Sigmund Freud (1856-1936) seorang tokoh psikologi barat menyimpulkan bahawa jiwa manusia terbina atas 3 komponen; id, ego dan superego. Id adalah kemahuan alamiah yang diwariskan sejak lahir, ego pula adalah naluri yang muncul kerana adanya keperluan untuk melakukan perhubungan-perhubungan dengan realiti objek manakala superego pula adalah perwujudan internal dari nilai-nilai luar yang ditangkap oleh jiwa.
Di dalam Islam, ajaran Freud adalah sejajar dengan definisi Aql, Nafs dan Qalb. Sekilas, tampak sama. Akan tetapi di dalam Islam setiap satu dari komponen yang dinyatakan adalah berdiri dengan sendiri dan tidak berupa penyatuan sepertimana yang diolahkan oleh Freud. Al Farabi (870 - 950) mempunyai konsep tersendiri tentang jiwa. Ia tidak sekadar berbicara tentang Aql, Nafs dan Qalb bahkan berbicara tentang definisi-definisi lain yang mampu mengembangkan pengetahuan kita tentang perhubungan Aql, Nafs dan Qalb.
Psikologi sebenarnya telah diguna pakai lama oleh orang-orang terdahulu dalam mengkaji ketamadunan jiwa, perasaan dan akal. 3 elemen penting ini adalah saling berkait dan tidak akan terpisah sama sekali. Cuma ia tidak bersatu dengan satu penyatuan bahkan terdiri dengan kepentingan masing-masing yang membantu antara satu sama lain. Saya tidak ingin menghurai panjang mengenai perkara di atas. Ia sudah pasti memperlahankan minda anda untuk bertindak dengan lebih pantas memahami isu-isu lain yang lebih panas dan menarik minat dari sekitar menumpukan perhatian terhadap artikel lemah ini.
Hari ini saya memasak nasi goreng ikan bilis buat kali yang keenam setelah kelima-lima percubaan saya yang sebelum ini gagal. Saya mendapat resepi daripada abg sufian, Jeddah. Resepinya amat mudah, gunakan minyak hasil gorengan ikan bilis untuk mendapatkan perasa yang sedap. Saya memasak bersama-sama waseem di dapur. Kerja dia, tumbuk bawang besar dan bawang putih menggunakan lesung batu. Sementara saya menggoreng ikan bilis dan menghancurkan nasi-nasi yang telah keras baru dikeluarkan dari peti ais.
Kami bertungkus-lumus memasak memandangkan hari ini mama waseem tidak sihat. Waseem mencampakkan bawang yang telah ditumbuknya tadi ke dalam kuali dan saya menggoreng nasi. Begitulah seterusnya sehingga nasi saya berjaya saya makan bersama-sama si kecil itu. Buat pertama kalinya, nasi saya telah habis saya makan bersama waseem. Dia pun tersenyum kegembiraan tanda kenyang.
Ketika menyuap waseem (dia boleh suap sendiri tapi banyak yang tumpah dari masuk ke dalam mulut sementelah nasi pun bukan banyak sangat yang saya goreng), saya mendapati dia sudah tidak mahu makan lagi. Kemungkinan kerana sibuk nak bermain atau sibuk nak menonton kartun. Saya sedikit kecewa. Nasi berkemungkinan ada lima kali lagi suapan akan habis. Lalu terlintas di fikiran saya apa yang telah nenek waseem iaitu emak saya ajarkan suatu ketika dahulu sewaktu saya masih lagi memakan hasil suapan emak saya. Beliau mengajarkan untuk saya membuat bukit-bukit kecil. Hasilnya, kami 2 beradik berlumba-lumba menghabiskan nasi yang berbaki banyak sebenarnya. Ada beza bukan? Jika emak tidak mengajarkan saya cara membuat nasi berbukit tersebut, sudah pasti saya pun tak ingin nak menelan nasi kerana akal saya telah meletakkan bahawa nasi itu terlalu banyak untuk saya habiskan. Ditambah lagi dengan pemerhatian melalui lens mata kecil saya yang melihat nasi itu begitu bertimbun!
Setelah tersenyum-senyum sendirian, saya pun cuba melakukan cara yang sama kepada waseem. Hasilnya, Wah! Habis nasi saya dimakan oleh waseem dengan penuh senyuman. Inilah apa yang dikatakan, psikologi adalah satu konsep yang sangat perlu dipakai oleh manusia. Anda juga boleh mencuba konsep ini kepada diri sendiri dan anak anda. Terima kasih emak kerana memberikan saya idea untuk 'menghabiskan' nasi goreng ikan bilis sedap saya itu.

10 comments:
Hmm~ Sedapkah.
Letely suka ambil gambar mata nampak? Hhahahaha
gambar nasi goreng tiadakah?
mata waseem menggambarkan betapa sedapnye nasik goreng bukit eh nasik goreng ikan bilis yg dimakannye kan?
betul, sesekali klu org laki msak, memng sedap, cume jgn slalu nnt jd xsedap dah..
lain ngn prm klu yg jenis msak sesekali mesti xsedap, klu yg slalu msak musti sedap..
msak..msak..
lawo gambo ngelah tu. memang berhantu!
Kena juga dulu 'bukit-bukit' tu. :)Ada juga solution lain, sorokkan nasi bawah pinggan, pinggan lain dan bawah lantai... hehe
Menarik pandangan tentang 3 komponen tentang jiwa dalam pandangan Islam. Biasanya ustaz-ustaz marah bila dinyatakan pandang tentang Freud. Dimana boleh saya rujuk tentang pandangan jiwa dalam Islam?
diarisenja : dari mata jatuh ke hati.
bluepalz ; ohh.. sama sekali tidak boleh ditayangkan. itu semua permintaan PERTOM (persatuan tomyam malaysia) kerana mereka mengugut akan membubarkan persatuan jika saya tayangkan gambar nasi goreng saya. hahaha
cik muya : benar. lelaki hanya boleh memasak sekali sekala. 2 kali dapat pahala, 3 kali memang cari bala.
hiz : ohohoho.. itu sewaktu aku meniarap nak ambik hingus dia. mekasih.
abg iskandar : sebenarnya tak salah kita mengemukakan pendapat tokoh2 psikologi barat. Kami sendiri pon belajar menggunakan teori barat. Pada pendapat saya, buku tulisan al farabi amat sesuai tentang pandangan jiwa manusia. Juga boleh dicari di dalam kitab ihya ulumuddin oleh imam al ghazali sementelah kami di sini walau menolak sufism dan tasawuf tetap mempelajari hasil karya imam alghazali.
sedapp ka nasi tu waseem??
aku suka gambar2 dlm post yang ni...simple tapi bring lots of meaning....
owh.
betol ke waseem?? betol ke??
Post a Comment