Tiket sudah, kemas barang sudah, boarding pass sudah, tawaf wida sudah, barang kiriman sudah cuma ada 2,3 barang yang tak sempat dibeli kerana sudah letih mencari tak jumpa, kasut siap, setokin siap, pasport siap, visa ada, cungkil gigi bawak, kotak sudah ikat tali. Ah.. Kapal terbang jer tak sampai lagi.
Terasa sayu jua ketika tawaf wida'. Mengenangkan kami hampir-hampir berwida' dengan Kaabah buat selama-lamanya mungkin. Alhamdulillah, Allah memilih kembali menarik aku untuk tinggal menetap di sini untuk tempoh yang dijanjikan lagi. Bukan senang nak renew contract itu. Pelbagai halangan dan cabaran telah ditempuhi sebelum mendapat
Alhamdulillah.. ucapku jujur dan perlahan..
Hati seolah-olah sudah tiba di KLIA. Aku kerapkali berdebar. Setiap kali aku membayangkan sesuatu itu dengan sempurna, jarang aku mendapatinya berlaku kecuali dengan pelbagai halangan. Cumanya kali ini aku berharap agar kami bakal tiba dengan halangan yang sedikit dan ujian yang minimum. Sudah letih mengharungi cabaran dan onak duri sepanjang berada di tanah haram ini.
Letih..
Selamat tinggal bumi barakah yang dimuliakan Allah. Dengan izinNya, kita akan berjumpa kembali di bulan syawal nanti. Selamat tinggal tanah gersang yang pernah menyaksikan Muhammad s.a.w wujud di atas debunya. Selamat tinggal matahari yang macam mana entah, terkuat volume dia kat bumi Makkah ni. Abis panas semua orang. Tawaf tadi pun, pusingan keenam dah macam nak pitam. Berpeluh abis sampai turun berat badan 10kg. Fuh. Itu baru sehari tawaf. Kalo seminggu? 70kg. kalo 20hari? uiks. Aku sudah tak kisah nak makan nasi mandi hari-hari pun tak apa. Selamat tinggal orang-orang arab yang pernah terpandang muka aku, najwa dan waseem di Makkah ini. Mungkin nanti kalian akan rindukan kami. Aku tahu. Diam-diam tulis dalam diari, 'i miss u'. Takpe, aku pulang, akan aku bawa ole-ole dari
Pada yang membaca diari best ini, terima kasih dan jangan bagitahu orang lain yang aku sangat terharu terhadap sebarang ucapan yang dilontarkan. Silent reader ker, night rider ker, terima kasih. Nak beli hadiah banyak2 kat korang pun, takdak duit. Aku ingat aku sempat kaya minggu ni. Rupanya tak sempat. Lain kali lah yer. Aku janji, kalo korang datang jumpa aku, aku tak marah bila korang cubit pipi aku yang gebu ini. Aku buat-buat diam jer. Pada yang laki-laki tu, sedar dirilah sikit. Tak ke bini aku jeles kalo korang main-main pipi aku. haisshh. Doa dan harapan kalian dah berapa kali nak nyatakan bahawa sangat dimakbulkan Allah. Aku pun turut membalas jasa kalian dengan mendoakan kepada semua yang telah memohon dan menitipkan doa buat aku. Berdoa tak semesti kena tadah tangan lepas semayang subuh jer. Atau semayang hajat. Berdoa bila-bila pon boleh. Ah. Sudah mula sebak bila menaip part-part kasih sayang ini. Okelah dulu. Aku nak berehat dan tenangkan fikiran bahawa cabaran terakhir aku mungkin ketika nak timbang barang di airport nanti. Aku tahu, itu juga satu cabaran. Juga ketika nak melepasi imigresen di airport nanti. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Semoga tabah dan steady sentiasa. Ameen.
Hero macam ni lah. Selalu langkah maju ke depan. Sedikit pun tak menoleh ke belakang. Awek
the desert rose 5
status terkini : apdet belog sambil tangan kanan capai nasi lemak kukus lauk kerang di tepi leptop, di luar rumah menikmati angin dari laut china selatan. ohh...










20 comments:
Teruslah melangkah...
syabas...ending mmg best!
salute!
tahniah...syukur kerana hajat lutfi dimakbulkanNya. tumpang gembira...
HAHAHA. *tatahan nak tegelak*
menarik2.
alhamdulillah.. tenks semua. jemputlah mai umah. hehe
nasi lemak kukus lauk kerang...huh...faveret aku tuh...kikikiki..nasib baik aku tgh diet..org dah tegur gumuks... :(
wah!!! syabas !!
Dah sampai MESIA?
oH...DAPAT SAMBUNG BALIK KAN..?
TAHNIAH DAPAT MAKAN NASI LEMAK KUKUS LAUK KERANG!
kepok losong.. kepok losong.. :D
salam..
Selamat Pulang ke tanah air terchenta..
semoga dipermudahkan segala urusan...
haha.kbo jugok lauk kerang.tak tahan..buat org terliur je.isk...
bila nak turun KL.. boleh la gather ngan peminat blog kat sini..betul tak marvic
wasseem balik malaya skali ke.. ckp arab ke ckp ganu ngan bak ngan cek? heh heh.. REUNION!!! nk join.. marvic emcee! ahaks!
Wah...dah makang nasik lemak. dok gganu doh ... have a nice time.
a'ah..biler nak turun ke KL?..gathering? apasal aku plak kena jadi emcee?..(speechless kejap)...lol..no problem...nak buat biler, kat mana?...semua ni boleh je sbb kita yg buat dier...wakakaka...tp ni kena tanya dgn celebrity kecik tu (waseem) bila dia nak turun kl..
welcome back and keep on blogging!
marvic .. kene diskas nih !..hehe...
nurleeta..x pasal2 aku plak kena jadi gathering planner.....apa2pun tanya dulu dgn celebrity kita...bila diorang nak buat show kaat kL ni..wakakaka..
Lotfi, ko ada no hp aku...so calling2 la
tk per marvic..kita wat samer..mesti ada yg lain gak akan assist..
tu la...tp still depending dgn tuan nyer diri ...nanti kita follow up lagi...
Post a Comment