pengikut-pengikut yang menawan

Friday, July 3, 2009

The solemnization Waseem & anak patung l Shishah, Makkah





lagi iklan nikon.

angelina jolie mesti jeles ngan bibir waseem.

pemandu berhemah. Ada sound effect bunyi bawak kereta.

ni time solat. lepas angkat takbir. kereta tak boleh lepas. nanti tak sah solat.





bride and groom : spouse

tak sabar nak dapat cucu. nanti orang sapa aku : "selamat pagi dato'.." huh!~

. . .

pulang dari masjidilharam pukul 3.40 am. Orang agak ramai di medan tawaf. Biasalah malam minggu. Lagipun cuti2 sekolah di Saudi dan beberapa negara teluk sudah bermula. Boleh tahan penuh jugak di masjid. Pukul 3 pagi itu orang sudah mula memenuhi masjid utk solat subuh. Kami bergerak pulang kerana lapar yang teramat sangat. Makan shawarma? (sejenis makanan arab yang diperbuat daripada daging panggang dibalut dengan roti, sayur-sayur, sos dan mayonis. Dikatakan berasal daripada Turkey dan Mesir. Kebiasaan orang Malaysia memanggil kebab.) luga (bahasa terengganu 101 yang bermaksud rasa nak muntah) aku.

Mengambil teksi pulang ke rumah. Time-time malam jumaat jangan bawak kereta ke masjid. Parking penuh, polis banyak, traffic jam dan sebagainya lagi. Lagipun aku mana ada kereta. 15 riyal harga dari rumah ke masjidilharam. Padahal minyak murah jer. Tapi dah rezeki pakistan tu. Biarlah. Nanti Allah gantilah rezeki kita dengan yang lain.

Pulang, tetah (panggilan terhadap kakak) Niza ajak makan nasi salik daging yang dia buat. Ini sudah baik. Perut pun bunyi lebih kurang jer ajak gaduh. Terus mendaki tangga menuju ke rumah tetah niza.

Aku sempat tertidor barang 10 minit sementara menunggu hidangan sedia. Tetah niza berasal dari Patani. Kini menetap hampir 20 tahun di Makkah. Mempunyai 5 orang anak dan suaminya seorang pekerja di Wisma Tabung Haji Jeddah. - satu pengenalan ringkas.

Aku yang dah tak peduli sangat isi perbualan orang-orang perempuan nih, menyantap laju makanan. Kebetulan ada nanas pulak. ( nasi salik, amat sedap dimakan dengan nanas, sambal lada dan minyak sapi). Fuh. Laju jer suapan. Separuh pinggan besar tu aku ratah dengan waseem.

Setelah kenyang, kami dijamu dengan air teh susu pulak. Adik tetah niza, Jan pernah bekerja di Malaysia suatu waktu dulu di kedai makan. Kurang-kurang minum air teh dia buat aku rasa sudah berada di Malaysia! Sapa nak rasa, datang sini bawak bekal susu manis (cap junjung ker, Nestle ker, tak kesah sebab susu pekat manis sini mahal. 7,8 ringgit setin!).

Sembang punya sembang punya sembang punya sembang...

Najwa tercerita. Dia kadang-kadang rasa malu jugak tengok gambar2 kahwin kami. Bila ada orang datang cakap nak tengok. Segan tu banyaklah bila nak keluarkan. Sangat tak cantik walaupun majlis itu meriah. Time 2006 tu, yerlah di Saudi ni mana nak dapat fotografer. Ada pun dalam 5k utk semalam! Lagipun sini mana boleh buat outdoor session. Kena tangkap adalah.

Tetah niza tiba-tiba menyampuk. Dia kata, najwa sepatutnya bersyukur. Mama dan baba ada time kahwin. Diorang support everything. Utk aku pun sama. Ada family. Masa dia kahwin. Dia langsung tak ada duit! Dia hanya mempunyai sr200 sahaja ketika tuh. Itu pun dia dapat pemberian seorang arab tua yang kerjanya memberi roti secara percuma di Maulud Nabi, Shiab Ali. Kami terus berminat dengan ceritanya..

Katanya lagi. Dia kematian ayah sewaktu masih kecil. Ni aku cerita guna ayat formal. Macam karangan sekolah rendah. Cikgu Halijah mesti kasi A nih. .

Sebelum meninggal, ayahnya telah berpesan kepada seorang saudara supaya berjanji akan menjaga anak-anaknya yang ketika itu masih kecil. Setelah meninggal, mereka memilih untuk mengambil tetah niza sebagai anak angkat. Kehidupan waktu kecil amat sukar dan memeritkan. Ini kerana, keluarga angkat beliau mempunyai seorang lagi anak perempuan yang tua sekitar 2,3 tahun dari tetah niza. Apabila tetah niza mula memasuki alam persekolahan, anak perempuan itu selalu mengadu yang tetah niza terlebih pandai daripadanya menyebabkan mak dan ayah angkat tetah niza telah bertindak memberhentikan persekolahan beliau.

Bermulalah kehidupan baru tetah niza sebagai seorang penjual kuih pada waktu pagi dan petang. Anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa itu selalu dipukul jika ada sedikit kesilapan. Sepanjang hidupnya selama beberapa tahun bersama keluarga angkat itu, dia sedikit pun tidak boleh melihat cermin. Jika dia menoleh melihat dirinya sendiri di cermin di hadapan emak angkatnya, pasti dipukul dan dikatakan gatal ingin menikah. Begitulah kehidupannya sehingga keluarga tersebut membawanya datang menetap di Makkah beberapa puluh tahun yang lampau.

Mereka tinggal di Nakasah, Makkah. Rutin harian di Patani kini berterusan di Makkah. Kerjanya juga hari-hari adalah menjual kuih dan menjual sebarang perkakasan rumah di sekitar alFalaq, Syamiah. Menaiki bas hari-hari menuju ke sekitar masjidilharam untuk mendapatkan hasil jualan. Waktu itu dia berumur hampir 9 tahun. Mengangkut bakul kuih dan raga yang berisi makanan untuk dijual kepada jemaah yang lalu-lalang dan penduduk sekitar masjidilharam. Duit hasil jualan akan diserahkan kepada ibu angkatnya untuk dibuat modal pusingan dan belanja harian. Tetah niza hanya mendapat seutas gelang tangan emas sebagai upah penat lelahnya bekerja setiap hari menjual barangan dan kuih. Begitulah seterusnya sehingga beberapa tahun telah berlalu...

Tetah niza akan berjalan pulang menunggu bas di Shiab Ali. Di samping itu, dia akan mengambil roti-roti yang diberi percuma oleh seorang tua arab. Wajahnya sangat jernih, berjubah serba putih. Hari-hari dia akan singgah untuk mengambil roti percuma. Sejak kecil sehinggalah dia mencecah umur 13 tahun, orang tua itu seolah-olah sudah mengenali. Jika dia tidak datang sehingga minggu depan, orang tua itu akan terus bertanyakan sebab mengapa dan mengapa. Tahun bersilih ganti. Orang tua itu memberikan tetah niza duit 10 riyal setiap minggu buat belanja makan. Mereka amat akrab dan bersahabat baik. Tetah niza seolah-olahnya adalah seorang anak buat beliau. Jika tetah niza tidak datang selama 2 minggu, duit akan terkumpul menjadi 20 riyal. Ketika itu, nilai 20 riyal amat besar harganya untuk budak berumur belasan tahun.

Ketika berjual beli, tetah niza mengenali seorang lelaki yang amat pemalu. Dalam diam-diam lelaki itu menaruh hati terhadap tetah niza. Mereka mengenali antara satu sama lain kerana lelaki ini selalu datang membeli kuih tetah niza. Setiap hari pasti lelaki ini datang bersama pakaian jubahnya dan kitab di tangan menandakan dia masih lagi bersekolah.

Masa terus berlalu...

Lelaki itu kemudianmeluahkan perasaan cintanya terhadap tetah niza dan bercadang untuk mengambil sebagai isteri.

Speechless..

Tetah niza tidak tahu bagaimana ingin mengungkapkan perasaan itu. Antara suka dan takut. Suka kerana telah dicintai dan untuk hidup bersama. Takut kerana rintangan yang amat besar sebelum dia dapat keluar dari kepompong keluarga angkatnya itu. Terasa halangan seakan maha berat...

Keluarga lelaki membantah hasrat mereka. Masih terlalu muda. Lelaki itu berumur 18 tahun dan tetah niza 15 tahun!

Si lelaki merajuk. Ingin membawa diri pergi ke Afghanistan untuk berjihad dan menggapai mati syahid. Setelah dipujuk, keluarga akhirnya bersetuju. Keluarga lelaki datang meminang tetah niza yang ketika itu teramat takut jika tidak dipersetujui oleh keluarga angkatnya. Alhamdulillah, Allah itu maha kaya. Mereka bersetuju mungkin untuk meringankan beban keluarga yang kian bertambah membesar. Jika dilepaskan mungkin akan kurang sedikit tanggungan. Anggapan mereka.

Masalah yang dihadapi ialah, kedua-dua bakal pengantin ini tidak mempunyai duit langsung! Mereka berkahwin atas dasar ingin terus bersama dan mempunyai ikatan. Langsung tidak mempunyai apa-apa perancangan dan persediaan. Si lelaki malahan belum lagi tamat bersekolah.

Menjelang tarikh perkahwinan, tetah niza memberanikan diri untuk berjumpa lelaki tua yang telah dianggap sebagai bapanya. Malu untuk menyatakan hasrat dia untuk berumahtangga. Kerap kali dia pergi dan berundur. Berfikir sejuta alasan ingin diberikan untuk mendapatkan sedikit duit belanja. Akhirnya dia tekad. Lelaki arab tua itu ditemuinya. Memohon sedikit belas mendapatkan duit belanja utk majlis kematian ayahnya. Helah tetah niza. Lelaki arab tua yang sudah mengenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun tanpa banyak tanya terus menghulurkan sr200 sebagai belanja. Jika tidak cukup, khabarkan sahaja pada dia. Tetah niza berlalu pergi mengucapkan terima kasih sambil mengalirkan air mata kerana dia terpaksa menipu seorang lelaki yang telah dianggapnya seorang ayah demi untuk sebuah perkahwinan.

Malam perkahwinan, tetah niza yang merupakan seorang gadis ingin juga berhias dan memakai pakaian yang cantik untuk hari yang amat bersejarah itu. Setelah menyelesaikan masakan, mengemas rumah dan menjahit pakaian kahwinnya sendiri, dia keluar secara senyap-senyap untuk mengunjungi rumah mak andam. Fikirnya dengan duit sebanyak sr200 sudah cukup untuk menyediakan dirinya persis bidadari persediaan buat lelaki yang menjadi penyelamatnya itu.

Melangkah dalam kegelapan di sekitar Nakasah menyebabkan dia beberapa kali hampir tersungkur tersadung batu-batu di lorong gelap itu. Akhirnya dia bertemu mak andam yang sanggup untuk menghiasi dirinya dengan syarat bayaran sebanyak sr500!

Tetah niza terdiam. Dia memohon keizinan untuk datang semula sebentar lagi kerana ada sesuatu yang ingin diselesaikan. Dia berlari menuju ke kedai pajak yang berhampiran menggadaikan gelang emas yang berada di pergelangan tangannya.

...

Mak andam tersenyum membilang duit lima ratus yang baru diterimanya tadi.

...

Kesan tamparan mak angkatnya masih terngiang di fikiran. Betapa hancur luluhnya hati apabila ditampar sebegitu. Hanya kerana seutas gelang itu dia dimarahi sedemikian rupa. Dia terdesak. Tetah niza menangis teresak-esak di luar rumah merenung bulan. Mengharapkan agar matahari cepat keluar memberi harapan dan menghilangkan segala kegelisahan yang melanda jiwa. Akhirnya dia tertidur di tepi dinding di luar rumah.

Aku sendiri bercucuran air mata mendengar kisah benar ini. Syukur dan seribu kesyukuran dilontarkan pada Allah kerana perkahwinan kami masih lagi meriah dan mempunyai pelbagai kenangan manis dari mula persediaan sehingga majlis dan sebagainya. Keseronokan itu terasa walaupun tidak sehebat mereka kini. Apa yang penting, kami bahagia.

Tetah niza mengakhiri kisah hidupnya dengan kalimah ; suami itu adalah hadiah termahal yang pernah diterimanya buat kali pertama dan selama-lamanya di dalam hidup. Bukan majlis besar-besaran yang diperlukan. Bukan kemeriahan yang dipinta. Hanyalah seorang lelaki yang dapat hadir menarik dia keluar dari belenggu yang mengikat jiwanya sehingga kini.

Waseem sudah tertidur di pangkuan. Azan subuh berkumandang. Aku berjanji akan menyimpan cerita ini buat tatapan di hari kemudian.

-tetah niza kini seorang mak andam utk sebarang majlis perkahwinan. Dia juga pembekal kuih-muih, mee dan bahan mentah untuk felda D'saji.




Take my hand and let's dance
Give me a reason to make me smile
Cause I think I forgot how

I wanna fall asleep with you tonight
I wanna know that I am safe when you hold me tight
I wanna feel like I wanna feel forever

Girls need attention, and boys need us
So let's make everybody glad
That they have each other in each others arms
Oh let's make everybody glad

I want you

I wanna dream away with you tonight
We can go anywhere you would like
I wanna feel how I wanna feel forever

I want you

-Meiko, 'Reasons to love you'.
+ you might like 'boys with girlfriends' by Meiko.

17 comments:

Marvic said...

aku nak nangis....rasa insaf....

Marvic said...

man, that poem is so meaningful...still kesedihan melanda lepas baca cerita Tetah Liza

*alunan I'll never break ur heart (BSB) menambah lagi sedih dihati...

apa kaitan lagu nih?.....tp sedih...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

marvic : tetah NIZA.. hehehe.. whuteva. tapi mmg cerita yang menarik di sebalik tawa riang dia ada cerita duka rupanya. nanti kalo rerajin, aku upload gambar dia.

kucingorengemok said...

ingat kisah2 jeles anak angkat pandai/cantik semua tu dlm buku je... sampai tak boleh tgk cermin, sadist! insaf. syukur dgn seberapa apa yg kita ada :|

Marvic said...

sorry la wei..aku sedih sampai x leh nak fokus kat nama tapi more to the true story...

Tujuh Kaki Dalam said...

org bujang mcm aku ni mana nak faham sgt cerita2 mcm ni.

(padahal mata dah berair ni.kakaka)

kaamyl fauzi said...

ya Allah sedihnya.. effect periwayat gaya opah cerita kat cucu2 pun berkesan gak.. sobbbss ;'(

boleh buat novel

tukangkebun said...

ini cerita cam nk menjadi skali lagi untk taun2 depan je...nih..tapi ader len sket la..jln cite..kehkehkeh

h a r i z, H said...

aku x leh bg komen. nnt hilang macho.

eh, lgpun, aku mana ada bini atau awek lagikan? haha

||alis|| said...

salam.

sedih. saya doa punya jiwa tabah seperti tetah. juga kagum sama kalimah akhir beliau.

salam buat tetah ya :)

saya juga mak andam kecik sejak usia 17thn (pembantu mak long saya yg juga mak andam, sudah 27thn menjadi mak andam)

pinatbate said...

insaf dan rasa sgt bersyukur dgn nikmat Allah hari ini..

norah_nor said...

syahdu bc citer tetah Niza...terasa cam nak kenal jer orgnya...byk pengajaran dsebalik kisah tetah Niza

azmietaha said...

Apa...Ini cerita benar?
Oh! Ana bagai tak percaya tetapi itulah...apa-apapun ANUGERAH DARI ALLAH ADALAH SINAR KEBAHAGIAAN.
Syukur
kirimkan salam ana utuk Tetah Niza!
ASSALAMUALAIKUM....

ddianne said...

ye la, aku ingatkan kesah ni dlm buku cerita zaman kanak2 je...sedih jugak dgr kesah tetah niza, kim salam sama dia yer...

miss.awanbiru said...

an inspiration..=)

fUyUki said...

gosok2 mata..
dah berair, tp tkley nanges dpan org..
huk2.

fUyUki said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...