pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, August 22, 2009

Aku dah terbakar dengan gambar cantik udey!

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang menyambutnya dan juga bagi bukan muslim. Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, akan membuka pintu hatimu utk menerima Islam sebagai agama menuju kehidupan abadi.

Semalam pengalaman pertama seumur hidup aku bersahur seorang diri. Najwa n waseem berada di Kedah. Mak dan ayah ke KL teman adik aku yang kerja seorang diri kat sana. Aku terpaksa balik kerana bertugas sebagai imam terawih di Masjid Lama Sg Rengas, Kuala Terengganu. Aku dan Asnawi HassanIsmail. Bersahurlah aku kat kedai depan rumah nih. Siap tukang masak boleh tanya. "Hi bang, sorang jer?" Soalan nak kena pukul.

Malam pertama perfomance agak bagus. Jemaah penuh sampai ke luar. Aku ada buat slack sikit dengan terlupa bacaan ayat kedua dari surah alBaqarah. Nasib baik tersedar dan ulang balik bacaan. Nervous sangat kot. Yelah dah 6 tahun tak jadi imam. Kelam kabut jugak dia punya debar. Kalo darah tinggi memang kira tahap kritikal dah ni.

Ada sedikit masalah dengan pengurusan masjid. Imam tua tercabar dengan kedatangan imam muda. Dia tetap nak buat 20 rakaat walaupun perbincangan dan kata sepakat telah dicapai bahawa bilangan terawih pada tahun ini kita akan buat sebanyak 8 rakaat. Tujuannya adalah untuk mengimarahkan masjid supaya dapat menarik ramai lagi orang ke masjid. Juga diadakan sedikit slot tazkirah selama 10 minit untuk santapan rohani antara 4 rakaat dan 4 rakaat yang berikutnya. Apa yang aku bagi adalah berdasarkan pengalaman. Nak mengajar tak reti. Cuma berkongsi pengalaman dengan apa yang aku lalui sepanjang 25 tahun 11 bulan 28 hari dengan para jemaah. Tapi imam tua tak puas hati. Dalam sesi perkenalan semalam, imam tua marah2. Dia kata kenapa kita nak buat 8? ini bulan ramadhan. Kita nak perbanyakkan sujud. Lebih baik kita buat 20. Dari dulu lagi kita buat 20. Dari nenek moyang kita lagi kita buat 20. Kenapa kali ni nak buat 8? Soundnya dalam keadaan muka merah padam. Menahan marah mungkin? Aku orang baru, macam tak manis jugak menyampuk percakapan orang tua. Aku dan nawi dah tahan-tahan gelak. Penasihat masjid marah pada imam tua. Kenapa nak buat 20. Kita kan dah berbincang supaya buat 8. Keputusan sudah disepakati. Tak perlu buat 20!

S/u masjid yang berada di tepi aku sudah panas telinga mendengar perkataan imam tua. Lalu membalas kembali dengan mengatakan kenapa minggu lepas imam tua tak sound awal2? kenapa hari ni baru nak sound? Imam tua diam. Dia tetap tak puas hati. Hasilnya, malam tadi, selepas dia mengetuai solat isyak, dia terus buat announcement bahawa solat terawih pada malam ini akan dibuat 8 oleh imam hafiz jemputan dan bakinya dia akan buat sendiri. Sapa nak stay, stay lah. Sapa nak balik, boleh balik. Erk... Aku tetap menghormati orang tua. Tanpa mereka, takkan lahir generasi muda seperti kita. Walaupun banyak jawapan yang boleh aku bagi pada dia supaya dia diam, tapi itu bukan budaya kita. Sabar adalah perkara utama. Hebat betol syaitan. Last minute before kena ikat pon bleh dia kasi kita gaduh2 dalam perkara ibadat. fuh.

Beberapa minggu yang lalu..

Gathering yang diadakan di Restoran Pelita KLCC.

Dari kiri : orang pakai baju putih, baju ijau belang2, maria, azzah, na5wa.com, nurleeta, orang pakai baju coklat bunga-bunga kelakar.

dari kiri : brader tumpang gambar, nazif, udey, waseem membuat peace gaya baru, aku, dwen, rashid usa dan brader pakai baju coklat gelap yang tak sesuai dipakai ketika ke restoran.

udey dan waseem.

bapak aku, anak dia dan cucu bapak aku. Waseem dah letih ngan perangai udey yang asyik suruh tayang kad nama dia. Kalo boleh, udey nak suruh waseem jerit kuat2 candid syndrome!

Keesokan harinya..

adi tak mandi lagi. ajib tak mandi lagi. pak ngah punya status tak tahu. waseem dan mak ngah sudah mandi. ikan pun sudah mandi. - Bagan Lalang, Selangor.

seterusnya :

waseem sedang menonton kapal terbang kebanggaan Malaysia. -KLIA, Sepang.

suasana dalam flight. tak letih pon.

akak ni dah perasan aku punya cerita mesti keluar pasal dia bertugas tuang arak.


murah kan? sabarlah. Allah larang kita minum tu adalah sebabnya. Kita sabar banyak pahala dapat.

aku ambik gambar ni utk budak2 yang kerja dia duk study pasal nak buat lif. bolehlah ambik contoh2 gambar ni utk ujikaji di makmal sebelum bina lif.

Kami tiba di Perth International Airport tepat jam 3.06pm. Perjalanan menaiki pesawat Mas agak meletihkan tetapi menyeronokkan. Kami 3 beranak berjalan menelusuri ruangan pejalan kaki di Terminal Perth menuju ke kaunter imigresen. Dengan kelebihan pernah belajar bahasa inggeris aku rasa aku mampu bercakap dengan oram puteh. Lagipun aku rasa aku boleh tanya diorang soalan2 skill tinggi seperti ini :

"Hello. How are you?"

"How old are you?"

"You look nice."

Itu sahaja bagi aku sudah memadai membuatkan oram puteh pikir aku ini sejenis dengan mereka. Jadi, kami mempercepatkan langkah menuju ke kaunter imigresen. Antara perkara menarik perhatian aku yang mungkin tidak kedapatan di airport Malaysia ialah penyediaan kerusi tolak budak2 atau stroller. Sangat membantu utk kami yang tak bercadang langsung utk membawa kerusi tolak itu. Sementelah waseem pon dah jerit2 "hello!" kepada semua oram puteh yang lalu bersebelahan dengan dia. Aku berpendapat Malaysia pun harus menyediakan perkhidmatan seperti itu juga disamping banyak lagi idea aku utk perkhidmatan tambahan yang perlu dipertingkatkan lagi seperti menyediakan teh tarik dan nasi lemak apabila menyambut kami tiba, sediakan kerusi urut siap2 utk mengurut kami, perkhidmatana fotografi untuk mengambil muka ketika turun dari kapalterbang dan pelbagai lagi cadangan aku untuk prasarana kemudahan di terminal-terminal internasional. Orang kapalterbang, sila ambil perhatian terhadap cadangan-cadangan bernas aku ini.

Perth International Airport.

Airport Perth taklah besar sangat. Lebih kurang sama besar dengan airport terengganu mungkin. Di dalam ruang legar flight international hanya kedapatan satu sahaja kedai bebas cukai yang mana waseem telah berhenti dihadapan botol arak dan mintak satu. Kami meneruskan perjalanan menuju ke kaunter imigresen yang terletak di tingkat bawah.

Kami mempunyai sedikit masalah dengan kaunter imigresen mungkin kerana nama aku yang mempunyai Mohamad bak kata udey atau mungkin kerana masalah cop keluar masuk saudi yang terlalu banyak kedapatan di pasport kami. Satu perkara yang menakjubkan adalah oram puteh ini sangat friendly. Diorang boleh gurau-gurau dengan waseem, boleh gurau2 dengan kami. Saudi? Hmm..

Pemeriksaan di Perth International Airport adalah sangat ketat. Anda dilarang sama sekali membawa makanan, minuman atau ubat-ubatan seperti herba2 dari luar. Jika ada, sila tinggalkan di tempat yang disediakan atau anda akan didenda.

suasana di luar airport. Hujan baru sahaja berhenti.

Kami disambut oleh Ust Helmi dan Kak Yati yang merupakan pelajar di universiti di Perth. Aku pun lupa nak tanya universiti mana. Kami terus dibawa ke rumah Dr. Rahman yang terletak di Coode St. Sepanjang perjalanan, aku tak habis2 teruja dengan pemandangan di sekitar Perth. Cantik dan bersih! Cuaca adalah berada di tahap 15-17C. Sangat sejuk. Perjalanan memakan masa kira2 12 minit. Tahap kebersihan yang menakjubkan ini disebabkan mereka ada tukang cuci dan penjaga utk setiap taman-taman dan kawasan. Macam saudi jugak. Ada tukang cuci, tapi perangai manusia pulak tak sivik. Sehinggakan ada tukang cuci papan tanda terang ust. Helmi. Wow! Amazing. (dah sampai australia,kena cakap omputeh lah sekali-sekala)

dr. Rahman awal-awal lagi telah berpesan kepada kami supaya tinggal di rumahnya. Beliau akan pulang dari Port Heldland pada keesokan paginya. Iaitu hari jumaat. Buat macam rumah sendiri. Kami, apa lagi. Dah orang kata buat macam rumah sendiri, kami buat macam rumah sendirilah nanti.

Malas dah nak sambung. to be continued..

10 comments:

PINATBATE said...

cepatlah sambung!!

pu3 balqis said...

wah.. bestnya..
gathering best cita di perth pon best..

but cita dok sensowang nmpak tak best..
=P

UnCLe pEt.. said...

smbung2.. best la..

kucingorengemok said...

tengok selipar waseem dah pegang kat tangan, hehe, kesian, gaya penat je...

Fazzy said...

Smbung la cite tu,jgn lupe dselitkan ngan gmbr2 best ek

Anonymous said...

kalau satu juz 8 rakaat kan lagi lama berdiri. kan lebih baik buat 20 rakaat 1 juz.

salam ramadhan.

udeyismail said...

mana gambar lagi lotpo

nurleeta said...

ye la lotpo.. nak jamu mata dgn scenery yg cantik kat perth tu

miss GAZA said...

yap2!!
nak tngok gambar lagi..

Marvic said...

interesting story on ur last trip to Perth.... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...