pergi ambik tiket.
pergi universiti di Abidiah.
tunjuk muka samseng sikit.
mintak surat approval.
tak lupa bawak pisau lipat kecik seposen dan sebatang pensil 2B. Diletak dalam poket atas.
jika dia tak bagi, keluarkan pisau. Acah dia dengan mengasah pensil 2B.
Kasi pegawai universiti tu gerun.
dia terkejut dan berpeluh.
terketar-ketar bagi surat yang baru didonlod dari komputer.
aku ambik dan sign sendiri kat tempat yang tertulis 'mudir jamiah'.
keluar dari universiti berjalan beriringan bersama Mad Cenok (samseng Thailand) dan Abd Atiq (samseng Indonesia) di samping pergerakan kamera secara slow motion. Ada kipas di belakang kamera yang meniup agar rambut kami berterbangan seperti iklan syampoo.
Balik ke Aziziah, berjumpa Abdullah Buthi, minta visa untuk pulang. Guna cara yang sama seperti pagi tadi. Abdullah Buthi tidak takut. Dia selamba minum teh. Kacau-kacau daun pudina dan buangkan dalam tong sampah di tepi kakinya.
"Ishh tibgha enta?" (hang nak apa?)
"Abgha ta'sheerah!" (aku nak visa!) Mad Cenok bersuara tinggi sambil menahan nafas.
"Absyir, absyir.." (baiklah) perlahan Abdullah Buthi menulis surat kelulusan utk di hantar kepada Ali AlZahrani di bahagian imigresen universiti.
sekali lagi kami berjalan beriringan bertiga tanpa ada sesiapa ke depan dan terlebih ke belakang. Sama.
"ha. Ish Endak?" (ha. Ada apa dengan hangpa?) Soal Ali alZahrani sambil matanya menyorot kecil suratkhabar Ukaz edisi 11 julai bertajuk Infulenza semakin menular. Langsung tidak melihat kami.
"Abgha ta'sheerah khuruj wa audah alyaum liannu taarikh safar ba'ad bukrah." (aku mahu re-entry visa hari ini sebab tarikh penerbangan sudah lusa) Abdul Atiq bersuara. Dia merenung Ali alZahrani dengan pandangan paling ganas. Tapi tiada guna. Spek itam tak bukak.
"Toyyib. Ta'al bukrah." (baiklah. Datang esok)
"Mutaakkid bukrah?" (konpem esok?) Sebelum keluar aku bertanyakan kembali untuk kepastian. Sambil tangan dah selup poket utk keluarkan pisau lipat berharga 10 sen itu tadi.
"Insya Allah." (dengan izin Allah)
Pisau lipat kecik itu aku lepaskan. Lagi satu, pensil 2B aku tertinggal atas meja kawan yang mula-mula itu tadi. Demam rasanya dia tengok pensil tuh. Huh!
Kami akhirnya pulang ke negara masing-masing menaiki pesawat yang boleh terbang.
Tapi itu semua hanya mimpi. Yang berlaku adalah sebaliknya. :p
Ya Rabb! Permudahkanlah urusan kepulangan kami. Amin!!
Big Apple
1 hour ago



8 comments:
rabbuna yusahhilu amra
ameen
Fuhh!
debor rasa...
Ingatkan betul-betul sign kat tempat mudir jamiah tu tadi...nak masuk lokap?
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan..
perghhh.. gansz tuh... cam dlam movie jer...
xdek ke org tabur daun depan kipas biar ada efek ganah sket daun terbang2 dari belakang.
eh, sane sek ye gne "tabgha'" eh? x gune "biddi"??
fuh..tetiba je aku rasa mcm watch movie arab..kekeke
mesti time jln tu kain jubah putih terbang-terbang skit... (kalau cite samseng dia pakai jaket hitam terbang-terbang kena tiup kipas, eh.. angin)
Cet.. cerita apa nie? mimpi di siang hari??.. wah rambut terbang macam iklan syampoo tu jalan ala-ala samseng kampung dusun..ka.ka.kaa mung mmg lawak..
DAH ada FILTER...
Jadi cerita ni cuma mainan mimpilah...
Lawak pun masih BERFILTER.
ana: Hahahahaha!
Post a Comment