tahu apa makna isti'jal @ isti3jal ? isti'jal memberi maksud gopoh. gelojoh. nak cepat. gaduh (bahasa terengganu 101 yang memberi makna gopoh). nok derah (lagi bahasa terengganu 101 yang memberi maksud ingin cepat) dan sewaktu dengannya.
Setiap perkara yang kita lakukan perlulah dilakukan dengan tenang dan jangan kelam kabut. Juga jangan terlalu gopoh dan terlalu cepat untuk mencapai matlamat atau destinasi.
PC yang aku gunakan ini mungkin merupakan hari terakhir akan berada denganku di sini. Dia akan pulang bersama si Rashid ke Malaysia memandangkan PC ni pun bukan aku yang punya. Jadinya rasa tidak manis aku selalu nak updet jika tidak ada PC lain di sisi. Mungkin aku lebih tumpukan banyak masa terhadap perkara2 lain dari mengupdet gambar dan belog. Harap maklum dan jangan bersikap isti3jal yer. Ah! Perubahan drastik juga boleh termasuk di dalam makna bagi perkataan tersebut.
Baru2 ini pun, aku membuat perkara itu. Terlalu gopoh dan terlalu cepat membuat penilaian. Terima kasih di atas doa dan pengharapan yang kalian berikan kepadaku. Allah itu Maha Pendengar. Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Terima kasih kerana sudi membaca coretan usang di bawah2 ini. Kata-kata anda amat bermakna buat aku selaku penulis coretan2 di bawah. Aku percaya, keajaiban sentiasa menyelubungi kita walau di mana kita berada. Salam hormat dari saya kerana waseem sudah bangun.
-Boleh menonton 'Shaun The Sheep' lagi selepas ini. (paham ka?)
Big Apple
1 hour ago



8 comments:
aku paham ...lol
:D
Ehh aku tak paham la Marvic.. hehee
hang tak da PC lain ka nak up-date blog?
Rezeki ada di mana-mana..sambung jer Master tu kat local University..
oh next update dari msia kah? selamat balik :)
ni yang best ni da nak balekk.
nak tengok aksi poyo waseem kat melesia pulak!
=p
er,
kutak fahamla yg bawah tu..
apekah?
civram : anda sangat cekap dalam memahami.
adnil : belajar dgn marvic :p , tetiba plak pc itu tak jadi balik. tak lepas kat epot. jadi boleh apdet lagi
komegnerognicuk : insya allah akan selalu ada apdet dun wori
azagssim : hehehe.. cuba cari cerita itu dan tontoni ia. pastu mungkin boleh paham maksud tersirat.. dalam sangat kaa?
tima kasih sbb dah puji aku cekap..semmgnya aku dah lama nak ckp yg aku ni mmg cekap, tepat n mesra
(rasanya tagline aku ni terbalik la..lantak la.. :p)
jgn myepi da la bila blk mesia...rindu kt waseem nti..;)
Salam kenal.
3agalah tu maksudnya sama macam isti3jal juga kan? Walaupun orang Mesir hanya selalu sebut musta3gil, ada juga kedengaran mereka menyebut 3agalah. La, patutlah 3agalah tu basikal.
3agilah yang sama maksud dengan musta3gil tu, bukan 3agalah. Silap pula.
Pelik! Macamana blog Abqori itu boleh dikunjungi orang melalui blog ini.
P/S : Orang Mesir sebut ج jadi G. Tak serupa dengan orang Mekah yang sebut ق jadi G.
Post a Comment