pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, June 14, 2009

Bingung

Dia ini aku rasakan sudah cukup aku latih untuk menjadi ayah yang penyayang. Tunggu apa lagi? Kahwin jerlah.

Kecik-kecik tak boleh main, bila besar, bawak anak buat alasan nak main. Trick lama.

nasi salik. Resepi? nantilah korang tanya sendiri najwa. Aku pun tak tahu.


B.i.n.g.u.n.g. Adalah pernyataan yang tepat untuk menggambarkan suasana kami pada ketika ini. Ibarat bergantung tidak bertali. Tapi tak jatuh. Keputusan peperiksaan masih lagi tidak keluar. Susah juga nak pilih orang untuk program master ni yer? Kalau aku tahu susah-susah macam ni, baik aku apply PhD terus. Senang.

Menghitung hari untuk pulang hanya berbaki 11 hari sahaja lagi! Ya, 11 hari. Time tu lah nak buat visa re-entry, time tu lah nak kemaskan saki-baki barang yang perlu di bawa balik terus atau tinggalkan di sini. time tu lah nak siapkan segala2 perkara. Tiket sudah dibeli dan dikonpemkan tarikhnya pada 25 jun. Aku sudah sangat bingung sekarang ini. Hidup seolah-olahnya tiada pedoman. Berlayar tenang menuju ke penghujung lautan.

Nak menaip pon sudah kadang2 tidak ada mood. Idea langsung tidak datang. Berfotografi? Adalah kadang2 ambik 2,3 keping gambar. Sudah tidak segalak dulu. Kami hanya bertandang ke Baitullah mengharapkan doa dan tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa. Balik dari Masjid, singgah di Felda D'saji pekena teh 2,3 cawan. Teh dia macam sudah berada di Malaysia! Fuh. Aku pun sudah jarang2 bukak belog orang lain, menonton komen atau membaca isu semasa. Fikiran sangat kosong dan sepi.

...

Berbicara mengenai fotografi, aku terfikir aku meminati bidang photojournalism lebih daripada wedding photography dan seangkatan dengannya yang mengenakan bayaran kepada pelanggan. Susah sebenarnya nak handle pelanggan. Lebih2 lagi nak suruh pelanggan posing macam gini, posing macam gitu. Idea tak ada, pemalu dan pengalaman langsung tak pernah wujud. Otak pulak tak kreatif sangat. Setakat ambik gambar waseem jadi model, semua orang boleh. Berbeza dengan Fotojurnalisma yang mementingkan penceritaan di dalam gambar. Aku minat. Lagipun tak cantik tak apa, yang penting ada mesej tertentu. (info dari pak ngah)

kanak-kanak pakistan yang menjadi jurujual menggalas pakaian berkelana di sekitar Makkah mencari pelanggan.


"wara'a kullu soorah, hikaayah"

di belakang setiap gambar ada ceritanya.

Itu perkataan yang aku ujarkan kepada Dr. Basim Qadi, salah seorang anggota research institute Maahad Khadimul Haramain. Dia mengangguk dan hasilnya gambar aku semasa haji baru2 ini telah ditayangkan di Maahad Khadimul Haramain semasa presentation di hadapan Mudir Universiti dan Mudir Maahad itu sendiri. Bangga? toksah dok ceritalah perasaan itu. Aku ingat gajah pon senang-senang jer masuk lubang hidung aku time tuh.

Namun, untuk mengambil bidang photojournalism ini, aku rasa tak perlulah tukar bidang yang sedang aku ceburi sekarang ini dan memasuki bidang fotojurnalisma semata-mata untuk mendalami ilmu fotojurnalisma. Cukuplah ianya sebagai sampingan sahaja. Aku sangat-sangat mendambakan ilmu bahasa arab dan ilmu agama ini. Aku sedar yang aku langsung tak tahu apa-apa pasalnya. Aku lebih senang mendalami ilmu lughah, feqah, hadis, sirah, quran dan seangkatan dengannya demi perjuangan aku yang minimum di dalam agama Allah. Perkara lain adalah sampingan.

Kerana itu jua, aku gagahkan diri untuk menyambung lagi di sini. Maksud aku menyambung pengajian di Umm AlQura. Ilmu yang didapati di sekitarnya tidak dapat ditakluki hanya dengan nombor 6. Enam tahun berada di Makkah masih tidak mencukupi buat diri aku. Orang lain mungkin sudah menguasai pelbagai perkara. Tapi itu orang lain. Ejaan 'orang lain' dan 'aku' itu sendiri sudah berbeza, apatah lagi mendefinisikan perkataan dan terjemahannya.

Akhir kata, tunjukkanlah kami ya Allah, jalan yang telah Engkau permudahkan. Anda doakan kemudahan orang lain, anda juga turut mendapatnya. Ameen.

23 comments:

احمد نظيف بن اسحاق said...

aku stuju nawi kena kawen cepat..
kekeke..

ibnurosly said...

Salam,
Semuga dipermudahkan urusan.

sekian

tukangkebun said...

slm..khair insyallah...(^_^)

cikgu zainab said...

Salam Lutfi,
Insya Allah..mama doakan semoga Lutfi dapat seperti yang dihajati.
Ya Allah..permudahkan urusan budak ini.
(budak = sebab pangkat anak dgn mama ni..he3)

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ajib : hehehe.. takut. hehehe

ibnurosly : amin. terima kasih

tukang kebun : amin .. insya allah khair.

mama : amin ya Allah. terima kasih mama. tak kesahlah mama nak panggil saya bayi pon takpa. hehehe

kucingorengemok said...

biasanya kalau kena tunggu lama sikit, jwpn yg ditunggu adalah best :)

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kucingorengemok : harap2nya begitulah.. insya allah.. rasa macam dah malas nk tunggu. berjaya ke tidak ker, lantaklah. asal dapat keputusan cepat. hehehe

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kucingorengemok : harap2nya begitulah.. insya allah.. rasa macam dah malas nk tunggu. berjaya ke tidak ker, lantaklah. asal dapat keputusan cepat. hehehe

mujahid001 said...

"Di atas awan yang tinggi.. ada awan yang lebih tinggi daripadanya..."

amacam..? ada paham..?

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

mujahid : kenal dan tahu sangat. ayat dari komik dewata raya kot kalo tak silap. hehehe

AQRABian said...

salam
saya tak kenal pon encik lotfi, tapi saya mmg ske tengok photos yg anda amek. memang you have an eye for meaningful captures. boleh keje ngan National Geographic heheh. Selamat berjaya

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

AQRABian : terima kasih. saya pon tak kenal awak. kalo boleh berkenaln, kita berkenalanlah. kalo tak boleh, no hal. err.. national geographic ada tak terima kalo kita tulis caption pakai bahasa terengganu? hehehe

badruddin said...

lutfi.. aku pun sama macam hang la.. leceh la buat wedding. kalo orang yg kita kenal tu, lainla. tp kalo dah xde duit sangat, sambar je kerja wedding ke, jd DJ kenduri kawin ke.. ape2 jer.. hehe..

Marvic said...

lotfi, aku pon doakan ko dpt jawapan tu secepat yg mungkin..so that ko boleh berfotography balik mcm dulu..seriously, u hv the talent as a photojournalist..x salah kalau keje diluar bidang yg ko belajar..kalau dah rezeki nak buat mcm maner kan.. :)

pasal nak suruh nawi kawen cepat tu pon aku setuju gak..kekeke

..::بشرى::.. said...

cam tapi plak nasik tu

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

bad : ko dah pernah buat ke wedding? mesti ngeri kan? hahha

marvic : terima kasih marvic. insya allah jika dah dapat jawapan, aku akan berfotografi macam dulu.

bushra : hehe.. macam tapai dan bubur.

mujahid001 said...

sedap aa nasik salik...

syahiddmilikku said...

walau apa pun yang ko buat, aku tetap sokong ko..sebab ko aje yang tau apa yang terbaik untuk diri sendiri..

p/s: balik mesia dulu la beb..eheh..pastuh, baru balik mekah semula..kesian org mesia..

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

mujahid : alohlah.. sedap sangat.. (ayat depan bini)

syahid : yeah. aku setuju tuh. mmg nak balik msia weh.. aku pon rindu kat msia nih.

AmieMunick said...

wah..mengiurkan tgk nasi tu...ngidam tiba2

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

amie : wah.. mengidam? ada tanda nih. hehehe

Anonymous said...

wahh sedap nye nasi tuu...lame da xmkn..gudluck 4 ur rslt..hoping 4 da best..insyaAllah

Tini said...

saya terliur tengok nasi salik tu...saya tak pernah jumpa kat Qatar ni. Nampak gaya Najwa kena buat satu blog masakan makanan arab. Saya nak jadi pengunjung setia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...