Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Friday, June 12, 2009

bbolok


osman

najwan

Dahlah, Makkah.

Dahlah, Makkah 2.


rashid, faris, najwan, osman. - Tranzit cafe, Makkah.

asnawi dan kaabah. Safwah Tower, Makkah.


sapa tahu apa makna bbolok?

...

fuh. 20 kali try log in, baru boleh. Cubaan..

Result pra master macam biasa. Masih tidak keluar. Toksah duk tanyalah aku pasal bila aku balik dan apa result periksa. Malas dah nak jawab. Letih.

...

Dalam 3,4 hari ni asyik main ulang-alik jeddah jer. Tak jauh pon jeddah -makkah dalam 70km lebih2 jer. Malas nak celoteh apa2. Takdak isu. Korang pergi baca belog orang lainlah. Banyak lagi masalah umat kat belog depa. Berfotografi pun rasanya maalas sangat. Malas itu indah. Bukankah?

Ditakdirkan aku rajin, aku letaklah gambar2 candid sekitar masjid baru2 ini. Ramai betul jemaah Malaysia, rasa macam duduk malaysia pulak. Muda-muda pulak tuh. Masya allah. Saudara dan kawan2 pon ramai yang datang. Tak menang tangan rasanya. Kenalan2 belog pon ada jugak. Seronot dan rasa macam artis pon ada. hahahahaa.

Buat rakan2 yang sedang dilanda vairus peperiksaan. Selamat berkepit dengan buku dan kitab. Rajin2lah membaca. Masa aku sekolah rendah Tengku Bariah, Kuala Terengganu dulu, dekat dinding menghala ke kantin sekolah ada terpampang perkataan 'membaca jambatan ilmu'. Pastu ada lukisan jambatan dan pokok2 sikit. Bermaknanya membaca itu adalah wasilah utk mendapatkan ilmu. Tapi kalau main hentam membaca di malam peperiksaan, macam biasalah, esok mesti rasa puas hati kalau tak dapat jawab dalam peperiksaan. Macam aku. hahahaha.

10 comments:

ekramhakim~ said...

serabut!

Mrs.FHM said...

bbolok tu comot.....

h a r i z, H said...

bbolok=ustat lotpi.

jangan marah, nanti kena jual. ke guane?

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ekram = 10 markah.

kak naa = hampir tepat. 5 markah.

hariz = kena buang universiti.

eBn_sEe_BaR_uWaiShZ said...

rumah yang ada byk2 blok....atau blok lego wasemm main...hoho ~~~

kucingorengemok said...

malas itu nikmat. kalau sllu rajin je, lama2 penat!

iYda Juhar said...

best juge sekali sekala bermalas-malas depan tv.

:P

Marvic said...

serabut2 waseem pon ...dia tetap cute dimata aku..kekeke

cikgu zainab said...

bbolok? bbolok wotk! ke guane eje dak reti stabok. bbolok = serabut; kelam kabut; comot; dan seangkatan dgnnya...heh3

Wardatulhamra said...

bolok = keserabutan yang teramat..

'Bolok wok sekali'
Betul ke?
Eheh~


ShoutMix chat widget