernah menjumpai mana-mana fatwa mengenai hukum menyambutnya.Begitu juga hari bapa,hari kanak-kanak dan sebagainya. Terpulang kepada hak masing-masing untuk menilainya.Hari ibu bagi saya,bila-bila pun boleh.Bayangkan setiap saat,jam, berapa ramaikah wanita yang bergelar ibu di dunia ini setiap hari? Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Usaha untuk memupuk kasih sayang bukanlah ditetapkan pada hari tertentu sahaja, kerana cinta merupakan proses kasih sayang yang berterusan dan berpanjangan. Wallahua’lam.
-kim-
uishh sib baik tak terlepas entry nih....bule la jugak try kat diriku yg agak sakit skrg nih...huhuhuhuh
memang aku ngah sakit. haihhhh. mungkin akar umbi nye ngak betol.
haihh.
Post a Comment