salam ramadhan,
terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. insya allah dengan sedikit lagi masa, belog anda akan tertampal kembali di layar tepi belog ini. dengan izinNya mudah-mudahan.
Cerita hari ini,
pertama kali mak datang tengok anaknya mengetuai terawih's prayer setelah kali pertama dahulu pada tahun 2000 atau 2001 tak silap saya. Ketika saya pertama kali menjadi imam di surau Taman Permint, Kampung Bukit, Kuala Terengganu. Time itu banyak jugak salah bacaan,tersekat serta beberapa kesilapan teknikal menyebabkan mak selalu sakit jantung kalau saya menjadi imam terawih. Setelah itu, saya ke Masjid Kg Pauh yang terletak jauh di Kuala Berang, Hulu Terengganu (rujuk peta yang boleh di beli di stesen minyak mesra petronas di mana-mana cawangan petronas yang menjual peta) menyebabkan mak tak dapat hadir untuk menilai prestasi saya. Agak mantap juga dengan beberapa siri bacaan yang tak lengkap seperti terlupa ayat dan rekaan ayat bersama imam muda dan hensem si Izo. Seterusnya saya mengorak langkah lebih besar dengan terbang ke Wilayah Persekutuan Labuan menyebabkan mak terus tak dapat pergi dan sekadar mendengar berita sahaja tentang apa-apa perkembangan yang saya ceritakan. Takkanlah saya nak ceritakan perkara tak best. Mesti saya cakap semua ok dan beres.
Seterusnya setelah berada di Saudi, saya tidak dapat pulang ketika bulan ramadhan kerana tidak mendapat cuti. Setelah enam tahun berada di belakang imam sudais dan shuraim, akhirnya saya pulang kembali ke tanah air untuk menjadi imam di hadapan jemaah di Masjid Lama Sg. Rengas, Kuala Terengganu atas permintaan seorang kawan ayah.
Pada mulanya saya sendiri berasakan lebih selesa hanya duduk-duduk di rumah dan menjadi makmum sahaja. Tapi setelah difikir-fikirkan, banyak yang ingin saya kongsi bersama penduduk kampung, saya terima jua tawaran tersebut. Tawaran yang ditawarkan tak adalah sampai menyediakan jet peribadi pergi dan balik atau penginapan di Hotel Hilton selama 30 hari berterawih dan sebagainya. Cuma mengusahakan solat sebanyak 8 rakaat dan sedikit tazkirah sebagai selingan halwa telinga para jemaah kampung.
Cukup. Amat memberangsangkan. Selain boleh mengasah bakat bercakap dan memperkembangkan ilmu, saya juga boleh minum air tongkat ali hari-hari di kedai berdekatan masjid. Lagi pula dapat lepak-lepak bersama jemaah dan berbincang tentang masalah mereka serta menyuarakan pendapat seperti seorang orang tua. Hakikatnya saya baru berumur 25 tahun 11 bulan 16 hari. Lagi 14 hari baru saya cukup berumur 26 tahun. Itupun orang tua-tua sudah khusyuk mendengarkan celoteh kosong saya. Seronoknya.
Hari pertama emak datang, nasib baik bacaan saya tak ada yang lekat-lekat. Tak ingat dan sebagainya. Tazkirah pun oke sebab saya hanya ambil contoh apa yang ada dalam rumah. Jadi emak pun terkena juga tazkirah saya. Baguslah tu kan.
Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu dan bapa selain melahirkan anak yang soleh dan solehah. Tapi saya tetap merasakan saya bukanlah anak yang sangat soleh seperti mana emak saya inginkan kerana pada pagi tadi, setelah berjanji dengan emak bahawa saya akan bangun awal dan akan membersihkan kolam ikan di taman ayah, saya telah memungkiri janji itu dengan bangun pada pukul sebelum solat zuhur. Iaitu pada waktu matahari telah naik. Emak pun geleng kepala melihat masalah tidur saya yang masih belum selesai.
"jet lag" jawab saya simple dan tak malu. Agak-agak anda, emak saya percaya tak alasan saya itu?
Hari ini saya telah terfikir untuk berceramah mengenai satu tajuk yang agak tak sedap untuk disyarahkan tapi amat penting kepada kehidupan harian kita iaitu :
Taqwa mengikut definisi umumnya adalah takutkan kepada Allah. Semua agama samawi mempercayai bahawa wujudnya Allah iaitu Pencipta yang menciptakan hambaNya iaitu kita. Betul kan?
selain daripada takut kepada Allah, taqwa juga memberi maksud redha dengan rezeki yang sikit, beramal dengan wahyu yang diturunkan dan bersedia menghadapi kematian. Kesemua definisi ini jika digabungkan akan memberi gambaran awal apakah itu taqwa.
Taqwa juga menjuruskan pemikiran kita kepada pengertian yang lebih berat iaitu berhati-hati daripada Allah sedang melihat apa yang anda kerjakan, dan apa yang dilarang. Juga Allah mengetahu anda tidak mengerjakan perintahNya.
Soal taqwa tidak akan wujud jika kita tidak mempunyai iman yang tinggi dan kuat. Faith jika kita sebut dalam bahasa ibunda saya. Mungkin anda tak beberapa tahu mengenai faith ini. Jadi saya sebut iman. Iman yang dimaksudkan adalah kepercayaan kepada perkara yang ghaib dan tidak wujud di dalam keadaan berjisim dan berjirim.
Angin.
Anda percaya ada angin?
Bagaimanakah rupa angin?
berpetak?
Bulat?
Berwarna kuning?
Hijau?
berat?
dan sebagainya persoalan yang hanya memerlukan pemikiran yang sihat dan selamat untuk menilainya.
Begitu juga kepada kewujudan perkara Ilahiah ini. Kita kadang-kadang sangat percaya Allah itu wujud. Tapi kita lalai dan berasa sedap dan selesa membuat perkara terlarang hanya kerana ianya tidak berada dihadapan mata dan tak dapat dikenalpasti jirim dan jisimnya. Sedangkan setiap amalan itu akan dicatat, dihitung dan diselesaikan di akhirat nanti. Time di akhirat itu, kita sudah tak boleh nak pusing balik ke dunia untuk bertaubat dan nak start all over again. Sudah terlambat dan sangat terlambat. Penyesalan yang tiada gunanya. Allah sudah nyatakan perkara ini dalam alQuran sebagai contoh dalam ayat terakhir surah anNaba' :
"Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya) - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah dikerjakannya, dan orang kafir berkata (pada hari itu) : Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah ( supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)"
[-an Naba' : 40 ]
________________________
*rujukan tafsir pimpinan arRahman kepada pengertian alQuran, Darul Fikir
terus orang kafir nak jadi tanah. Sebab apa? sebab bagi mereka menjadi tanah lebih bagus daripada menjadi insan yang akan dihitung amalannya. Mereka merasakan satu penyesalan yang teramat sangat sehingga sanggup menjadi tanah daripada diseksa dan dicampakkan ke neraka Allah. Kita pun janganlah menyangka bahawa kita telah mengucapkan 2 kalimah syahadah dan ic kita tertera agama Islam menyebabkan kita sudah terjamin kedudukan di dalam liga teratas syurga. Selagi akhir hayat kita tidak diakhiri dengan kalimah syahadah dan mengikut suruhan Allah, jangan sedap duduk.
Ini bukan saya tujukan pada sesiapa. Tetapi pada diri saya sendiri. Mungkin anda berkata, saya mesti sudah berada di zon selesa. Sudahlah menjadi imam terawih, mengaji di Mekah pula. Apa? ingat saya sudah terjamin kedudukan di syurga? tidak. Tidak sama sekali. Jika itulah pandangan anda, nyata anda sudah tersilap. Saya sendiri tidak tahu akhir pangkal saya di mana. Mungkin saya bermula dengan jaringan pendahuluan 12-0, tapi ... Saya tidak tahu kesudahannya di bumi manakah saya akan mati meninggalkan nama. Dalam agama apakah saya akan mati pun saya tidak tahu. Berapakah pahala dan dosa yang telah saya lakukan sama sekali saya tidak tahu bilangannya. Lagi pula untuk yakin saya akan masuk syurga. Tidak. Tidak tahu sama sekali. Itu termasuk dalam kerja Allah yang menentukan akhir kehidupan saya macam mana. Saya cuma boleh beramal dan berdoa semoga segala amalan saya akan diterima Allah serta saya akan mati dalam agama yang diredhai Allah. Dengan itu, jalan saya menuju untuk bertemu Allah akan lebih mudah dan tidak menyulitkan. Anda pula bagaimana?
Jangan fikir kita berada dalam kancah maksiat dan dosa menyebabkan kita menyerah kalah. Menyebabkan kita sudah tidak ada harapan untuk mengenali dan berjumpa Allah dalam keadaan yang bersih dan diredhaiNya. Jangan. Anda masih mempunyai masa. Selagi mana anda dapat membaca artikel ringan saya ini dan dapat berfikir dengan logik, maka anda mempunyai banyak lagi masa untuk berubah dan terus mendapat apa yang telah ditawarkan oleh Allah.
Walau sebanyak mana dosa dan sebesar mana dosa anda, ada jalan keluar. Pintu taubat sentiasa terbuka. Sejahat mana pun anda, seteruk mana pun anda, Allah lebih mengenali anda dan mengetahu akhir hujung anda bagaimana. Tak terlambat untuk terus berubah dan menyesali perkara yang telah lalu. Pepatah arab ada mengatakan :
"illi faat, maat"
______________________________
*rujukan dari syarahan ustaz Khairul Anuar alBakri, Maahad Tahfiz Padang Midin
yang memberi maksud, setiap yang lepas adalah mati. Perkara yang lepas mengenai sejarah diri anda yang mungkin teruk dan penuh kenodaan boleh dihapuskan dengan taubat. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha mengasihani. Dia tahu akan keikhlasan hambaNya.
Masalah hanya berlaku jika diri anda rasa malas nak bertaubat lagi. Mungkin anda fikir, kebiasaannya kita akan mati bila waktu mencecah 60 - 70 tahun. Ini baru 25 setengah. Banyak masa lagi mau enjoy. Ohh.. Anda berada di dalam kesesatan yang nyata. Bayi yang kena virus H1N1 itu mana menyangka yang dia akan mati pada umur muda? Orang yang mati eksiden berlanggor itu pun tidak menyangka akan mati pada umur baru beberapa belas tahun. Anda yakin anda mati pada umur 63 tahun? Saya tidak yakin. Sebab perkara ini termasuk di dalam masalah keimanan sepertimana telah saya nyatakan di atas. Jika kita beriman pada perkara yang kita tidak tahu, akan menyebabkan kita lebih berhati-hati dan bersungguh-sungguh menjaga perihal kita agar tidak tersilap dan terpesong.
Argghh.. Ceramah banyak-banyak mesti ada yang tidor. Saya tutup dulu ceramah saya pada kali ini dengan memohon ampun pada anda jika ada tersalah bahasa dan terkasar ucapan. Jika di masjid tadi, saya hanya memberikan separuh daripada apa yang saya taipkan di sini. Sebabnya? Saya lupa sebahagian daripada isi ini untuk diberitahu. Sementelah melihat para jemaah terangguk-angguk seolah-olah faham, saya rasa kesian nak berleter lebih banyak. Cukuplah sedikit. Agar yang sedikit akan menjadi ingatan dan amalan.
Salam Ramadhan alMubaarak dari Lutfi, Najwa dan Waseem.
Waseem? dia pun pergi solat terawih, tapi bersama 2 biji kereta kesayangan. Time orang solat, dia main kat tepi pintu masjid sorang-sorang. Saya jadi imam pon boleh dengar deruman enjin kereta dia. Broomm.. Brooomm.. Haiyyya!
Follow @USERNAME

"taqwa ; satu olahan dari persepsi kacamata seorang fotografer"
iklan : semasa dalam penerbangan air asia.
iklan : semasa dalam penerbangan air asia.Taqwa mengikut definisi umumnya adalah takutkan kepada Allah. Semua agama samawi mempercayai bahawa wujudnya Allah iaitu Pencipta yang menciptakan hambaNya iaitu kita. Betul kan?

19 comments:
terima kasih untuk perkongsian tazkirah ini ya ustaz..
tak dapat dengar tazkirah, dapat baca kat blog ni pun jadilah:-)
Memang biasa ke kalau imam lupe bacaan pi? kat masjid umah aku ni boleh kata hari2 dia lupe.. sampai kami tencen plak. selalu lupe surah al-qadr. kurang latihan kot. kalau x hapal nape la dia nak bace adeh. sori la aku ter luah perasaan kat ko pepagi bute nie..
kak zu : sama2. hehehe.
ajib : takper, aku mmg suka dengar masalah orang. apa kata ko jer ganti dia nanti. orang tua kot?
alhmdulillah.
sejuk perut mak. soleh atau tak, bukan kita yg bley ukurkan. yg penting kite cuba jadi antara yg terbaik kan.
best la baca tazkirah online ustad (maklum la, nk join tazkirah msjd lama sgt rengas tatau la bila) hehe
gud start for u!
p/s : cantekk gambo atas tu!
Alhadulillah dapat baca tazkirah yg bagus kat sini setelah sedikit kecewa dgn pengisian tazkirah di masjid dekat rumah.
Look forward to some tazkirah on Tahajjud.
Terima kasih yaa Ostad Lotfi. :)
tq for the tazkirah !
Salam Ustaz,
Mama bangga dapat baca tazkirah kat sini..tu belum dengar secara live lagi!
Syukran ..tazkirah yang bernas..betul! bukan beras Bernas..
tkasih atas tazkirah online,ya ustaz. blk kg nti, kena g la skali sg rengas dengo ust lotfi tazkirah n imam terawih..time terawih suka pg byk2 masjid kt kg, bestnya. kt pdg midin, budak tahfiz kubang bujuk..
Dapat tidur dalam TAMAN-TAMAN SYURGA pun best jugak...ada pahala ka ya ustaz?
-sebelum masuk SYURGA elok juga kalau kita selalu lawati TAMAN-TAMAN SYURGA di dunia ini!
tazkirah yg membangunkan jiwa.. :)
ahli jemaah tdo..? mungkin penat bekeje siang hari, mahupun tiada unsur humor dlm tazkirah.. besenye camtulah..
hu~ taxkirah mantap..
hee..
Aku x nk la komen pasal tazkirah boleh kira ok la tu...
yang aku nk komen pasal macam mane imam boleh dengar deruman enjin kereta si naseem tu. tu yang hambe musykil.
Dah berape hari dah bertangguh nak bersih kolam ikan? dengan alasan "jap lagi".
yang aku paling suka,imam ni dapat ilham nak sampai tazkirah ketika tidur selepas subuh dan bangun sebelum tengahhari tu.Hebat...
Kadang-kadang imam lupa bacaan bukan kes dia tak ingat..tapi kadang2 tu nervous duk depan orang ramai..sampai yang ingat pon bleh jadi lupa.
Satu lagi..kadang2 tu khoyal baca sedak..ada sket rasa ujub dlm diri, tiba-tiba je leh lupa. Tuhan nok tunjuk tu...xsoh riak sgt. :)
Tp tak nafi mmg ada juga hok tak ingat sungguh...
Akoo citer ikut pengalman akoo nie...ke guane Pie? Setuju dok ngan pndpt akoo...huhuhu...
hmmm..aku x leh nak comment byk2 pasal ko nyer ceramah ni..tp part waseem dgn kete dia tu yang best...wakakakaka
and of course ur jet lag?....apehal...wakakkaka
Mggu ni aku nak gi amik gambo mung bagi tazkirah... Jgn terkejut plak kalo aku sampai kat masjid tu... hehehe...
smart banner tuh ...
shukran ya ustazzzz...
tazkirah yg mantap...
waseem main kete masa terawih pon boleh dengar???apekah?hahahahaha
Post a Comment