











kelmarin. ah. boleh katakan tiap2 hari. tidak. hampir tiap-tiap hari. kami mengunjungi kaabah. melihat pandangan yang memukaukan dan tidak pernah menjemukan. manusia. pencuci. imam. budak-budak. orang dewasa. wanita. perempuan. penjaga pintu. burung. belalang. karpet. tiang. lampu. rukun yamani. ahhh! Itu semua bakal menggamit kenangan. berjalan beriringan pulang. kami terjumpa quran Braille. berwarna hijau. besar. terletak di bawah tempat muazzin. kami belek. kami jumpa titik. banyak sangat titik. titik putih. dan bersih. sangat cantik. tulisannya sangat memukau. hanya titik. Itulah braille .bagaimana ya perasaan seorang buta memegang huruf quran?. Pastinya beliau lebih menghayati. dapat merasakan ayat-ayat quran. bagaimana orang buta melihat kaabah ya?. bagaimana beliau tahu itu kaabah yang berwarna hitam?. nikmat sungguh kita mempunyai penglihatan. tapi kita gunakan ke arah jalan yang salah. kita tak melihat ayat quran. kita tak menonton kaabah yang hitam itu. malahan kita tak berusaha untuk datang pun ke rumahNya. sedangkan Dia adalah Allah. yang menciptakan kita. yang memberikan kita rezeki. kenapa tidak mensyukuri nikmatNya?. banyak sangat ke keperluan kita sehingga kita tidak dapat datang mari ke sini?. kita ada mata. kita dapat lihat kaabah itu. jika Allah tarik nikmat mata. bagaimana kita mahu lihat kaabah 'live' depan mata?. kita pikir kita takkan buta. orang yang terbuta itu ada pikir ke dia akan buta?. dia sepastinya sama seperti kita. selalu pikir takkan buta buat selama-lamanya. kita akan celik sentiasa. ya. sentiasa celik. tapi kita tidak sedar. hati kita tidak celik. hati kita terpejam. terkambus dengan kesesatan. bersyukur kita mendapat mata yang cantik dan bundar. mata yang bulat memikat hati. mata yang dihiasi oleh lentikan alur bulunya. mata yang memerhatikan segala perkara. mata yang menghiasi kemuliaan seorang wanita. mata yang meneraju kegagahan seorang lelaki. tanpa mata mana boleh baca belog ini. kecuali ada orang bacakan. nikmat. itu satu nikmat. namun nikmat yang paling besar adalah anugerah Islam sebagai agama kita. Allah menjadikan kita seorang muslim. seorang muslimah. lahir sahaja kita sudah Islam. lahir sahaja kita sudah mempunyai Allah. orang lain kadang-kadang masih lagi mencari. masih lagi terpinga-pinga mencari kebenaran. masih lagi tidak tahu apa itu neraka. apa itu syurga. apa kuncinya?. bagaimana mahu memasukinya?. kita tahu. memang kita tahu. tapi kadang-kadang kita lupa. dan buat-buat tidak tahu. kita pikir neraka itu jauh. kita masih lagi jauh dengan neraka Allah. yang dijanjikan buat hambaNya yang engkar. kita pikir kita selamat. kita solat 5 waktu. cukup. kita pandai melagukan alQuran. cukup. kita puasa di bulan ramadhan. cukup. kita berzakat. kita pandai berzanji. kita boleh bermarhaban. kita seorang pelajar agama. kita hafal 30 juzuk alQuran. kita menjadi imam terawih. cukup. neraka pasti jauh dari aku. aku yang terbaik di antara orang lain. aku tidak hisap rokok. cukup mulia. aku pasti tidak akan ketemu neraka. cukupkah dengan itu? aku kira itu tidak cukup. itu aku yang kira. engkau mungkin kira lain. cukuplah buat hari ini. jika ada yang tersedar. itu sudah dikira bagus. betulkan kembali niat. kerana setiap amalan itu bermula dengan niat.
alhamdulillah. aku masih diberi peluang untuk menonton kaabah itu lagi. alhamdulillah. terima kasih pada doa semua. teruskan berdoa. Allah itu satu. hambaNya infinity. tak dapat dibilang. tapi Dia tetap mendengar setiap bisikan hambaNya. tak cukup kuat lagikah engkau untuk mengakui kehebatan Allah?
salam hormat dari saya, Lutfi Lokman.
Dirasat 'Ulya, Umm alQura.
Follow @USERNAME
alhamdulillah. aku masih diberi peluang untuk menonton kaabah itu lagi. alhamdulillah. terima kasih pada doa semua. teruskan berdoa. Allah itu satu. hambaNya infinity. tak dapat dibilang. tapi Dia tetap mendengar setiap bisikan hambaNya. tak cukup kuat lagikah engkau untuk mengakui kehebatan Allah?
salam hormat dari saya, Lutfi Lokman.
Dirasat 'Ulya, Umm alQura.



20 comments:
bukti2 waseem blh jadi abang yg baik nih.heh.btw ini tulisan yg cukup celik.nice one.....
cantik tazkirah dari lutfi.Teruskan bro..... semoga Allah jadikan kita semua berada dalam landasan keredhaan Nya
tulisan tanpa perenggan kecuali terakhir.. cukup mengesankan..terima kasih.
tahniah kerana dapat sambung belajar di uni ummul qura
satu ingatan yg men'celik'kan mata kami semua..TQ pi...
anyway waseem sdg belajar menjadik sorang abg long yg terbaekkk!!!
Ana ada kawan yang BUTA HURUF tapi masyaAllah HATINYA TIDAK BUTA. Pandangnya telus, jiwanya halus, pasrahnya kudus.
Ana juga ada kawan yang matanya TIDAK BUTA...tapi Hatinya....
Dalam TERANG LAGI DIA HILANG, jiwanya sentiasa walang
Tiada ARAH DALAM HIDUP!
Kita sama-sama doakan moga kita semua tidak buta hati dan tahu jalan pulang.
p/s Kamitaken ana terkadang BUTA WARNA. Ambil gambar selalu 'blur' Haaaaha!
Mabrouk Lutfi...dapat lagi menetap di sana. Doakan akak sama ya bila berada di depan kaabah, agar dapat menetap di sana nanti, walaupun Lufti tak mengenali akak.
A well written article, a wake up call for me..
Jazakallahukhair.
Hari tu akak ada di sana mengerjakan umrah, tak contact Lutfi sebab ingatkan Lutfi dah balik Malaysia. kalau tak dah boleh budu satu botol.
Dirasat 'Ulya? dpt sambung ke?
salam,
alhamdullilah dpt dok lagi kat mekah,dlm diam akak doakan..alhamdullilah..
najwa : waseem tak boleh jadi abang lagi. dia terlalu jakun dengan budak kecik. hehehe.. alhamdulillah. apa yang baik ambiklah dan yang buruk boleh tolong perbetulkan.
akujahil : kadang-kadang kita hidup sentiasa berjalan kedepan. kita langsung tidak menoleh ke tepi dan ke belakang. sedangkan yang di tepi serta di belakang itulah yang boleh mencorakkan dan mengubah kita untuk menjadi lebih bagus serta terbaik. hidup ini satu pemerhatian sebenarnya. untuk menjadi hamba yang berguna dan mendapat keredhaanNYa.
kak zu : ilmu penulisan sahaja sudah luas. apatah lagi ilmu mengenai islam dan ketuhanan. terlalu luas dan sangat kompleks. sama-samalah kita mencari dan menegur antara satu sama lain. insya allah semoga dikurniakan kebaikan oleh Allah dan rahmat dariNya. amin.
almakki : jazakallah khairan katheera. ana bukanlah yang terbaik cuma bernasib baik oleh doa teman-teman yang tak putus kunjung tiba. terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan kebaikan. semoga ini akan menjadi satu titik tolak yang berguna buat diri anas sendiri. terima kasih buat anta yang selalu membuka jalan bagi kami. syukran.
kak ryani : sama-sama. saya tak mengharap kita mendapat sebanyak yang para pendakwah lain utarakan. cukup sekadar ada satu bahagian kecil untuk saya sebagai saham sudah memadai. terima kasih kak kerana mengambil cakna perihal artikel kecil ini.
azmietaha : itulah manusia. terkadang merasakan dirinya sudah mantap dan tidak perlukan sebarang perubahan. dirinya terkadang selalu betul dan manusia lain semuanya salah. kita perlu terus belajar dan belajar kerana kita sendiri belum tahu di mana terletaknya kebenaran itu. semoga mereka yang 'buta hati'nya itu akan mendapat kesedaran dari Allah kerana hanya Allah yang bisa memberikan hidayah kepada hambaNya. doaku buat semua.
-blur pun tapi gambar hang tetap cantik. huhuhu.
kak fida : laa. kenapa tak contact. try jer dulu. isk. terlepas budu. btw, akak asal terengganu ker? atau menetap di terengganu?
haidar : erm.. susah nak cakap. tapi alhamdulillah. secara umumnya dapat sambung. doakan kebaikan dan kesenangan buat ana yer. doa kalian ada yang dimakbulkan Allah.
akak roosni : alhamdulillah. syukur pada Allah yang merencanakan segala pergerakan. Kita selalu merancang dan kita selalu silap. tapi perancangan Allah langsung tiada yang silap. cuma kita sahaja yang kadang2 selalu bersikap tidak sabar serta kurang pengetahuan tentang apa yang Allah jadikan pada kita. terima kasih di atas doa akak, teruskan berdoa kerana hasil doa kepada orang bakal mengaut kebaikan kepada kita jua.. jazakallahu khairan katheera..
Alhamdulillah.Ajmala ettahiyya minni,Alfu mabrouk.Mabrouk dapat juga stay lelama kat sana.InsyaAllah ada masa bulan 8 ni bertemu di Sana.InchaAllah.Allah yuwaffak.
congrats sbb dpt sambung balik...panas la si nawi sbb dah menampakkan hatinya yg lembut lagi sensitif seperti jambu air..wakakakaka
congrats Lutfi..
Saya pulak dulu pernah bertemu dua gadis buta membaca quran braille di Masjid Nabawi.... air muka dorang nampak bersih sangat..tak boleh lupa.
Mabruk Lotfi dapat sambung master..mabruk mabruk mabruk
alahai shomeiinyer Ahmad As'ad niii...comeiii cam daddy yerr..hehehehe...alhamdulillah tahniah Lutpi dapat sambung master..
tahniah dpt sambung bljr..=)
waa..waseem nmpk cam seorang abg yang penyayang..da xtampaq da anak org..hehe ( dlm video youtube dulu)
good boy!
iskandar : hayyakumullah. syukran. allahuyubaarik feek. ana baliklah bro. insya allah pertengahan july nih.
marvic : thanks sis. itu pasallah dia dah tak online sekarang nih. masih panas sebab terdedah identiti sebenar. hahahaha
nurleeta : thanks sis. oowh.. sangat manis pengalaman itu. saya pun teringin menonton ada orang membaca quran braille itu.
drnurizah : allahuyubaarik feeki. Terima ksih jua atas doa2 kalian.
norah : macamlah dia dah pernah tengok daddy ahmad tuh. hahahahaha
tenks a lot.
missawanbiru : thanx sis. itu dalam gambar. baiklah. luar dari gambar. kesian jugak budak tuh. hahahaha
Gambar-gambar klasik. Klasikkkkkkk...
lutfi guna flash ke? em, tu bounce ke atas? cantik kalernye..
ouh.. termiss ttg dapat sambung balik tu.. congrats..:)
eh eh eh pernah la ..sbb tu la akak ckp...mummy Ahmad ja x pernah tgk..daddy dia kan x-uia
Post a Comment