Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Friday, June 5, 2009

high speed photography

Pulang dari solat jumaat, kebiasaannya akan ada orang arab yaman yang meniaga di tepi2 masjid. Aku berjalan pulang sambil memerhatikan si penjual yang melaungkan dengan kuat :

"MOouzz! MOuuzz!"

"Karezz! Karezzz!"

"Hab-hab! Hab-hab!!"

"Khouh! Khouh!"

"Yallah, Ta'al Shouff!!"

* mouz - pisang
karez - cherry
hab2 - tembikai @ timun cina
khouh - peach
yallah, ta'al shouff - jom, mari tengok

Oh! Depa ni jual buah2. Padahal setiap kali aku solat mesjid ni mesti aku tahu yang depa ni jual buah-buahan. Tapi kadang ada juga pertukaran musim depa jual epal, limau, daun mint, sayur-sayuran segar, tomato, daun kari, kerengga dan sebagainya lagi. Aku berjalan pergi . . .

Aku pusing balik. Tanya harga buah cherry tu sebakul berapa? 10 riyal. Jawab arab yaman tuh. Aku hulur sekeping duit 10 riyal dan berlalu pergi dengan gembira mendapat sebakul buah cherry yang taklah sangat manis cuma sedap-sedap mulut mengunyah sambil berjalan pulang.

Engkorang tahu apa yang aku pikirkan dengan buah ni? Tunggu selepas selesai aku upload dulu.



nah, tengok. Sebakul ni 10 riyal. Mahal ker?

Mak aih, lajunya komen. Korang tak tidor ke? hahaha. Ni tukarannya. 10 riyal saudi bersamaan RM 9.32.

. . .

Bini aku tepon. Order air. Dia kat bilik sebelah. Boleh tahan!~


. . .

Inilah yang dinamakan high speed photography. Priority terletak pada Shutter speed (exposure). Tapi kalau salah aku sebut nama dia, janganlah marah. Diam-diam sudahlah.

Sebelum gambar terjadi di dalam sebuah kamera, anda perlu membayangkan bagaimanakah gambaran yang bakal anda hasilkan. Untuk mendapat gambaran dan khayalan, anda perlu banyak membaca. Itulah yang membezakan orang cerdik dan sebaliknya. Banyak membaca banyaklah pengetahuan. Banyak pengetahuan, tahulah bagaimana nak berkhayal seperti yang aku suruh.


Mungkin gambar aku belum sempurna sepenuhnya, tapi aku puas hati.

"Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca i luv u!" Eh, tak kena ke pantun tuh?

putih dan merah. Kena kan? Macam baju aku time kanak2 dulu.

antara yang terbaik pernah aku hasilkan. Amacam asnawi? Cakap saja tak guna. Pereksa Quran esok lambat lagi.



Behind the scene :

exif data :

ISO : 250
exposure : 1/40000
f number : f11
wb : K 4950
focal length : 50mm


nasib baik tak keluarkan kamera dia. Fuh.

17 comments:

Fez said...

kat jordan sekarang pon 2dinar lebih kurang harganya...

Marvic said...

no komen sbb x pernah beli buah cherry..apatah lagi tahu tentang tukaran wang asing..kekeke

Marvic said...

kalau sayang dgn bini...buatkan aje air yg diorder tu..jadi la suami mithali...kekekeke

najwa abdullah said...

nice..nice...

nak try jugop tapi kat umh tadop buoh ceri.buoh kaler meroh,buoh epal je la.besor..heh,kene gi carik jugok nih...

asma Qadah said...

OMG you remind me again with all that old days!

great photo :)
and your sun is really helpful one :P

PINATBATE said...

superb!
sampai pecah gelas tu jadi bahan eksperimen..

pu3 balqis said...

sgt cantik gambaq...
huhu.. cutenya tgk waseem tgh fokus kat cherry tuh..

habis siyes la muka..
;)

miss GAZA said...

mmg puas hatila tngok gamba2 ni..
=)

iYda Juhar said...

betul tuh. sokong!!

kena ade imaginasi mcm ne nak gambar tuh jadi gambar. tapi kalu kat tempat mesti aku jadi kelam kabut. haihhh.

mcm ne nak jd pro nih?????

btw,gambor waseem pegang cherry tuh santek.

Anonymous said...

cantekkk...
pas nie kena beli cherry gaks le...

Dida... said...

kelass... kelasss...

gambar dah buleh jual buat poskad...

Fazzy said...

gamba buah cherry yg 1st tu cun!!

cikgu zainab said...

Alamak! cantiknya gambar2 tu..keje org2 pro..

mujahid001 said...

perghh...
kagumnyer...

kalau takde gambar waseem main cherry tu... memang dah sangka buruk amik gambar kat blog orang lain..

kucingorengemok said...

oh waseem ke special helper? ingatkan najwa... awak tak gi buatkan dia air kot, tu yg dia takmo tolong, hihi :)

h a r i z, H said...

terBAEKK bro. memang mantap.

tapi gak, aku pelik, mung wat gambo lawo2, orang puji waseem gok lagi. ish. doh la mu letak gambar mung mase keciq. tapi, takdok gok orang puji mung. meh aku puji, olohhh, comeynyo ustat lotpi.

My Kids Stories said...

cantiknya gambar, murah cheery kat sana, kitekan berjiran nape sini mahal giler...


ShoutMix chat widget