
ronaldo sudah berpindah ke Kelab Terengganu. Jaga-jagalah hangpa semua.

cendawan yang diusahakan.

precious moment.
teringin ke nak membaca celoteh usang aku? rasa tak lengkap juga menayang gambar tanpa ada celoteh sedikit utk santapan jiwa dan makanan rohani.
Aku kini berada jauh dari Terengganu. Berada di rumah mertua di Kg Pauh, Kubur Panjang, Kedah. Jauh kan? ukur dengan jari dalam peta, dekat jer, tapi bila datang naik bas, punyalah lenguh badan. Sampai krem kaki. Apapun, sangat enjoy berada di sini. Kerana kedatangan kali in bersama isteri D60 dan madu D80. Fuh. Asyik sikit nak tangkap gambar. Orang nak tuai padi pun tak senang.
Kehidupan masyarakat di sini rata-ratanya secara kampung. Maksud aku, mereka mengerjakan pekerjaan kampung seperti pertanian, jual sayur, jual air kopi. makan nasi lemak. kampung kan? hahaha.
hari ni jumaat yang pertama aku di Malaysia selepas beberapa tahun tidak pulang. (ceh. macam lama sangat tak balik) Realitinya, keadaan masih tidak berubah. Masih sama dan skema macam dulu. Orang tetap tidor ketika khutbah disampaikan. Imam masih lagi baca slow-slow dan macam baca buku. Budak-budak tetap bermain-main dan isap rokok di luar atas motor. Perkara yang sama ketika aku tinggalkan Malaysia suatu masa dahulu. Aku pun tak paham kenapa mesti khutbah, imam kena baca teks yang diberikan. Penyelarasan? Betul, tapi biarlah kena dengan keadaan persekitaran. Barulah betul dengan objektif dan matlamat atau bahasa arabnya dipanggil hadaf khutbah itu diwujudkan. Ini macam baca cerita dongeng. Straight, plain dan rata. Ada lah sikit-sikit nada dia jerit kasi tinggi. Tapi langsung tak kena. Ini bukan aku maksudkan di sini. Di mana-mana tempat pun aku rasa sama jer. Kecuali satu dua tempat. Berubahlah. Lakukan sedikit perubahan.
Satu lagi aku perhatikan budaya orang Malaysia kini ialah makan di kedai. Tak dinafikan sedap dan memang seronok. Akan tetapi, berapa banyakkah masakan yang dimasak dimulai dengan bismillah? minuman dengan berbekalkan bacaan auzubillah menghalau syaitan dari meresapi? Berapa banyak? tak nak sentuhlah bab mamak bistro. Aku pun tumpang sama teguk teh tarik dan roti canai kat situ. Sedap!~ Alasan mungkin faktor masa dan penjimatan. Nak masak, masa tak ada. Mungkin selera juga kurang kerana tak ada kepelbagaian. Bukan tak boleh, cuma beringatlah. Dari makanan dijadikan punca penyakit. Makanan yang sihat akan membekalkan akal yang sihat dan jasmani yang sihat. Aku syarah pandai, satgi bedal makan kat kedai depan rumah juga. Benda halal. Tak salah nak pergi makan. Tak gitu? cuma beringatlah.
Akhir kata, waseem macam naik gatal-gatal kat badan dia. Manja sangat kulit arab neh. Najwa tak berhenti-henti nak makan itu dan makan ini. Hilang habis diet kat saudi. Ceh. Aku pulak, makin chubby lah. mak mertua masak, tak makan, cari penyakit. Makan jugak, makan jugak. Kakak ipar pun pandai masak. makan jugak, makan jugak. pi rumah atuk najwa, dia masak. makan jugak, makan jugak. Malam abg ipar ajak keluar makan, lepak2 bincang kamera, makan jugak, makan jugak. Abis? bila nak beringat neh? hahahahaha
tadi dah akhir kata kan? oke, penutup bicara, aku agak bizi minggu2 ini dengan pelbagai kerja sperti kutip cendawan, tanam cendawan, proses cendawan dan pelbagai lagi kena mengena dengan cendawan sementelah bapak mertua aku bisnes cendawan. Korang nak order ke cendawan? contact aku. Bisnes baik punya. melayu tolong melayu. Tak melayu pon boleh order. hahahahahaha. Bukan rajin sangat aku. cuma malu kat pak mertua, tolong jugak sikit2. hehehe..
oke. last-last. aku janji dengan izinNya, kita semua akan jumpa nanti. oke. Maaflah autograph aku tak cantik sangat aku sign. Tapi bolehlah buat kenang-kenangan. hahahaha!~







13 comments:
seronoknya tgk, suka sgt gambar last skali. gambar waseem dgn atok dia. muda lagi la mak ayah uncle lotfi.cm best je serunding cendawan tu.
pi... mu nok balik terengganu kekgi wak alik sket cendawan n sambal tu...napok cam sodap jooo..huhu
mcm slot keluarga bahagia
waseem nmpk cam terpinga2 jer lagi... (gambo 1st)
alahai comelnya gambar last tuuuu... gi hantar masuk contest mana-mana, please! saya gerenti sms-vote byk-byk!!
najwa org kedah ke?
a'a la marvic, mcm slot kluarga bhgia
Lufti;
Serunding Cendawan ... mmmmm bunyi macam best ajer ...
So pandai pandai ler bawak balik Saudi nanti yaaaa ...
Saya nak order na rasa hehehehhee
ya rabbi, baru tahu encik lutfi anak cikgu laily.heh.adoiyaiii
kirim salam dgn cikgu laily eh..dulu zaman skoloh sheikh malek join PUM.cikgu laily lah yg guide kitorang gane nok dapat pitih byk dgn nege.hhe.serius best sungguh time tu..
xau la cikgu ingat gi ke dok ke saye.dok ingat pun dakpe.saye dok kecik hati.heh.
lotfi & najwa, makan jgn x makan.org masak utk korang tu..lol..balik makkah karang diet la balik...
Waseem, sensitif ke kulit arab tu?...lol
belum lagi rasa masakan akak lak..hahahhaa
Enta boleh cerita sikit tentang perubahan latar dan cuaca antara Arab n Mesia....ana rasa feel ambik gambar mungkin lari sikit kot.Kepuasan, mungkinkah di TANAH HARAM?
serunding cendawan?mnarik..
waseem juga menarik.semuala menarik...hehe
alahai...cendawan tu bwat kte x sbar nak grad la..nak tanam gak~
Post a Comment