ini semua kat atas adalah gambar Abdul bari bin fawaz yang baru diperanakkan 3 minggu yang lalu. Dia ada datang ziarah waseem semalam. Comel dan sangat kiut!~ Dia juga seorang yang pendiam sebab ummi dia cakap, sepanjang perjalanan dari Madinah ke Makkah, dia hanya diam dan tidor sahaja. Memang orang Madinah ini diam-diamlah sikapnya. Tapi tak macam bapak dia. Ada sedikit kontra. Kakakakaka..
Semalam punya cerita, kami ke Masjidilharam lagi. Najwa buat umrah. Aku kena jaga si kecik ini. Sikap waseem sudah berubah semenjak dua menjak ini. Dia semakin agresif. Sudah tidak pendiam seperti dulu. Baru 2 hari kami sedar sikapnya itu. Mungkin sebab dia dikelilingi oleh baby2 kecil menyebabkan dia terasa dirinya sudah dewasa. Bermula dengan baby Amer, anak ust Radhi n Kak Sal, bertemu baby Ahmad, anak A'sad dan Yusra serta akhir sekali bertemu dengan Abdul Bari anak Fawaz dan dr. Izzah. Terus menjadi lasak dan tak 'makan saman' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud tak dengar cakap).
Semalam juga waseem tolong abg Bangladesh di dalam masjidilharam menggulung karpet getah laluan pejalan kaki yang merentang antara pintu Malik Abd Aziz dan Pintu Ajyad. 2 karpet terus dia gulung. Semua orang berhenti dan gelak-gelak tengok waseem. Aku duduk jauh-jauh jer perhati. Segan pun ada, bangga pun ada, malu pun ada. Semua ada. Serius ramai orang kerumun tengok budak kecik ni gulung karpet. Last sekali, dia berhenti sebab lenguh gulung karpet dengan tangan. hehehe. Arab ada 2,3 orang yang tepuk tangan. Awek Turkey dah cubit2 pipi dia. Cis. Jeles betul aku. Kalau aku gulung karpet macam waseem tu, agak2 ada tak awek arab ke melayu ke nak cubit pipi aku ha?
Semalam juga waseem dapat salam dengan imam masjidilharam yang selalu masuk melalui pintu Ajyad. Aku tak tahu apa nama imam tu. Nanti aku siasat apa nama dia. Baru salam dengan imam dah rasa bangga. Apa lah waseem nih. Siap cium tangan imam.
Kemudian sekali, kami menuju ke rumah Ust. Mad Mahmud, yang terletak di Ajyad Musofi. Beliau ada buat sedikit jamuan makan utk meraikan kepulangan ust. Radhi dan Kak Sal ke Malaysia. Letih kami mendaki bukit terubat apabila melahap kari ikan, ketam goreng, udang, daging goreng dan ayam. Lengkap. Fuh. Kenyang jer, turun dan balik rumah terus tidur.
Alhamdulillah. Pulang ke Malaysia? Apa tuh? Sejenis kuih baru ker? Sedap tak?

10 comments:
MashaAllah comei nye beby...org Madinah diam2 ke...hehe Sarah jer yang bising....
Waseem dah jadi agresif? hurmm mungkin sebab asyik jumpa beby lelaki kena jumpa awek cam sarah lah pulak...insyaAllah nanti kiter jumpa eh waseem tunggu daddy sarah kureng bz....
adoi..buat-buat tak ingat nak balik Mesia ker pulokk..
kahkahkah..gamba abam bangla eh waseem gulung kapet tade ke??
50mm eh lutfi ?
x sabo nk dpt kamera baru nih ...
hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
lebih baik berhujan batu
tp sebelum tuh bawak le balik 2-3 ketul emas dulu
haha
smoge dia jadi insan hebat satu hari nanti
akan ada la sorang yg akan cubit pipi ko....sapa lagi kalau bukan najwa...wakakakakaka....
bukan. bukan kueh raye. tapi semacam dengan "jeput pise".
hahah
waseem mmg buah. ade ke time die duk senyap?
waseem mmg buah. ade ke time die duk senyap?
BABUL UMMAR ABD. AZIZ...Seingat ana hampir 10 kali ana pusing dengan Muhammad Firdaus Azmi untuk cari selipar kat situ....haaaaaa sesat di hari pertama sampai Mekah...Last-last jumpa ketika waktu hampir subuh. Habis Sai'e sekitar 3.30(waktu tempatan) Kira penatlah juga mencari pintu keluar yang tiba-tiba menghilangkan diri. Subhanallah...terlalu banyak HIKMAH...(dalam hati kecil, bila boleh datang lagi?)
Post a Comment