
Ahmad bin As'ad....
Contoh ayat :
"Mung ni bayrok sokmo. Pah ceroh bayrok."
Bermaksud :
"Awak ni selalu buang air besar. Tak habis-habis buang air besar."
Pah ceroh adalah dialek terengganu yang bermaksud tak habis-habis. Pah ceroh kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan kemuncak sesuatu perbuatan yang tidak jemu dilakukan.
Contoh ayat :
"Mung ni bayrok sokmo. Pah ceroh bayrok."
Bermaksud :
"Awak ni selalu buang air besar. Tak habis-habis buang air besar."
Daripada contoh di atas, dapatlah anda fahami aplikasi penggunaan perkataan 'pah ceroh' yang memberi maksud tidak habis-habis. Saya menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan belog saya yang sentiasa menayangkan gambar waseem. Dari dulu, kini dan tak mungkin selamanya akan saya tayangkan gambar waseem kepada anda. Niat sebenar saya bukan untuk berbangga-bangga dengan anak saya yang saya sendiri tidak tahu lagi masa hadapannya. Kemungkinan menjadi anak yang soleh, kemungkinan menjadi sebaliknya (nauzubillah) minta dijauhkan dari Allah perkara tersebut. Cuma niat saya adalah untuk menghilangkan kerinduan kedua ibubapa saya yang berada jauh di Terengganu Darul Iman dan kedua mertua saya yang berada jauh di Kedah Darul Aman. Keluarga saya juga ingin melihat waseem kerana mereka sendiri sudah bosan melihat gambar saya. Lagipun dari kecil lagi mereka sudah melihat saya melalui semua perkara yang waseem lakukan pada hari ini. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mempamerkan waseem kepada keluarga saya agar mereka tidak berasa kehairanan melihat waseem apabila kami pulang ke Malaysia nanti. Selain daripada itu, saya juga ingin mengasah bakat saya agar dapat memotret gambar yang cantik dan terpuji buat latihan fotografi saya. Saya hanya mempunyai satu model ini sahaja yang senang di'handle' daripada beberapa model yang pernah saya sewa sebelum ini. Kesemuanya minta harga yang tinggi. Orang kampung saya cakap, terlalu 'demand'. Ada daripada sesetengah model itu yang minta saya masakkan nasi ayam. Ada juga yang meminta saya menolong membuat 'homework' mereka kerana mereka tidak sempat membuatnya menjelang hari persekolahan esok. Mana boleh! Letihlah saya. Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak menyewa model2 tersebut. Jika anda lihat pada gambar di atas, terdapat seorang model besar yang tidak tahu malu menaiki basikal seolah-olah dirinya adalah budak yang comel. Saya tidak kata apa-apa kerana itu adalah kehendaknya. Walaupun sebenarnya dia tahu tema kami hari ini adalah 'budak comel sebagai model menjana wawasan negara'. Biarlah dia. Biarkan dia merasai bahawa dia adalah sebaya dengan waseem dan boleh bergaduh dengan waseem berebutkan kereta mainan. Berbalik kepada konsep asal saya mengetengahkan waseem sebagai model, ianya adalah untuk masa hadapan waseem. Dia sendiri pasti akan melihat jika Insya allah dipanjangkan umur dan belogsepot in masih lagi wujud dalam jangka masa 34 tahun akan datang. Anda bayangkan umur waseem ketika itu adalah hampir 36 tahun. Dia pasti akan tersenyum sendirian membayangkan hasil kerja ayahnya yang tamat belajar di Universiti Umm AlQura Makkah. Dia juga boleh bercerita kepada anaknya yakni cucu saya tentang beberapa pengalaman dan ilmu yang diperolehinya hasil ingatan beliau ketika masih kecil dahulu. Anda bayangkan betapa senangnya nanti hati saya apabila waseem menyebut-nyebut kisah saya kepada anak cucunya. Saya? Berkemungkinan telah tiada waktu itu. Daripada perihal gambar juga, saya yakin waseem akan mengingati segala ajaran-ajaran yang telah saya terapkan kepada dia sewaktu kecil. Bukankah apabila kita mengamati sesebuah gambar yang mana kita sendiri ada di dalam gambar itu, menyebabkan nostalgia berputar dan mengaitkan ingatan kita kepada apa yang berlaku di sekitar gambar tersebut. Waseem sudah pasti ingat ajaran saya bahawa untuk melakukan 'bokeh' kita memerlukan bukaan cahaya yang besar. Kebiasaannya lens 50mm menawarkan bukaan sehingga f1.4 yang mana boleh menyebabkan background menjadi blur sekaligus menimbulkan bokeh yang cantik. Lens yang mempunyai tele zoom jika mempunyai bukaan yang besar juga boleh anda jadikan bokeh apabila subjek di zoom dengan jarak semaksima yang mungkin. Eh, ini adalah ajaran saya kepada waseem. Selain itu, waseem juga pasti akan mengingati ajaran-ajaran yang saya sampaikan di dalam belog ini. 'Bukan sekadar belog' betul. Banyak ajaran-ajaran yang saya sampaikan di dalam belog ini yang boleh diaplikasikan dan diguna-pakai oleh waseem apabila beliau besar kelak. Ajaran tentang agama juga rasanya beliau boleh ambil pakai. Walaupun sedikit, tapi itu sekurang-kurangnya boleh menimbulkan 'mood' untuk mendalami agama Islam ini. Melalui pembacaan belog yang 'bukan sekadar belog' ini juga akan memberikan waseem gambaran kehidupan awal ibu dan bapanya yang berkemungkinan besar telah tiada ketika beliau menghayati perihal belog ini. Waseem akan mengetahui susah dan senang kehidupan kami ketika berada di kota suci Makkah alMukarramah. Waseem akan mengenang kembali tempat-tempat yang pernah dijejakinya dan mengutip kembali sejarah yang tak mungkin akan berulang. Warisan inilah yang mendorong saya untuk mengambil gambar waseem sebanyak mungkin. Kepada anda yang membaca belog yang bukan sekadar belog ini, terima kasih didahulukan. Yer, saya tahu, di dalam kesetiaan anda membaca belog ini, terkeluar rasa mual dan jemu dalam penghayatan bukan? Kadang-kadang terbit rasa agak bosan dan bodoh membacanya bukan? Tak mengapa. Anda sendiri boleh menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Cuma pinta saya, janganlah ada dengki di antara kita. Janganlah buka belog ini sekadar untuk mengetahui apa cerita saya, najwa dan waseem untuk hari ini kita umpati. Untuk kita dengki dan untuk kita sama-sama doakan kejatuhannya. 'Please' ya.. Jangan lakukan itu untuk kesejahteraan umum kita. Oh! Perkongsian pendapat anda pasti akan waseem kenang nanti. Waseem, saya pasti dan 'confirm' akan membaca segala komen-komen yang ditinggalkan oleh anda. Jika beliau rajin 'macam saya', beliau akan menjejak segala mereka yang telah meninggalkan komen-komen dan menghubungi anda. Kerana apa? Kerana mungkin waseem amat merindui ibu dan ayahnya yang telah pulang ke rahmatullah (meninggal dunia). Hanyalah belog ini menjadi penghubung dan pengantara bagi beliau meneroka pengalaman dan perasaan saya ketika menulis artikel pada hari ini. Saya... (tak dapat meneruskan lagi penaipan akibat dari sebak yang melanda diri. Saya tak menangis kerana saya mengantuk ketika menaip artikel ringan ini.)
Saya..
. . . saya sayang waseem dan isteri saya najwa. Saya juga sayang kedua ibu bapa saya dan mertua saya. Saya sayang adik-adik saya yang membesar tanpa pengawasan saya di dalam hidup mereka. saya sayang waseem. eh, tadi sudah saya sebutkan bukan? Saya sayang anda yang rajin membaca belog dan artikel yang saya tuliskan ini. Ini bukan monolog. Ini luahan hati. Monolog tu apa ya? Macam belog juga ka?
Saya harapkan anda mendapat manfaat dari tulisan ringkas saya di sepanjang penceburan saya di dalam dunia belog ini.
-(baru lepas baca buku 'cerita saya' oleh Lim Goh Tong buat kali ketiga, lalu terkesan dengan penggunaan 'saya'.)
Saya..
. . . saya sayang waseem dan isteri saya najwa. Saya juga sayang kedua ibu bapa saya dan mertua saya. Saya sayang adik-adik saya yang membesar tanpa pengawasan saya di dalam hidup mereka. saya sayang waseem. eh, tadi sudah saya sebutkan bukan? Saya sayang anda yang rajin membaca belog dan artikel yang saya tuliskan ini. Ini bukan monolog. Ini luahan hati. Monolog tu apa ya? Macam belog juga ka?
Saya harapkan anda mendapat manfaat dari tulisan ringkas saya di sepanjang penceburan saya di dalam dunia belog ini.
-(baru lepas baca buku 'cerita saya' oleh Lim Goh Tong buat kali ketiga, lalu terkesan dengan penggunaan 'saya'.)


































20 comments:
x pernah jemu membaca blog ni sbb disebalik gambar2 yg menarik hati, terisi dgn nasihat2 & panduan secara x langsung....lutfi jgnla ssh ati..sorang x suka kat kita..seribu lg suka kat kita..okeh..hidup ganu!!
karangan yang bagus..tapi kalau cikgu yang cek pasti kena marah sbb xdok perenggan..berbolot wot..mungkin itulah yang paling sesuai..huhu. tapi content mantop bro.
Lutfi Pah Ceroh...
-kim-
semoga waseem sekeluarga bahagia sentiasa..amin..
khair..insyaallah..:)
Picture Waseem ketawa tu sangat comel.. dah pandai main basikal..
Letak lah berapa puluh ribu gambar Waseem pun, because a photo is worth a thousand words. ia akan menjadi kenangan bila dia dewasa nanti..model free kan anak sendiri..ha.ha
saya macam nak nangis
seyes,
sangat touching..
apapun,
mabruk atas penulisan yg manthopp!!
:]
~waseem bakal merindukan kedua mama dan babanya nnt tym baca blog nieh..
waseem cpt2 la blaja membace!!
sangat teharuuuu~
lutfi, aku gurau2 jer. janganla makan hati.
-penukaran dhamir mutakallim daripada aku kepada saya sangat sesuai dalam konteks belog hang nih (ke nk guna domir anta?) hurm.. sebabnya ini membuatkan hang lebih approachable dan susunan kata yg lebih berhikmah. aku suka!
mula2 baca boleh gelak2 lagi
esp tgk gambar pakcik naik basikal tak bleh bla
n baby ahmad. awh~ so masyaAllah :)
tapi bila sampai perenggan akhir2..
touché~
saya tergelak baca pasal budak tua perasan jadi budak comel..
pah ceroh saya baca artikel ni walaupun para guru tak berkenan sbb takdop perenggan
alaaaaa.. wasseem potong rambut ke?.. abis dia punyer curly wurly.. hukhuk.. xpaxpa, simpan lagi yek wasseem, nk msuk skolah bru potong hikhik (ajaran sesat)
aku rasa nak nanggis je bila baca post kali ni..tetiba je teringat apa akan jadi pada blog aku kalau aku dah xder nanti...anak2 aku nanti nak ke continue blog aku or blog ni ditingalkan mcm tu je...harap2 diorang akan continue blog ni and harapan yg sama untuk blog anda semua...ni je la kot warisan yg kita mampu tinggalkan untuk anak cucu kita nanti
tak pernah boring sejak jumpa blog ni gara2 mencari di mana letaknya shishah, klu masih ingt, akak prnh tanya kat shoutbox n mnta izin link.. keep it up!
comel sungguh pakcik naik basikal budak..kahkahkah..
bakpe karangan tak dok perenggan..
ryani,along, kim,missawanbiru, linda, ashiena, miss gaza, bibot,bad, kaamyl,mykidstories, fuzzy, marvic, luvly amira dan pinatbate... terima kasih kerana sudi meng'share' perasaan masing2. Itu adalah luahan hati apabila menaip sambil menatap anak di tepi. Serius. Hati lelaki yang keras ini boleh tersentuh. Cuma takkan nak bagitahu kat sini saya menangis. Diam-diam sudahlah.. Terima kasih kembali pada anda semua. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat anda semua. -salam hormat.
xpnah juga jemu tgk gmba waseem dgn plbagai aksi
bdk kecik yg masih suci mmg srunuk ditatap lama2 x kan bosan ;)
untung waseem ada bapak yg suka shoot gmba..bertuah betul!
feh..lama tak nampak entry sepanjang ini. memang kali ni panjang..
Post a Comment