pekerja2 masjidilharam sedang membersihkan lantai marmar di kawasan luar masjid. Mula bekerja seawal 6.30 am.
dedikasi buat makcik fazzy. sebab dia sayang kucing. Sapa lagi suka kucing? sila ambil gambar neh. Mana nak dapat gambar kucing arab pakai contact lens?
hotel hilton, zam2 tower dan peti simpanan barang berharga SR5 untuk 5 jam. Kalo hilang token, bayar denda SR50.
aku tahu, tokey nikon corporation pasti bangga aku tayang brand dia kat sini. Buat malu2 pulak nak komen gambar aku neh.
aku sedang syok layan ambik2 gambar tengok via viewfinder, tiba2 pakcik ni buat cakk!!! tak terkejut kita?
kenapa matahari kat Makkah ni tak melahirkan lens flare ha? aku rasa sebab awan tak banyak kot. -tanya soalan jawab sendiri.
nih, muka ambil gambar pukul 3.40 pagi.kami bangun pada pukul 6.00 petang. setelah tertidor dari pukul 1 tengahari. Tak lama kan? sekejap sahaja. Setelah kebosanan berada di rumah yang selalu mak aku sebut "macam kapal pecah", lalu kami bertekad untuk ke masjidilharam pada waktu selepas subuh. Agak2 dalam pukul 5.34 pagi, kami keluar dari rumah menuju ke masjid.
Suasana pagi sangat indah seperti yang pernah aku nyatakan sebelum2 ini. Dengan udara yang segar, manusia pelbagai, polis menguap, burung berterbangan, murid-murid ke Maahad Haram (institut pengajian dalam masjidilharam) dan tak kurang cahaya matahari yang sangat sihat.
Pada waktu pagi, orang mulai sibuk dengan urusan masing2. Ada yang baru masuk bekerja. Ada yang baru ingin bersarapan, dan tak kurang yang masih tergolek tidur di atas lantai luar masjidilharam.
Cuaca tidak berapa panas, sekitar 26C aku kira. Sangat mendamaikan. Aku mendail nombor pakngah. Berkira-kira nak ajak sarapan pagi di KUDU. Berdekatan hotel grand continental. Bukan dalam hotel. Kat bawah. Mak Ngah angkat telefon sembang bagitahu diorang nak ke Tanaim untuk menunaikan umrah dalam pukul 6.30 am nanti. Oke. Kami meneruskan perjalanan kami ke KUDU yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari pandangan.
Memesan pesanan biasa kalau aku ke KUDU, telur dan daging goreng beserta roti bakar. Kami makan2 di luar masjidil haram sambil memerhatikan manusia yang lalu lalang. Masing2 dengan hal masing2. Kedapatan juga jemaah malaysia yang singgah memerhatikan kami sedang enak meratah makanan pagi.
Sejurus kemudian, kami memasuki masjid selepas menyimpan beg kamera di sundooq amaanah (luggage locker) yang berharga seperti tertera di bawah gambar di atas.
Waseem kena tahan di hadapan pintu utama Malik Abdul Aziz (gate 1) kerana membawa kereta hummer ke dalam masjid. Tapi jaga tu hanyalah bergurau dengan waseem. Mujur waseem tak marah dia. (masih dalam mood seronok).
Lautan manusia seperti biasa memenuhi masjid dengan pelbagai ragam dan niat. Ada yang memasukinya kerana bekerja, ada yang kerana ingin menunaikan umrah, ada yang ingin tawaf, ada yang ingin berjalan-jalan melihat pemandangan dan sebagainya lagi.
Kami pantas menelusuri anak tangga menuju ke medan tawaf.
Usai tawaf, kami berlindung dari panas matahari pagi di kawasan multazam. Waseem tak henti2 mengejar hamaamah (burung merpati) yang berkeliaran di kawasan lapang matof (tempat tawaf). Waktu pagi, pekerja akan mengalihkan karpet2 merah di sekitar matof untuk pembersihan dan kerja2 cuci lantai.
Sejurus kemudian, aku mencadangkan kepada waseem untuk cuba mencium hajaratul aswad (batu hitam yang asalnya lebih putih dari susu diturunkan dari syurga oleh Jibrail dan dihitamkan oleh dosa-dosa bani adam, diletakkan di penjuru Kaabah antara multazam dan rukun yamani).
Waseem angkat tangan tanda oke. Aku menggalas Waseem sejurus pergi mencelah-celah lautan manusia melawan arus menuju ke hajaratul aswad. Manusia pelbagai rupa kami dapat lihat apabila melawan arus. Ada putih, kuning, hitam, coklat, sawo matang, kemerah-merahan dan biru pon ada. Subhanallah (maha suci Allah) yang menciptakan manusia dengan pelbagai bentuk, rupa dan warna. Ragam pun pelbagai.
Kami cuba beratur di antara asakan orang ramai yang berebut2 ingin mencium batu tersebut. Namun, setelah hampir dengan hajaratul aswad, aku mengalah. Bimbang keselamatan Waseem. Aku keluar kembali dari berebut mencium batu tersebut. Cuba anda cari apa faedah cium batu hajaratul aswad.
Kami keluar dari masjidilharam setelah matahari agak terik membahang. Sedangkan waktu baru menunjukkan jam 8.30 am. Di luar pintu Malek Abdul Aziz, kami bertembung dengan pak Ngah dan Mak Ngah yang baru pulang dari Tanaim sejurus ingin mengerjakan umrah. Pendek cerita sebab aku dah nak tidor, kami pulang dan aku menaip cerita ini serta edit sedikit gambar untuk korang percaya cerita yang aku ceritakan tadi.

13 comments:
me chop in here..hehehe
calendar june mmg antara yg terbaik..
gambar ke3-chantik ..aku suka...(suatu masa nanti aku nak jejak kaki ke situ..hmmm..boleh ke? hehehe)
waseem tetap x lepas kete tu walaupun tgh makan...mmg fanatik kete..
balik ni aku nok bawok wassem naek kete ngan jay,maen drift kat grik..nok tgk dye berahi dok lagi ke keter pah ni..wakakaka
bawak..jgn x bawak waseem main drift..kekekeke
mata kucing itu sgt cantik!
antara gamba kucing paling style pnah dilihat..
huhu
=)
klender jun ini sgt indah di belogku..
waaa
trima kaseh ya incik kamitaken!
waseem,
ko naik kete sorong lagi ekk?
=p
saya suka kucing! saya suka kucing! dia ada kaler oren sikit pulak tu... sesuai, hehe. wah najwa, boleh tahan... go najwa! jgn kasik can, hihi :)
marvic : dengan izin Allah, semuanya jadi tak mustahil. jangan bimbang. Dan aku persembahkan gambarnya untuk kamu. Percayalah aku, sangat cantik dan tenang suasana ini..
syaibah sorof : gi baca buku dulu. esok mula ah batu duk tekok. kakkakaka
miss gaza : sama2. yer, kalendar khas untuk yang menghargainya. yup, masih naik kerete sorong sebab dia malas nak berjalan.
kucingorengemok : ambiklah. saya tujukan jua buat awak. ke nak suh saya kaler kucing tu jadi oren semua? hahaha
Bebaskann likes this.
Macaaaaaam dalam facebook.Cuma tak tau nak buat jari tu camna.
Thanx for snapping nway, windunya alahai kat kaabah.. :)
Faedah cium hajarul aswad tanpa berlaku sebarang aksi2 18sg amat berfaedah.
bebaskan : yer, ini utk awak.
aku wase blog mu kene vairus..wakakakaka
wahhh kucing bermata biru.. nanti kidnap untuk i.. serius cun!! hehehe
nway smua pics cun-cun
waseem cam biase makin encem
nie nak jadik baby balik nie..
anony : sebab hari2 vairus mengadap. lipas zohor i ingat nak pergilah.. kakakakaka.. eker betol mung nims. hahahah
fazzy : kidnap? ntah kemana dia pergi ntah..
nak jadi baby? erkk.. hahahha
hahaha takpe2 nway thanks dedicate gambar tu kat i.. muahaha nanti amik pics kucing lagik!!
Post a Comment