
seorang budak kecil kelihatan sedang menikmati 'cekedis' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud makanan ringan) di luar masjidilharam berhampiran zam-zam tower. Bangunan yang dibina melampau tinggi dari masjidilharam.

Kepulan awan yang berkumpul dan berarak dapat dilihat dari arah menuju ke Jamarat, Mina. Kerja-kerja pembinaan dan perluasan jamarat telah pun siap hampir 85%.

Jemaah Pakistan sedang tidur berehat sementara menunggu masuknya waktu maghrib bagi kuala lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

2 orang pemuda Saudi sedang menunggang motosikal di atas jalan raya utama menuju ke masjidilharam. Penggunaan topi kaledar agak longgar di kebanyakan kawasan Saudi Arabia.

Dataran luar Masjidilharam yang dilitupi manusia. Kelihatan kawasan tersebut agak lengang dari kebiasaan. Menandakan musim haji bakal tiba tidak lama lagi.

Lantai yang dibina dan diimport dari Jerman dipasang di sekitar Masjidilharam. Lantai yang direka dengan teknologi tinggi ini mampu menahan kepanasan dan kesejukan sekaligus menjadikannya antara perkara ajaib yang terdapat di sekitar masjidilharam.

Pekerja Bangladesh sedang berehat sebelum memulakan tugas menggulung karpet bagi laluan mesin pencuci lantai yang akan bergerak sekitar dataran masjid bagi kerja-kerja pencucian.

Seorang budak lelaki menunggu ayahnya sedang mengambil gambar-gambar di sekitar masjidilharam menggunakan lensa 35mm f1.8 yang dibeli di Kuala Terengganu. Dari kedai AhMeng.

Kelihatan jentera-jentera berat berselerakan di sekitar kawasan bukit Umar atau dikenali sebagai projek Jabal Umar. Projek yang menelan belanja berbilion riyal ini dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2010. Binaan asas telah dikendalikan oleh pihak KLCC, Malaysia. Namun seterusnya menarik diri dari meneruskan projek kerana desakan dan ketidakstabilan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat Arab Saudi.

2 menara yang menjadi mercu tanda tersergamnya masjidilharam tetap utuh dan kukuh bersemadi di bumi. Anehnya masjidilharam pada hari ini agak lengang dan seolah-olahnya berkeadaan sebuah rumah yang usang telah ditinggalkan (bait mahjur). Keanehan hanya dapat dirasakan oleh mereka yang sentiasa berulang ke masjid. Aku lah tuh. hahahaha. Jangan serius sangat membaca caption aku neh. Saja nak buat stail suratkhabar. Menyahut cabaran
Pak Ngah!
12 comments:
Rindunye nak tgk gambar sekitar kota Mekah.Semoga cepat settle down :)
mama rasa amat seronok dapat tengok gambar2 tu...TK Ustaz Lutfi.
Rindu yang teramat untuk ke sana semula, Pi rindukan Malaysia (hingga tarikh pun terkedepan ke memang tajuknya cam tu).
pi....mu jadi tok aku deh...huhuu
now i realized, somewhere i am missing how you're elaborating story about makkah.
heh.
silalah rajen apdet okeh!..good life r waiting for you three.insha Allah:)
RINNNNNNDU...rinduuuuuuuu...rinduuunya nak kesana..............Ya Allah terimalah daku sebagai tetamuMu...tetamu yg paling istimewa,tetamu yg mendapat perlindungan dah kerahmatanMu....
namun aku masih tak dapat lupekan 'ciuman' budak kecil tersebut. huhuhuhhuhauhuah
ooh.. lantai tu mmg teknoloji die camtu ker? aku igt mmg keajaiban semayang kat masjidil haram, kat luar panas, tp lantai xpanas mane pun... mlm2 pun syok jer berbaring (sampai guard kejut soh bangun)
Selamat kembali ke Mekkah ust n keluarga. Insya Allah kami ke sana nanti.
salam..
tak sempat nak bertemu muka di trg, dah balik pun anda ke sana..moga selamat..
semalam ada sesuatu yang agak menakjubkan di langit.. kuasaNya.. saya tak pernah tgk sebelum ni.. saya cuba shoot guna kamera koman saya ni tp tak nampak.. andai anda ada di trg akan saya maklumkan untuk anda merakamkan keadaan semalam menggunakan kamera anda yg sgt power itu hihi.. hanya di trg shj yang dapat melihatnya.. saya cuba minta kawan2 kelantn, kedh, pahang utk tgk juga, tp katanya tak der ape2 pun.. biasa jer..
kejadian itu ialah.... ada 1 bulan, tepinya 1 bintang.. tiba2 ada satu bulatan besar yang bercahaya mengelilingi bulan dan bintang itu... sangat menakjubkan, subhanallah.. dan saya tak pasti apakah sbb & amaran apakah untuk kita.. yang pasti kita kena sentiasa bersedia...
mungkin kesan sblmnya berlaku gempa bumi & tsunami itu.. tp yg peliknya hanya di trg saja yg boleh nampak...
wallahua'lam.. moga kita dilindungiNya..
hati tenang melihat gambar, lebih tenang bila diri sendiri ada di sana......
Kesian tgk jemaah pakistaN yang tdo tuh..
Post a Comment