pengikut-pengikut yang menawan

Wednesday, September 9, 2009

tazkirah lagi

siri tazkirah pendek saya semalam.

semalam saya buntu untuk meng'tazkirah'kan jemaah saya dengan apa tajuk yang sepatutnya. Oleh kerana dari petang lagi saya buntu, maka saya biarkan sahaja kebuntuan itu mencecah minda saya tanpa saya pecahkan ia.

Tatkala di dalam kereta baru saya kelam kabut memikirkan apakah yang sepatutnya saya bagi untuk santapan pada malam ini memandangkan malam ini adalah giliran saya. Semalam asnawi telah menceritakan tentang suatu tajuk yang sangat memikat hati dan menimbulkan kekaguman saya pada beliau iaitu tajuk 'wahyu terakhir'. Gaya penceritaannya sangat menarik mengenai kisah bagaimana wahyu terakhir telah turun dan cerita keinsafan mengenai kewafatan baginda Rasulullah s.a.w yang tetap menyebut ummatnya walau di akhir hayat baginda.

Sedang dalam kereta, saya terfikir satu tajuk bernama 'kebiasaan'.

Kebiasaan

Usai solat terawih berjemaah sebanyak 4 rakaat, saya memulakan ucapan muqaddimah (permulaan) dengan mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih mempertemukan kita di malam2 ini. Juga syukur kerana mengurniakan nikmat yang paling besar bagi seorang hamba iaitu nikmat Islam di kala orang lain masih lagi mencari-cari pegangan dan haluan hidup untuk kehidupan seterusnya.

Lalu dalam-dalam saya menarik nafas dan menatap satu persatu jemaah yang berada di hadapan saya. Mereka seolahnya mengharapkan sesuatu seolah butir mutiara yang akan diluahkan oleh mulut saya. Saya amat tergamam dengan perasaan itu. Saya merasakan suatu perasaan yang sukar untuk saya lukiskan di sini. Saya akhirnya mengeluarkan tajuk kebiasaan sebagai satu tandatanya kepada para jemaah.

Definisi ringkas bagi kebiasaan jika diterjemahkan ke dalam bahasa terengganu ialah 'perkara sokmo kita buat'. Perkara yang telah biasa kita lakukan dan amalkan sehingga tidak menjadi satu masalah kepada kita untuk kita lakukannya.

Kelihatannya jemaah ada yang mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

Saya meneruskan lagi..

Sebagai contoh, saya di dalam perjalanan datang ke mari, saya akan melalui jambatan sultan mahmud dan akan berhenti pada traffic light di persimpangan tiga di bukit besar. Lalu saya akan membelok ke kanan dalam rangka saya untuk sampai ke masjid ini. Di dalam laluan itu, saya biasa akan memandang ke kanan memerhatikan suatu masjid yang amat hebat, besar dan sentiasa penuh jemaahnya. Melimpah ke luar para makmum. Tegas saya perlahan.

Jemaah saya masing-masing kelihatannya memandang sendiri antara satu sama lain, seolah-olahnya tertanya-tanya apakah nama masjid itu yang mana selama ini mereka langsung tidak perasan.

Saya tambah : Mungkin kerana mereka memakai imam import ataupun suara imam mereka amat sedap membuatkan siang malam masjid itu penuh.

Akhirnya untuk tidak menghampakan muka para jemaah yang telah berkerut seribu, saya sebutkan nama masjid itu iaitu masjid mydin mall.

Gelak ketawa kedengaran di belakang dan saya dapat perhatikan imam tua terbahak-bahak ketawa betul-betul di hadapan saya menampakkan giginya yang menyeringai tajam keluar.

Itu adalah satu kebiasaan, tambah saya tanpa menunggu jemaah reda dari ketawa masing-masing. Apa yang lawaknya? hairan betol.

Kebiasaan kita apabila masuk pertengahan ramadhan atau akhir ramadhan, kita akan sibuk mengunjungi shopping complex, kedai2 dan sebagainya lagi untuk persiapan raya kita. Sedangkan ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita kejar bonus yang dikurniakan Allah tidak pada bulan lain.

Oleh kerana ianya adalah satu kebiasaan, maka kita tidak nampak itu satu perkara yang pelik. Manusia tidak berlumba-lumba untuk mengejar pahala yang dilemparkan secara melimpah ruah, sebaliknya mengejar harga offer yang ditawarkan oleh shopping mall dan kedai-kedai pakaian untuk menyiapkan diri berhari raya. Tak termasuk lagi kedai perabut dan bundle yang tumpang sama menyertai pesta ramdhan ini.

Antara kebiasaan lain yang sempat saya sebutkan semalam ialah, kebiasaan kita membaca bacaan di dalam solat. Dek kerana terlalu lama kita diasuh untuk membaca bacaan, menjadikan kita sudah lali, sudah biasa apabila angkat takbir, kita akan baca doa iftitah, dan terus baca fatihah dan baca sedikit bacaan pendek dari alQuran tanpa kita mengetahui langsung apakah makna yang terkandung di sebalik bacaan itu.

Jemaah sudah mulai diam dan menganggukan kepala tanda sangat fahamlah.

Saya sentuh lagi, sangatlah cantik jika kita dapat memahami apa yang terkandung di dalam bacaan, samada dari segi makna atau lafaz, atau tafsiran ayat2 itu. Jika bukan kita yang memahami kalam Allah, siapakah lagi yang berhak untuk memahami? Cubalah belajar jika jawapan kita adalah kita tidak tahu. Pintu untuk belajar terbuka luas pada zaman ini. Pelbagai teknik pengajaran dan pengajian boleh didapati di mana-mana. Terpulang pada kita untuk mengaplikasikannya. bukan?

Mereka diam.

Akhir sekali, saya terus melangkah untuk pergi pada rumusan kerana 5 minit lagi waktu berbuka akan tiba. Jadi saya sudah ingin berbuka dahulu. Lagipun, emak masakkan saya nasi goreng hari ini. Jadi nanti saya sambung balik yer. Wassalam.

6 comments:

waa said...

menginsafkan,
macam biasa la kan?..heh

sere doh tadi mydin mall.kite lalu gok dekpum jalan tuh sokmo-sokmo nye. org hok g dok penoh nok surut...

akujahil said...

nampak dah start kamceng ngan imam tua.... bukan macam masa mula2 dulu..... isu 20 vs 8 rakaat (entry terdahulu)

PINATBATE said...

yer..yer..Imam tua dah sampai menyeringai tu tanda dah kamceng lah tu..ternyata Imam muda import ni antara yg TERBAEKKK....

Marvic said...

sambung lagi tazkirah ko ni...aku suka baca..it makes me thinking, thinking and thinking about life, human being and many more..

:D

Ibn Mohamed Amin said...

aku jugak yang kansel jadik imam sebab slalu bila time jadi imam aku bersin 20x dalam satu rakaat.. hahaha

anyway tazkirah yang menarik.. apekate ko suh nawi rakam tazkirah ko dan dimasukkan kedalam youtube.. aku rase ko akan berjaya menjadik ust azhar junior..

Mazwandi Mustaffa said...

Lama beno idok jengok blog ustaz. Sihat dia. Dah balik Malaysia selama2nya ke? Hamba masih sihat wal afiat, alhamdulillah.

Hamba raya ni balik batu enang raya dua nanti. Ustaz ada mana masa tu? Batu enang ngan airport, dekat je.

Mana le tau, bole jupe2, borak2. ustaz nak jupe hamba, gi masjid at-taqwa, tiap subuh ada, he, he,....

Lagi senang, mana-mana ada keta oddysey kat rumah dia, itule rumah tok tue hamba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...