.. aku menutup kulit buku 'sirah nabawiah Li ibnu hisyam' lalu termenung jauh. Cerita tentang nazar abdul Mutalib yang ingin menyembelih leher anak kesayangannya Abdullah amat menyentuh jiwa. Betapa kerasnya hati seorang bangsa Arab. Tekad dan berani demi sebuah nazar kepada Allah. Mujurnya sekelompok Quraisy yang sedang duduk-duduk ternampakkan Abdul Mutalib yang berjalan deras menuju ke berhala isaf dan nailah. Mencegah dan melarangnya...
Gantian 100 ekor unta yang disembelih dan dagingnya dibiarkan di atas sebuah bukit membuktikan kemegahan serta kekayaan Abdul Mutalib sebagai pemimpin kaum Quraisy pada masa itu.
"hmm.." kayanya manusia. Kadang-kadang terlalu kaya menyebabkan kesombongan. Lupa diri dan lupa asal. Bisik hatiku berbicara bersama teman rapatnya si akal.
Aku berazam akan menghabiskan bacaan sejarah ini untuk mengingati kembali aspek2 penting dalam kehidupan yang banyak disentuh di dalamnya. Sejarah pasti berulang. Kewarasan tamadun manusialah yang bisa mencegahnya untuk berulang atau membiarkan sama. Kerana apa aku katakan tamadun? kerana utk membina tamadun, lahir dari akal yang kuat dan selamat.
Azam aku itu mungkin pernah aku utarakan beberapa tahun dahulu ketika menjejakkan kaki di tanah suci. Meskipun ada tuntutan yang tidak dipenuhi, sekurang-kurangnya apa yang diniati semoga akan mendapat balasan baik dari Pencipta. Doaku untuk terus menetap di sini agar Allah makbulkan.
Berkata Abdullah bin 'Adi r.a : " Aku lihat Rasulullah s.a.w berdiri di Hazwarah1 dan bersabda :
" Demi Allah! Sesungguhnya Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah dan bumi yang sangat disayangi oleh Allah, kalaulah aku tidak dihalau keluar daripadamu nescaya aku tidak akan keluar."2
Itu kata-kata yang dilafazkan oleh cucu Abdul Mutalib iaitu Muhammad S. A. W. berpuluh tahun selepas kematian Abdul Mutalib.
Aku teringat pengajian kami dari kitab arRaheeq alMakhtum (the sealed nectar) bersama Syeikh Abdul Mun'em. Beliau menangis teresak-esak apabila menceritakan kisah bagaimana kerinduan Nabi S.A.W terhadap tanah Makkah. Katanya lagi. Anda bayangkan bagaimana kerinduan yang tinggi pada tanah lahir kita. Pada tempat bermain. Pada halaman rumah yang dahulunya diserikan dengan kehadiran keluarga yang disayangi. Pada pokok tempat kita memanjat. Pada teman sepermainan. Pada suasana waktu itu. Kini semuanya lenyap dan hilang. Suatu kenangan yang amat memeritkan dan menyesakkan dada untuk diingati. Baginda diusir keluar dari halamannya oleh kafir Quraisy iaitu bangsanya sendiri kerana hanya untuk menegakkan kalimah Allah.
Kami sekelas terdiam. Menghayati kalimah yang diutarakan oleh Syeikh abdul Mune'm. Sangat mengesankan jiwa. Membina akal dan mencelikkan mata kami pada kerinduan itu. Aku nak balik!!!!
______________________________
1 Hazwarah : Letaknya di kawasan bab Ajyad. Jarak antara Rukun Yamani dan Hazwarah ialah 120 m.
2 Sunan at Tirmizi No. 3925
Follow @USERNAME

11 comments:
Ehh Mak cik yg jual keropok lekor kat seberang takir kirim salam kat mung, dia kata keropok lekor goreng nya makin sedap ditambah sos dilipat dlm kertas surat khabar..Merbelous sangat sedap..heheheee (statement bg jelous) hahahaa bila mau balik?
linda : mung nok gocoh? kem salam kat mokcik tuh. kata aku rindu..
Salam...
Dah rindu sangat nak balik la tu... tp balik nanti tak kembali lagi ke? ewah skemanya ayat...
Ntah bila la dpt jumpa waseem... tgk gmbo je lerrr..
makcik dida : insya allah kembali lagi. don wori. nanti kita jumpa kat mekah? takdak plan ke nak datang minggu2 nih?
hanya yg menanggung RINDU ja yg tau betapa resahnya perasaan....sabar la bbyk Pi
kak norah : yer.. terima kasih. memang betul sekali tuh. penantian itu satu penyeksaan. tapi ada hikmah yang kita tak sedar di sebalik penantian itu..
kalau boleh nak ajak pasukan kompang dok kat airport, sambut lotpi, najwa & waseem balik :)
kog : wow.. insya allah. nanti kalo jadi balik, kita war-warkanlah. hehehe
Ana teringatkan pada seorang arab penjual kain yang petah berbahasa melayu...AHMAD BIN ABD. RAHMAN ALBAB, kedai dia depan pintu masjid Makkah kalau ke kiri boleh jumpa ABWA' tempat kelahiran Rasulullah.
Agaknya tempat tu dah tak ada lagi dah ...ada kompleks baru dibina!
sukanya yang ni:
" Demi Allah! Sesungguhnya Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah dan bumi yang sangat disayangi oleh Allah, kalaulah aku tidak dihalau keluar daripadamu nescaya aku tidak akan keluar."
makkah la tempat paling best, dah gi rasa tak nak balik je.itu kite yg pegi 2mggu, uncle lotpi msti sgt berat hati lg.
azmie : rasanya dah tak ada tempat tuh. dah dirobohkan. sekarang pun banyak bangunan lama yang meninggalkan seribu kenangan dah dirobohkan. sayang betul rasanya tak sempat nak ambik gambar. insya allah yang mana tinggal ni saya akan ambik gambar kenang-kenangan.
Nazliah : hehhee. buat masa sekarang nih, rindu malaysia banyak lagi. hehe
Post a Comment