Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Friday, July 10, 2009

amalan sunat tawaf

gambar sekadar hiasan - waser duk mekoh tengok gambor ni.

Amalan sunat tawaf yang aku perhatikan sekarang ini:

1. Berjalan kaki.
2. Beritdtiba' (memakai ihram dalam keadaan bahu kanan dinampakkan) bagi tawaf yang diikuti oleh saie bagi lelaki sahaja
3. Mengucup hajaratul aswad pada permulan tawaf.
4. Istilam hajaratul aswad dan kemudian mengucup tapak tangan atau isyarat dengan tapak tangan ke arahnya sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan tersebut pada permulaan tawaf.
5. Istilam Rukun Yamani dan tidak mengucup rukun tersebut.
6. Melakukan Ramal (berlari-lari anak) pada 3 pusingan pertama, bagi tawaf yang diikuti dengan saie bagi lelaki sahaja.
7. Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan secara muwalat (berturutan)
8. Melakukan tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
9. Mendirikan solat sunat tawaf dua rakaat setelah selesai melakukan tawaf, yang afdalnya di belakang maqam Ibrahim.
10. Berdoa, berzikir dan membaca alQuran.
11. Mengambil gambar kenang-kenangan selepas selesai tawaf dengan berbagai gaya dan posing.

dalam banyak2 amalan sunat aku perhatikan, orang lebih gemar buat amalan nombor sebelas. Tua ke, muda ker, sederhana ker, kecik, besar, Iran, Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma, Afrika, Terengganu, Banggul Air Leleh, Batu Nam, Gong Kapas dan sebagainya lagi negara macam tu lah amalan sunat diorang. Nombor sebelas paling utama. Dah hampir kepada wajib nampaknya. Persoalannya.. sunat ker amalan itu?

Fikir-fikirkan. Aku pun reti jugak tekan butang shutter.

6 comments:

PINATBATE said...

once upon a time tak ada langsung orang berani bawa camera masuk ke dalam..polis yg dekat pintu tu rimau betul..handphone camera pun tadek..sekarang dah jadi amalan sunat lah pulak yer..

bebaskann said...

saya bukan orang malaysia..

atau..


saya bukan org yg direferkan di atas..


lalalala~

sitique said...

agree with pinatbate.
itu silap guard yg tak strict mcm dulu2 kot..hehehe
dulu saya tak penah bawak masuk camera, tp skrg ada jugak buat amalan sunat ke 11 tu cuma tak byk gaya, pose ala kadar je...hehe
kat nabawi tak plak mcm ni
apapun, obviously semuanya silap kita sbg manusia la...

najwa abdullah said...

semangat bace tang ayat belebe tuh.tuptup sampai 'batu nam',tetibe gelak.tetibe je...

he he.batu nam tetap dlm ingtan walau duk jauh beribu batu.bagus2..

*macam lari tajuk la pulak komen nih...

h a r i z, H said...

aku takdek sekeping pun gamba dalam masjidil haram. gamba muka aku ataupun gamba aku amek. tok tahu ah, rase malas nok amek. walaupun aku ajin wat masuk doh dslr siap dalam masjid mase tunggu mu ritu. wakaka dan pernah amek doh gamba dari atas bukit ritu.

Linda Abdullah said...

hahaha..number 11 tu hukum dari mazhab apa tuu?? hehee ^_^


ShoutMix chat widget