macam dalam majalah ek? - (puji diri sendiri)
baru-baru ni, kumpulan linkin park ada nak mintak waseem untuk jadi model sepenuh masa diorang. Tapi memandangkan nak kena selalu ikut diorang untuk shooting ke sana-ke sini, aku tak benarkan. Lagipun diorang bukan orang Islam.
cerita pertama :
mad cenok menelepon aku. memastikan aku tidak terlupa janji utk hari ini. Aku angkat tepon dengan berpura-pura bersuara segar padahal aku sedang syok tidor.
"Hello. Mung wat gapo
(hello. awak buat apa)
"Aku studylah neh. Banyok nok baco neh."
(saya membaca ini. Banyak sangat nak baca ini)
"ooh.. Moleklah. Jangey lupo maley neh. Keto sewo dop lagi?"
(oo. Baguslah. Jangan lupa malam ini. Kereta sudah disewa atau belum lagi)
"Star lagi aku sewo lah. Ni baru kul 4 petey."
(Sebentar nanti saya sewa lah. Ini baru pukul 4 petang)
"Ok. Baca mmolek. Jangey lupo ikhtibar maley neh."
(ok. Baca baik-baik. Jangan lupa peperiksaan malam ini)
"Beres!"
(baik)
"Assalamualaikum"
"wsalam."
klik...
..
... aku sambung tidor balik.
Tepat 6 petang aku bangun kembali. Perasaan malas menjalar di dalam diri. Namun aku gagahkan jua untuk bangun dari tidor.
Usai solat asar, aku bergegas ke tempat menyewa kereta, ambil toyota yaris 85 riyal sehari. Pecut dan singgah di rumah persatuan pelajar malaysia makkah. Meninjau rakan-rakan sebelum berangkat pulang untuk mandi-manda bersiap ke dewan peperiksaan.
..
7.50 pm
"Hello! Mung duk mano lagi? Lambat doh nih." Soal mad cenok rakus.
(hello! awak berada di mana lagi? Lambat sangat ini.)
"Ha.. Ttengoh jaleylah neh. Jaley zahmoh. Nanti aku sampai sakan, aku tepung ah mung."
(Ha.. berada di tengah jalan ini. Jalan sibuk. Nanti saya sampai di asrama, saya telefonlah awak.)
"Oke. Cepat sikit"
... aku baru keluar bilik air. Niat aku, jalan menuju ke bilik. Sibuk dengan kereta waseem dan alat permainannya.
8.30 pm
Kami baru sahaja selesai solat isyak berjemaah di surau universiti yang bertempat di Abidiyah. Abidiyah merupakan kampus utama untuk universiti Umm Al-Qura yang menempatkan beberapa kuliah seperti kuliah syariah, kuliah bahasa arab, kuliah kejuruteraan, kuliah kedoktoran, kuliah pengajian tinggi dan sebagainya lagi kuliah.
Masuk sini kena naik kereta akibat kawasan universiti yang terlampau besar dan luas.
Aku merasakan sedikit gusar dan tidak tenteram. Tangan aku menjadi semakin sejuk dan dingin. Mayat pun tak sejuk macam ni.
setengah jam lagi akan berlangsung ujian penilaian sekolah master (upsm) hehehehe. Pra master kot. atau diploma lanjutan. kerana untuk memasuki ujian master, haruslah lulus diploma lanjutan ini dahulu.
Aku paling kiri dan kanan, semua pelajar berserban, berjubah, berjanggut panjang. Pendek kata, semua orang alim kecuali aku, mad cenok dan atiq. Aku semakin tidak sedap hati. Panik usah dicerita sampaikan aku baca kitab 'mulakkhas fiqhi' dengan terbalik!
...
9.00 pm
masa yang dijanjikan telah tiba. Aku dan semua orang-orang alim stok mufti masuk dengan selamat ke dalam dewan peperiksaan. Kami diberi masa 2 jam untuk menjawab 4 soalan utama.
Orang di kiri kanan aku sudah siap ulang-ulang formula dan baca ayat ahkam untuk pelancaran sebelum menjawab peperiksaan. Seram sejuk aku melihat mereka. Aku?
Ulang hadis nabi yang pertama dalam hadis 40. Innamal a'amaalu binniyat... (sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat). Dah tu jer hadis yang aku hafal.
9.10 pm
aku tengok soalan. Ada hadis dan ayat quran. ayat quran - wal asr, innal insan... (anda boleh sambung tak?)
hadis - Innamal a'amaalu binniyat...
-kesimpulan, aku keluar dari dewan peperiksaan dengan bilangan yang ke-5 dari 400 orang pelajar yang menjawab peperiksaan.
Wallahu alam, aku tak tahu apa yang telah Allah rancangkan. Aku tak merancang apa-apa. Cuma dalam kepala nak pulang Malaysia, makan nasi lemak dan nasi dagang + teh tarik. Aku dah sangat rindukan Terengganu!! Aku rindukan mak, ayah, adik-adik dan keluarga aku. Aku rindukan orang Malaysia!
Doakan yang terbaik buatku. Doa itu satu usaha juga.
p/s : novel aku sudah 30% siap. aku katakan 30% sebab aku taip-taip, tengok muka surat sudah mencecah angka 30! kakakakakaka
p/s 2 : aku dah tambahkan link untuk borang permohonan ke Umm AlQura. Kepada sesiapa yang nak mintak masuk ke Umm Qura, pergi check link tuh. Ada segala maklumat berkenaan kemasukan ke Umm Qura. Takdak interview-interview. Senang. Link tersebut ada di tepi sebelah kanan belog ini. sekian.
Follow @USERNAME
17 comments:
boleh lulus la...dunno worry...
lawak giler post ni...part jalan penuh dgn kete mainan waseem...
lotpi mung balik ganu bila?
insyaallah pass... tapi novel gaya mana tu 100 muka surat? haha.
1.lotpi.. cepat2 lah siapkan novel. income senyap tu.. tau2 duit masuk dalam akaun hang nanti.
2. Gud Luck exam! aku teringat macamana aku tgh semayang kat bangi, pastu ada pakcik ni beria-ia nk belanja aku ngan kawan aku makan. sebab ntah macamana dia tahu aku belajar kat DQ dulu. haha.. aku amik nasik dagang. sedap wo...
3. hg pakai lens apa sekarang?
Wah! selamat kembali sahabat...
Tempat jatuh lagikan di kenang...
minat gak bab karang mengarang nie..
tapi.. kurang pro.. :-)
Sedap sajak hang tu, minta jer sesiapa pak arab kat sana tolong tolakkan hang mesti tergolek..haha
kata jer "pLease push me away.."
Selamat menjalani exam.. insya'allah lulus, satgi aku pergi tanya Sheikh utk bocorkan result awal..ke.ke.kee
marvic : hehehe.. agak2 nko dia ada nampak tak jawapan aku. Dari 400 orang, dia nak pilih 70 orang utk pelajar master.. huhuhuhu.
along : aku pong dop au agi. hahahaha.. tapi aku target sebelum bulan 7 arr.
kucinggorenggemuk : hahaha.. ni lah novel pertama 100 muka surat..hahahaha
bad : 1. ini duk usaha neh.
2. ini aku tak puas hati. pasal nasi dagang memang aku sangat jeles.
3. aku ada tamron yg dah jarang pakai 28-300mm, kit lens 18-55 n 50mm.
cindai : takper, mesti semua orang ada bakat. cuba dan selamat mencuba. saya pun masih lagi sedang belajar dan bertatih.. hehehe
linda : hang pi ejas cepat sket ngan syeikh. tak sabar aku nak balik msia nih.
insyaAllah success...huhu..
nanti balik kite pakat makang kepok lekor 007 marang ok...
psstt..nak kidnap pic yg 1st tu... =D
InsyaAllah lulus...
ada buat novel? mesti best...
Waseem terpilih jadi model? kalu kat Malaysia mesti ada peluang jadi model kanak2 nih...
ooo. gud luck untuk master. suker tengok gambar no 2 tu. matured sungguh waseem.ciri2x model
kanak2x ribena dah ada.
ustad,
best of luck utk master!
chaiyok!
novel ni nnt nk boh tajuk pa?
:p
gapo doh email demo?? kawe tok ata lagi buteran diri neh.
uhuhuu
kelas bahasa trengganu daaaa
ryani : beres.. bisa diatur..
mykidsstories ; taklah.. tipu jer. mana ada terpilih buat model .hahaha
miss ilya ;mmg ribena pon.
miss gaza 2 : ntahlah tak taw nak letak tajuk apa lagi. banyak lagi nak kena selesaikan.
iyda : email kawe kamitaken@gmail.com
nurleeta : ini bukan bahasa terengganu. ini bahasa patani + kelantan..hahahaha
khair insyallah..hidup kamitaken!wink~
kalau niat ikhlas, diorang akan ambik kau jugak..jgn risau la...
patani?..terer masak tomyam la..hensem betul mamat tolak keta itu..e, geram gilew
Post a Comment